Rabu, 20 Mei 2020

AYAT AKTIF TRANSITIF dan AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

Ayat aktif transitif

1) Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

Tips:
Bagaimanakah kita tahu kata kerja itu transitif?Mudah sahaja. Cuba tanya “Apa?” Selepas kata kerja itu. Jika ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif mempunyai objek.

Contoh : Danish menaiki basikal. Menaiki apa? (ada jawapan)
               ya.. jawapan = basikal. (menaiki adalah kata kerja transitif)

Contoh :

Athilah membeli buah mangga.
       subjek = Athilah
       kata kerja transitif = membeli
       objek = buah mangga


2) Ada juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi.


Contoh :- 
" Puan Naimah menghadiahkan anaknya sebuah komputer."
    Puan Naimah          (subjek) 
    menghadiahkan      ( kata kerja transitif )  
    anaknya                  (objek tepat )        
    sebuah komputer    (objek sipi).

3) Ayat aktif transitif juga boleh digugurkan objeknya.


- Objek yang boleh digugurkan itu hanya ganti nama diri orang   pertama.
 
contoh:
"Semangatnya sangat menghairankan kami."

subjek =  semangatnya
kata penguat = sangat
kata kerja transitif = menghairankan 
objek yang digugurkan = kami

Ayat aktif tak transitif 

1) Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.


Tips:
Bagaimanakah kita tahu kata kerja itu tak transitif? Mudah sahaja. Cuba tanya “Apa?” Selepas kata kerja itu. Jika tidak ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif tidak mempunyai objek.

          Contoh : Saya berenang. Berenang apa?(tiadajawapan)
                         Ahmad menangis di atas katil. Menangis apa? (tiada jawapan)
 
2) Ada dua jenis ayat aktif tak transitif :  
     -keterangan yang boleh digugurkan
     -keterangan yang tidak boleh digugurkan 


(i) keterangan yang boleh digugurkan 
    
Contoh : - Gadis itu tersenyum apabila saya menegurnya.
               -Gadis itu tersenyum.

(ii) keterangan yang tidak boleh digugurkan
     
Contoh : - Dia berada di Limbang.
               - * Dia berada.



LATIHANl

BINA 5 AYAT AKTIF TRANSITIF DAN 5 AYAT AKTIF TAK TRANSITIF DENGAN MENGGUNAKAN AYAT KAMU SENDIRI.


BERCINTA DENGAN ILMU

Isnin, 18 Mei 2020

Teks Ucapan wakil murid sempena Hari Guru SK St Edmund


Khamis, 14 Mei 2020

Jawapan Laporan Majlis Persaraan Cikgu Haji Yusof Bin Basar.

Laporan Majlis Jamuan Persaraan Cikgu Haji Yusof Bin Basar

Pada 09 Mei 2020, murid-murid Tahun Empat Kuning telah mengadakan majlis jamuan bagi meraikan persaraan Cikgu Haji Yusof Bin Basar. Jamuan tersebut diadakan di Dewan Menunggu sekolah kami. Menu jamuan yang dihidangkan ialah nasi Arab Madinah.
         
          Cikgu Haji Yusof ialah guru Pendidikan Moral di Sekolah Kebangsaan Saint Edmund. Beliau akan bersara pilihan dalam usia 56 tahun pada 09 Jun 2020. Majlis jamuan persaraan tersebut diadakan bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa beliau.

           Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Putra Dainel selaku ketua pelajar Islam tahun empat. Selepas itu, pengerusi majlis membacakan kisah hidup Cikgu Haji Yusof sepanjang perkhidmatannya sebagai pendidik. Kami sungguh berbangga mempunyai seorang guru yang berdedikasi dan cemerlang sepertinya.

          Seterunya, pengerusi majlis menjemput ketua kelas, Malvin Teo Moe mewakili rakan-rakan menyampaikan ucapan penghargaan. Ketua kelas menyatakan ucapan terima kasih kepada Cikgu Haji Yusof atas ilmu yang diberi. Segala ilmu yang dicurahkan akan dijadikan pedoman dan pengajaran hidup masa mendatang. Ketua kelas juga mendoakan semoga Cikgu Haji Yusof beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

         Kemudian, tibalah giliran Cikgu Haji Yusof untuk menyampaikan ucapannya. Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan terharu atas jamuan yang diadakan. Hidangan yang disediakan amat istimewa. Beliau juga mendoakan semoga semua murid Tahun Empat Kuning berjaya dan terus maju dalam pelajaran.

         Selepas menikmati jamuan, semua murid bersalam-salaman dengan Cikgu Haji Yusof. Bagi kami, beliau antara guru yang sangat dedikasi dan banyak menyuntik nasihat dan ilmu yang berguna. Sebelum berpisah, kami menyampaikan hadiah istimewa kepada beliau.


Laporan disediakan oleh,                                                                                              14 MEI 2020

               faris                                       
(FARISYADHIA DAMIEA BINTI HAMZAH)
Setiausaha Kelas Tahun Empat Kuning
Sekolah Kebangsaan Saint Edmund.

Rabu, 13 Mei 2020

FORMAT PENULISAN LAPORAN UPSR

Salam sejahtera semua..

Hari ini Rabu, 13 Mei 2020.

Tajuk pembelajaran kita ialah PENULISAN LAPORAN

Harap medium ini dapat memberi manfaat kepada semua yang sedang membaca dan melayari blog ini..

Sila tonton video di bawah..


atau terus ke link di bawah...
https://youtu.be/cbnH7DI1VRk

sekian terima kasih..

Isnin, 11 Mei 2020

PDPC KEBUDAYAAN KAUM IBAN


TEMA : WARISAN BANGSA
TAJUK : MASYARAKAT IBAN



KEBUDAYAAN KAUM IBAN

Iban girls.jpg

Iban atau Dayak Iban (dalam Bahasa Iban Iban bermaksud orang atau manusia), adalah salah satu rumpun Dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya atau bangsa Dayak amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Kerajaan Dayak di Tampun Juah, sebelum kaum Iban dan bangsa Dayak berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang. Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda di Kalimantan Barat, kaum Iban sebelumnya dikenal sebagai Dayak Laut dalam pengertian Bahasa Iban Laut bermaksud Melayu (merujuk kepada kaum Melayu). Jika diistilah secara betul Dayak Laut dalam Bahasa Iban bermaksud Dayak Melayu. Fakta ini juga disokong kerana ada satu lagi rumpun bangsa Dayak Laut iaitu Dayak Malayik atau Dayak Melayu yang tinggal di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah. Fakta ini disokong kerana bahasa Iban adalah bahasa yang paling dekat dengan Bahasa Melayu dan bahasa Iban sendiri berasal dari rumpun Malayic dan berparas rupa serta fizikal dari ras Malayoloid. Kekadang asal-usul maksud Dayak Laut ditafsirkan dalam bahasa Melayu dan diterjemah kepada Bahasa Inggeris bermaksud Sea Dayak sebagai menggenapi maksud Land Dayak yang digunapakai oleh kaum Bidayuh kerana dalam bangsa Dayak dibahagikan kepada 4 subbangsa iaitu Dayak LautDayak DaratDayak Orang Ulu dan Dayak Barito.

                 Kaum Iban atau Dayak Laut merupakan kaum yang terbesar di Sarawak. Empat puluh peratus daripada jumlah penduduk Sarawak ialah kaum Iban. Kaum Iban juga merupakan kaum keempat terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina, dan India.
                Hari  Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Iban. Hari Gawai disambut pada awal bulan Jun setiap tahun. Perayaan ini menandakan berakhirnya musim menuai padi. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini.
                Peralatan muzik tradisional Iban terdiri daripada tawak, bendai, gendang, dan sape. Alatan muzik ini dimainkan ketika mengiringi tarian ngajat. Selain itu, alatan tersebut juga digunakan semasa upacara perkahwinan, perpindahan ke rumah panjang yang baharu dan semasa upacara menamakan anak.
                Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua, iaitu Kain Sirat dan Dandong. Bagi wanita Iban pula, mereka memakai pakaian yang mempunyai hiasan dada yang diperbuat daripada manik.

Latihan :
Jawab soalan-soalan dengan ayat yang betul.
1.   1.    Kaum Iban kebanyakannya tinggal di negeri mana? ( 1 markah)
2.   2.   Bilakah sambutan perayaan Hari Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Iban? ( 2 markah)
3.   3.    Senaraikan peralatan muzik tradisional kaum Iban. (2 markah )
4.   4.    Pada pendapat kamu, kenapakah kaum Iban tinggal di rumah panjang. Jelaskan . ( 5 markah)


p/s; jawapan yang sudah siap, boleh dihantar untuk disemak.

Jumaat, 8 Mei 2020

Nona Manis Isteriku

memang sedaphttps://youtu.be/jMdLLKc5LMQ


Rasa memang sedap.. apa lagi kalau isteri yang buat.. air tangan isteri memang sedap.
Dahlah cantik, pandai masak .. terima kasih isteriku.. siapa lagi kalau bukan suami yang puji isteri.
Maaf.. video tu ada suara budak2 main.. tapi itu lah yang seronok dalam berkeluarga.. tanpa suara anak2 pasti keluarga kurang bermakna. Anak2 lah membawa rezeki dan keceriaan rumahtangga..
Ok.. selamat mencuba.. boleh lah buat untuk keluarga atau nak meniaga..k

MENGENAL AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK







Lot 2095, Taman Pertama,
Jalan Kubong,
98700 Limbang,
Sarawak.

08 Mei 2020
 
 









Menenui sahabatku yang berada di Termeloh , Pahang. Apa khabar saudara sekarang? Saya berharap agar saudara sihat-sihat sahaja.
                Saya menulis surat ini untuk berkongsi cerita tentang upacara minum tea yang dilakukan semasa majlis perkahwinan jiran saya. Upacara ini merupakan lambang penerimaan pasangan pengantin, terutamanya si isteri, dalam keluarga si suami. Upacara ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan ikatan perkhawinan.
                Menurut ayah jiran saya, upacara minum tea dalam masyarakat Cina ini dilaksanakan dengan cara yang tersendiri. Pasangan pengantin akan berdiri dan melutut sebanyak tiga kali di hadapan ibu bapa pasangan secara bergilir-gilir. Pengantin perempuan akan memberikan minuman teh kepada ahli keluarga mengikut peringkat umur.
                Upacara ini menyedarkan saya betapa pentingnya sikap hormat-menghormati dalam kalangan anggota keluarga, terutamanya golongan muda, terhadap golongan tua. Amalan ini juga penting untuk keharmonian rumah tangga pasangan yang baru berkahwin.
                Setakat ini sahaja buat kali ini. Sekian, terima kasih.

                                                                                                                                                                                                                                                                                             Yang benar,                 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Awang Ahmad Danish      




AKTIVITI :

1. SALIN CONTOH SURAT TIDAK RASMI DI ATAS DENGAN FORMAT YANG BETUL.

2. KENAL PASTI AYAT TUNGGAL YANG TERDAPAT DALAM SURAT TERSEBUT.

3. SENARAIKAN AYAT MAJMUK YANG TERDAPAT DALAM SURAT TERSEBUT.

Selasa, 5 Mei 2020

PDPC AIS KRIM BIRU OREO

Salam Sejahtera semua..

pembelajaran kita hari ini 06 Mei 2020.. Bahasa Melayu ( kelas 4K dan 5B )
Murid-murid perlu menonton video di bawah :



Selepas menonton, murid-murid perlu menjawab soalan di bawah :

1. Berikan nama yang sesuai untuk ais krim tersebut? ( 1 markah )

2. Senaraikan dua bahan utama membuat ais krim tersebut ? ( 2 markah )


3.Berapa jam masa yang sepatutnya ais krim tersebut di dalam peti ais sebelum sesuai untuk di makan ? (2 markah)


4. Bolehkah Whipping cream digantikan dengan susu segar uht ? jelaskan. ( 3 markah )

5. Pada pendapat kamu, bilakah masa yang sesuai untuk menghidangkan ais krim tersebut? Mengapa?          ( 4 Markah )

pesanan:
murid-murid digalakkan untuk mencuba resepi ais krim tersebut. setelah siap, boleh ambil gambar sebagai bukti dan post dalam blog ini pada ruangan ulasan atau comment..

Terima kasih atas kerjasama.

SELAMAT MENCUBA..

Isnin, 4 Mei 2020

PDPC MENGEDIT TEKS


ISNIN : 04 MEI 2020
PEMBELAJARAN ONLINE MUSIM PKP.

TEMA : WARISAN BANGSA
TAJUK : KESENIAN KAIN SAMPING

HARAP KEADAH PEMBELAJARAN INI DAPAT MEMBERI ILMU YANG BERGUNA KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI MELALUI YOUTUBE SAYA..

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...