|
Menenui sahabatku yang berada di Termeloh , Pahang. Apa
khabar saudara sekarang? Saya berharap agar saudara sihat-sihat sahaja.
Saya
menulis surat ini untuk berkongsi cerita tentang upacara minum tea yang
dilakukan semasa majlis perkahwinan jiran saya. Upacara ini merupakan lambang
penerimaan pasangan pengantin, terutamanya si isteri, dalam keluarga si suami.
Upacara ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan
ikatan perkhawinan.
Menurut ayah jiran saya, upacara minum tea dalam masyarakat Cina ini dilaksanakan dengan
cara yang tersendiri. Pasangan pengantin akan berdiri dan melutut sebanyak tiga
kali di hadapan ibu bapa pasangan secara bergilir-gilir. Pengantin perempuan
akan memberikan minuman teh kepada ahli keluarga mengikut peringkat umur.
Upacara
ini menyedarkan saya betapa pentingnya sikap hormat-menghormati dalam kalangan
anggota keluarga, terutamanya golongan muda, terhadap golongan tua. Amalan ini
juga penting untuk keharmonian rumah tangga pasangan yang baru berkahwin.
Setakat
ini sahaja buat kali ini. Sekian, terima kasih.
Yang
benar,
Awang Ahmad Danish
AKTIVITI :
1. SALIN CONTOH SURAT TIDAK RASMI DI ATAS DENGAN FORMAT YANG BETUL.
2. KENAL PASTI AYAT TUNGGAL YANG TERDAPAT DALAM SURAT TERSEBUT.
3. SENARAIKAN AYAT MAJMUK YANG TERDAPAT DALAM SURAT TERSEBUT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan