Ayat aktif transitif
1) Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.
Tips:
Bagaimanakah kita tahu kata kerja itu transitif?Mudah sahaja. Cuba tanya “Apa?” Selepas kata kerja itu. Jika ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif mempunyai objek.
Contoh : Danish menaiki basikal. Menaiki apa? (ada jawapan)
ya.. jawapan = basikal. (menaiki adalah kata kerja transitif)
Contoh :
Athilah membeli buah mangga.
subjek = Athilah
kata kerja transitif = membeli
objek = buah mangga
2) Ada juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi.
Contoh :-
" Puan Naimah menghadiahkan anaknya sebuah komputer."Puan Naimah (subjek)
menghadiahkan ( kata kerja transitif )
anaknya (objek tepat )
sebuah komputer (objek sipi).
3) Ayat aktif transitif juga boleh digugurkan objeknya.
- Objek yang boleh digugurkan itu hanya ganti nama diri orang pertama.
contoh:
"Semangatnya sangat menghairankan kami."
subjek = semangatnya
kata penguat = sangat
kata kerja transitif = menghairankan
objek yang digugurkan = kami
Ayat aktif tak transitif
1) Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
Tips:
Bagaimanakah kita tahu kata kerja itu tak transitif? Mudah sahaja. Cuba tanya “Apa?” Selepas kata kerja itu. Jika tidak ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif tidak mempunyai objek.
Contoh : Saya berenang. Berenang apa?(tiadajawapan)
Ahmad menangis di atas katil. Menangis apa? (tiada jawapan)
2) Ada dua jenis ayat aktif tak transitif :
-keterangan yang boleh digugurkan
-keterangan yang tidak boleh digugurkan
(i) keterangan yang boleh digugurkan
Contoh : - Gadis itu tersenyum apabila saya menegurnya.
-Gadis itu tersenyum.
(ii) keterangan yang tidak boleh digugurkan
Contoh : - Dia berada di Limbang.
- * Dia berada.
LATIHANl
BINA 5 AYAT AKTIF TRANSITIF DAN 5 AYAT AKTIF TAK TRANSITIF DENGAN MENGGUNAKAN AYAT KAMU SENDIRI.
BERCINTA DENGAN ILMU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan