Khamis, 14 Mei 2020

Jawapan Laporan Majlis Persaraan Cikgu Haji Yusof Bin Basar.

Laporan Majlis Jamuan Persaraan Cikgu Haji Yusof Bin Basar

Pada 09 Mei 2020, murid-murid Tahun Empat Kuning telah mengadakan majlis jamuan bagi meraikan persaraan Cikgu Haji Yusof Bin Basar. Jamuan tersebut diadakan di Dewan Menunggu sekolah kami. Menu jamuan yang dihidangkan ialah nasi Arab Madinah.
         
          Cikgu Haji Yusof ialah guru Pendidikan Moral di Sekolah Kebangsaan Saint Edmund. Beliau akan bersara pilihan dalam usia 56 tahun pada 09 Jun 2020. Majlis jamuan persaraan tersebut diadakan bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa beliau.

           Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Putra Dainel selaku ketua pelajar Islam tahun empat. Selepas itu, pengerusi majlis membacakan kisah hidup Cikgu Haji Yusof sepanjang perkhidmatannya sebagai pendidik. Kami sungguh berbangga mempunyai seorang guru yang berdedikasi dan cemerlang sepertinya.

          Seterunya, pengerusi majlis menjemput ketua kelas, Malvin Teo Moe mewakili rakan-rakan menyampaikan ucapan penghargaan. Ketua kelas menyatakan ucapan terima kasih kepada Cikgu Haji Yusof atas ilmu yang diberi. Segala ilmu yang dicurahkan akan dijadikan pedoman dan pengajaran hidup masa mendatang. Ketua kelas juga mendoakan semoga Cikgu Haji Yusof beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

         Kemudian, tibalah giliran Cikgu Haji Yusof untuk menyampaikan ucapannya. Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan terharu atas jamuan yang diadakan. Hidangan yang disediakan amat istimewa. Beliau juga mendoakan semoga semua murid Tahun Empat Kuning berjaya dan terus maju dalam pelajaran.

         Selepas menikmati jamuan, semua murid bersalam-salaman dengan Cikgu Haji Yusof. Bagi kami, beliau antara guru yang sangat dedikasi dan banyak menyuntik nasihat dan ilmu yang berguna. Sebelum berpisah, kami menyampaikan hadiah istimewa kepada beliau.


Laporan disediakan oleh,                                                                                              14 MEI 2020

               faris                                       
(FARISYADHIA DAMIEA BINTI HAMZAH)
Setiausaha Kelas Tahun Empat Kuning
Sekolah Kebangsaan Saint Edmund.

Tiada ulasan:

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...