Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Terima kasih Pengerusi Majlis.
Yang Berusaha Encik William Anak Awang, guru besar Sekolah Kebangsaan Saint Edmund, Encik Rudy, YDP PIBG, Guru-guru Penolong Kanan, Ajk PIBG,guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pertama sekali, saya mengucapkan berbanyak terima kasih, kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya, selaku wakil murid untuk memberikan ucapan, sempena Hari Guru 2020, hari ini 16 Mei.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Itu adalah kata-kata Sasterawan Negara, Usman Awang dalam puisinya Guru Oh Guru.
Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari keramat bagi mengenang dan menghargai jasa guru. 16 Mei saban tahun telah dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama, pada tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima LAPORAN RAZAK, yang telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan, semenjak hari itu.
Tahun ini, Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baru telah dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi. Bersesuaian juga dengan situasi semasa negara kita Malaysia. Segalanya bermula daripada seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.
Para ilmuan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mengenal abc, 1,2,3, one two three dan alif, ba, ta perlulah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka melayani karenah kita amatlah besar nilainya. Jasa itu akan kami kenang hingga ke hujung nyawa.
Warga sekolah sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Merekalah insan yang sedia mendengar segala masalah kita. Gurulah segala-galanya bagi kami. Oleh itu, guru-guru di SK Saint Edmund ini merupakan pendidik yang cukup hebat dalam mendidik kami semua.
Guru-guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah mengenal erti jemu dalam memberikan pelajaran kepada kami semua.
Saya akhiri ucapan saya dengan memetik nukilan rangkap pertama dan terakhir sajak Menteri Pendidikan Malaysia,
Aku di sini,
Bukan kerana aku dilahirkan bijak,
Bukan kerana aku dilahirkan pandai,
Bukan kerana aku dilahirkan pintar,
Tidak juga kerana aku dilahirkan hebat,
Aku akan terus berguru,
Demi cinta kepada ilmu.
Sekian, terima kasih.
LATIHAN :
1. SALIN TEKS UCAPAN MURID SEMPENA HARI GURU SK ST EDMUND DI ATAS.
2. SENARAIKAN KATA ADJEKTIF YANG TERDAPAT DALAM TEKS TERSEBUT.
3. SENARAIKAN KATA BANTU YANG TERDAPAT DALAM TEKS TERSEBUT.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA YANG BAKAL TIBA.
100% found this documenYang berbahagia, YDP PIBG SMK Jenagor, En. bla..bla..bl.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan