TEMA : WARISAN BANGSA
TAJUK : MASYARAKAT IBAN
KEBUDAYAAN KAUM IBAN
Iban atau Dayak Iban (dalam Bahasa Iban Iban bermaksud orang atau manusia), adalah salah satu rumpun Dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya atau bangsa Dayak amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Kerajaan Dayak di Tampun Juah, sebelum kaum Iban dan bangsa Dayak berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang. Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda di Kalimantan Barat, kaum Iban sebelumnya dikenal sebagai Dayak Laut dalam pengertian Bahasa Iban Laut bermaksud Melayu (merujuk kepada kaum Melayu). Jika diistilah secara betul Dayak Laut dalam Bahasa Iban bermaksud Dayak Melayu. Fakta ini juga disokong kerana ada satu lagi rumpun bangsa Dayak Laut iaitu Dayak Malayik atau Dayak Melayu yang tinggal di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah. Fakta ini disokong kerana bahasa Iban adalah bahasa yang paling dekat dengan Bahasa Melayu dan bahasa Iban sendiri berasal dari rumpun Malayic dan berparas rupa serta fizikal dari ras Malayoloid. Kekadang asal-usul maksud Dayak Laut ditafsirkan dalam bahasa Melayu dan diterjemah kepada Bahasa Inggeris bermaksud Sea Dayak sebagai menggenapi maksud Land Dayak yang digunapakai oleh kaum Bidayuh kerana dalam bangsa Dayak dibahagikan kepada 4 subbangsa iaitu Dayak Laut, Dayak Darat, Dayak Orang Ulu dan Dayak Barito.
Kaum Iban atau Dayak Laut merupakan kaum yang terbesar di
Sarawak. Empat puluh peratus daripada jumlah penduduk Sarawak ialah kaum Iban.
Kaum Iban juga merupakan kaum keempat terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu,
Cina, dan India.
Hari Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut
oleh kaum Iban. Hari Gawai disambut pada awal bulan Jun setiap tahun. Perayaan
ini menandakan berakhirnya musim menuai padi. Tuai rumah merupakan orang yang
bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini.
Peralatan
muzik tradisional Iban terdiri daripada tawak, bendai, gendang, dan sape.
Alatan muzik ini dimainkan ketika mengiringi tarian ngajat. Selain itu, alatan
tersebut juga digunakan semasa upacara perkahwinan, perpindahan ke rumah
panjang yang baharu dan semasa upacara menamakan anak.
Pakaian
tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua, iaitu Kain Sirat dan Dandong.
Bagi wanita Iban pula, mereka memakai pakaian yang mempunyai hiasan dada yang
diperbuat daripada manik.
Latihan :
Jawab soalan-soalan dengan ayat yang betul.
1. 1. Kaum Iban kebanyakannya tinggal di negeri mana?
( 1 markah)
2. 2. Bilakah sambutan perayaan Hari Gawai Dayak
disambut oleh masyarakat Iban? ( 2 markah)
3. 3. Senaraikan peralatan muzik tradisional kaum
Iban. (2 markah )
4. 4. Pada pendapat kamu, kenapakah kaum Iban tinggal
di rumah panjang. Jelaskan . ( 5 markah)
p/s; jawapan yang sudah siap, boleh dihantar untuk disemak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan