Nama : _____________________________________
Tarikh : ______________
SULIT
011
Bahasa
Melayu
Kertas 1
Set 1
Tahun 5
50 minit
projek bahasa melayu
011
MODUL UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2006
011 – BAHASA MELAYU
Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.
2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
011 SET 1
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
Soalan 1 hingga Soalan 20
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan Gambar 1
1
Selepas pulang dari pejabatnya, Suhaimi berbaring di sofa __________ tertidur.
A jika
B bila
C sambil
D hingga
Gambar 1
2
Tukang masak itu __________ daging lembu itu sehingga lumat sebelum dimasukkannya ke dalam kuali.
A melapah
B mengisar
C menghiris
D memotong
Soalan 3 berdasarkan Gambar 2
3
Para penonton __________ tangan setelah menyaksikan persembahan nyanyian berduet itu.
A bertepuk
B bersilang
C bertampar
Gambar 2
Soalan 4 berdasarkan Gambar 3
4
Beberapa orang anggota kadet sedang __________ Sungai Pahang dengan menaiki sampan berenjin.
A melintasi
B menyusuri
C mengharungi
D menyeberangi
Gambar 3
Soalan 5 berdasarkan Gambar 4
5
Pada bulan November yang lalu, saya dan keluarga saya berkesempatan melawat ke __________.
A Zoo Negara
B Masjid Negara
C Muzium Negara
D Planetrium Negara
Gambar 4
6
Kerja-kerja membuat bangunan pencakar langit itu memerlukan banyak __________ agar lebih kukuh dan teguh.
A baji
B pasak
C cerucuk
D pancang
Soalan 7 berdasarkan Gambar 5
7
Harwan Singh dan Azlie __________ kerana mereka sudah lama tidak bertemu.
A berpelukan
B bersalaman
C bertamparan
Gambar 5
8
Kempen __________ najis dadah akan diadakan pada minggu depan di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.
A lawani
B perangi
C tentangi
D banterasi
Soalan 9 berdasarkan Gambar 6
9
Layang-layang Muzaffar putus talinya dan __________ pada dawai elektrik.
A terpaut
B tersadai
C tersangkut
D tergantung
Gambar 6
Soalan 10 berdasarkan Gambar 7
10
Wendy memelihara seekor kucing siam, dia sangat sayang __________ kucingnya itu.
A akan
B pada
C dengan
Gambar 7
11
Kumpulan nasyid itu telah mendapat __________ gemuruh sebaik sahaja mereka muncul di atas pentas dan sejurus selepas persembahannya.
A pekikan
B teriakan
C sorakan
D tepukan
Soalan 12 berdasarkan Gambar 8
12
Chef Jestina Choong sedang __________ tepung untuk membuat roti piza.
A menguli
B mengaul
C meramas
D membancuh
Gambar 8
13
Nasaruddin lebih suka _________ ikan kerana dia cuma perlu memasangnya pada waktu petang dan menariknya ke atas sampan pada pagi esoknya.
A menjala
B mengail
C melukah
D memukat
Soalan 14 berdasarkan Gambar 9
14
Puan Rahimah __________ bahan-bahan di dalam kuali itu supaya sebati.
A mengisar
B meramas
C mengepal
D menggaul
Gambar 9
Soalan 15 berdasarkan Gambar 10
15
Pak Mail sedang __________ semak-samun di belakang rumah majikannya
A menebas
B mengerat
C memotong
D mencantas
Gambar 10
16
Rashidi menjemur beberapa __________ getah yang baru dimesinnya itu pada sebatang buluh yang panjang.
A helai
B keping
C bidang
D gelung
Soalan 17 berdasarkan Gambar 11
17
__________ pengakap dari SK Gunung Semanggol telah berkhemah di Hutan Lipur Lata Kinjang, Tapah, Perak.
A Sekawan
B Sepasang
C Sepasukan
D Segerombolan
Gambar 11
18
Jurugambar itu menggunakan lima __________ filem ketika hari persandingan pasangan artis terkenal itu.
A buah
B kotak
C gelung
D gulung
Soalan 19 dan Soalan 20 berdasarkan Gambar 12
19
Beberapa __________ tanah rendah telah ditenggelami air kerana hujan turun dengan lebatnya selama tiga hari.
A deret
B petak
C bidang
D kawasan
Gambar 12
20
Perkataan berlawan bagi situasi yang berlaku disebabkan hujan lebat yang turun berhari-hari itu ialah __________.
A ribut
B kering
C kemarau
D tengkujuh
Soalan 21 berdasarkan Gambar 13
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
21
Apakah yang sedang dilakukan oleh dua orang penternak ikan air tawar itu?
A Mereka membuang anak ikan ke dalam kolam itu.
B Mereka menuangkan air yang ke dalam kolam itu.
C Mereka melepaskan anak ikan ke dalam kolam itu.
D Mereka membubuh umpan ikan ke dalam kolam itu.
Gambar 13
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
22
Rakyat Malaysia mestilah bekerja keras untuk meningkatkan produktiviti.
A Bagaimanakah produktiviti boleh mengalakkan rakyat Malaysia bekerja keras?
B Mengapakah produktiviti rakyat Malaysia mesti ditingkatkan dengan bekerja keras?
C Apakah yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk meningkatkan produktiviti?
D Siapakah yang bekerja keras untuk rakyat Malaysia bagi meningkatkan produktiviti?
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
23 A Beberapa ekor sibur-sibur hinggap pada tali penyidai baju itu.
B Tukang rumah itu memasang onde-onde pada bumbung rumahnya.
C Dekak-dekak yang dijual di warung Mak Uteh itu sungguh enak rasanya.
D Emak memasukkan ampai-ampai itu ke dalam peti sejuk supaya cepat beku.
Soalan 24 dan Soalan 25
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
24 I Warna kain itu akan turun sekiranya direndam terlalu lama.
II Nelayan itu berhati-hati ketika hendak turun pukat dari botnya.
III Dia berasal dari turun pahlawan Majapahit yang dibuang negeri ketika itu.
IV Kemarahannya belum turun lagi walaupun telah dipujuk dan ditenangkan.
A
B
C
D I dan II sahaja
I dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
25 I Pak Lah hantaran seikat pulasan ke rumah jirannya.
II Hantaran bola pemain sayap kanan itu terkena palang gol.
III Liza menyimpan wang hantaran perkahwinannya di dalam bank.
IV Surat berdaftar itu adalah hantaran daripada suaminya di seberang laut.
A
B
C
D I dan II sahaja
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Soalan 26 dan Soalan 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
26
Kelab Rebana kampung saya telah dirasmikan penubuhannya oleh penghulu mukim.
A Penghulu mukim telah merasmikan penubuhan Rebana Kelab kampung saya.
B Penghulu mukim akan merasmikan penubuhan Kelab Rebana kampung saya.
C Penghulu mukim telah merasmikan penubuhan Kelab Rebana kampung saya.
D Penghulu mukim menubuhkan dan merasmikan Kelab Rebana kampung saya.
Soalan 27 berdasarkan Gambar 14
27
Perlawanan bola sepak tujuh sebelah akan diadakan bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam.
A
Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam akan berlangsung perlawanan tujuh bola sebelah.
B
Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam telah diadakan perlawanan bola sepak tujuh sebelah.
C
Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam akan diadakan perlawanan bola sepak tujuh sebelah.
Gambar 14
D Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam sedang berlangsung perlawanan bola tujuh sepak sebelah.
Soalan 28 dan Soalan 29
Pilih ayat yang betul.
28 A Kami sampai di majlis kenduri kahwin itu lebih awal dari mereka.
B Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar.
C Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan yang lapang ini.
D Ibu-ibu dan anak-anak kecil masuk padang untuk memulakan acara sukaneka.
29 A Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
B Di antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster.
C Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas pandangan guru-gurunya.
D Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh dengan madu lebah.
Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
30 I Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah.
II Satu rampasan terbesar beras telah dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi.
III Perkara-perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini.
IV Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja.
A
B
C
D I dan III sahaja
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
CUTI-CUTI MALAYSIA
Keindahanmu Mempesona
PAKEJ ISTIMEWA
2 Hari Di Tasik Banding - RM300.00
2 Hari Di Pulau Redang - RM450.00
2 Hari Di Pulau Perhentian - RM450.00
2 Hari Di Taman Negara - RM230.00
3 Hari Di Kota Kinabalu - RM900.00
Pakej istimewa ini hanya ditawarkan untuk tempoh sebulan dari tarikh iklan ini. Kadar yang berbeza akan dikenakan selepas tamat tarikh promosi.
Kami menawarkan pakej percutian dan pakej pelancongan yang mudah, murah, dan meriah. Pilihlah destinasi yang menawan hati anda. Destinasi yang mengembalikan keceriaan hidup anda! Pihak kami akan menguruskan tentang pengangkutan, penginapan dan makanan.
Habiskan percutian anda dan keluarga anda bersama-sama kami. Buatlah tempahan anda sekarang. (Tempahan boleh dibuat mulai 7 November 2005).
Hubungi kami di alamat berikut:
Syarikat Kembara Sdn. Bhd.
No. 240, Lorong Tengah,
Taman Tun Dr. Ismail,
54000 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-28222468/019-5432775
Pejabat cawangan kami:
Negeri Sembilan - 06-4573439
Pulau Pinang - 04-7245688
Johor Bahru - 07-2229770
Kuala Terengganu - 09-5654422
(cuti-cuti Malaysia – Keindahan Mempersona)
31
Kos percutian di Kota Kinabalu tiga kali ganda daripada kos percutian di Tasik Banding
A kerana jumlah hari percutian yang berbeza.
B kerana jarak serta tempoh bercuti yang berbeza.
C kerana terdapat pelbagai kemudahan di Kota Kinabalu.
D kerana tambang pesawat untuk ke Kota Kinabalu mahal.
32
Perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pelancongan itu ialah
A Makanan, penginapan, dan perhubungan.
B Pengangkutan, penginapan, dan makanan.
C Pengangkutan, tempat tinggal, dan hiburan.
D Tempat tinggal, makanan, dan penginapan.
33
Perkataan keceriaan dalam petikan bermaksud
A keriangan. C kebersihan.
B kecantikan. D ketenangan.
34
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.
A Pelancong dijangka akan ramai kerana tawaran yang diberikan amat istimewa.
B Kebanyakan tempat pelancongan terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
C Tempahan ke tempat pelancongan itu juga boleh dibuat melalui pejabat cawangan.
D Pelancong bebas memilih destinasi yang diminati serta tawaran pakej yang menarik.
35
Bagi penduduk di negeri Pahang, tempahan boleh dibuat dengan menghubungi
A 03-28222468 atau 06-4573439.
B 03-28222468 atau 04-7245688.
C 03-28222468 atau 07-2229770.
D 03-28222468 atau 09-5654422.
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kita menggunakan lampu elektrik untuk menerangi kegelapan. Pada zaman dahulu, lampu elektrik tidak ada. Manusia pada zaman kuno hanya menggunakan unggun api pada waktu malam. Setelah beberapa lama, barulah manusia tahu tentang kegunaan elektrik. Tahukah kamu apakah punca-punca elektrik?
Elektrik boleh dihasilkan oleh haba, cahaya, geseran, tekanan, kemagnetan dan juga tindakan kimia. Tenaga elektrik daripada haba paling senang diperoleh. Apabila dua batang logam dipanaskan, tenaga elektrik akan terhasil.
Tenaga elektrik juga akan terhasil apabila bahan-bahan seperti nilon, getah, sutera atau kaca digeserkan. Jika kuartza dan “garam rochelle” ditekan, tenaga elektrik juga akan terhasil. Cahaya matahari juga dapat menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh matahari dikenali sebagi tenaga solar. Tenaga solar ini mempunyai potensi yang sangat baik untuk dimajukan kerana tenaga daripada unsur ini lebih mesra alam.
Tindakan kimia di dalam sel basah dan sel kering juga menghasilkan tenaga elektrik. Contoh sel basah ialah bateri kenderaan seperti bateri kereta, lori, bas, van dan lain-lain lagi. Manakala bateri lampu picit, bateri radio dan bateri jam ialah contoh sel kering. Sel basah dan sel kering digunakan secara meluas sebagai sumber tenaga elektrik masa kini.
Walaupun tenaga elektrik amat berguna kepada kehidupan manusia, tenaga elektrik juga boleh membahayakan nyawa kita. Contohnya apabila berlaku litar pintas, menyebabkan berlakunya kebakaran dan kemusnahan harta benda. Oleh itu, kita semestinya tahu dan bijak memanfaatkan penggunaan tenaga elektrik.
36
Perkataan zaman kuno dalam petikan bermaksud
A zaman lepas.
B zaman dahulu.
C zaman moden.
D zaman sekarang.
37
Apakah yang akan terjadi apabila dua batang logam dipanaskan?
A Logam-logam itu akan cair.
B Tenaga elektrik akan terhasil.
C Tenaga elektrik akan berubah.
D Logam-logam itu akan terbakar.
38
Apakah yang digunakan untuk menghidupkan enjin kereta dan menyalakan lampunya?
A Tenaga elektrik daripada haba.
B Tenaga elektrik daripada geseran.
C Tenaga elektrik daripada sel kering.
D Tenaga elektrik daripada sel basah.
39
Pernyataan berikut adalah tentang tenaga elektrik yang dihasilkan oleh matahari, kecuali
A Cahaya matahari sangat penting untuk menghasilkan tenaga elektrik.
B Cahaya matahari adalah satu daripada sumber tenaga elektrik semula jadi.
C Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh matahari dikenali sebagai tenaga solar.
D Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh matahari tidak mencemarkan alam sekitar.
40
Sel kering mempunyai kelebihan daripada segi penggunaan tenaganya kerana
A Sel kering lebih ringan dan tenaganya setanding dengan sel basah.
B Sel kering lebih murah dan mudah untuk dibawa kerana saiznya yang kecil.
C Sel kering lebih murah dan boleh dicas semula apabila kuasanya berkurangan.
D Sel kering mempunyai kuasa yang cukup kuat dan boleh menyebabkan kematian.
KERTAS SOALAN TAMAT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Suami perlu amalkan untuk Bahagia
Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s · 30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...
-
Ayat aktif transitif 1) Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tran...
-
Perbualan tentang kepentingan menjaga kebersihan di dapur rumah. Dalilah : Ibu, saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah yang telah diber...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan