Tema : Adat Dijunjung Budaya Disanjung
Tajuk : Jahitan Tulang Belut.
Baca berita dibawah dengan intonasi yang betul dan lancar.
Johor Bahru: Kisah
kejayaannya tidak datang bergolek, bahkan pemilik jenama Teluk Belanga, Jamil
Sukaimi pernah melalui fasa sukar ketika mula bertapak dalam industri pembuatan
baju Melayu tradisional termasuk bekerja lebih masa untuk mengumpulkan modal.
Bermula sebagai
pekerja upahan, anak jati Simpang Renggam, Kluang ini membulatkan tekad
menceburi bidang diminati itu dengan berbekalkan kemahiran ketika mengikuti
pengajian dalam bidang rekaan fesyen dan jahitan di Institut Kemahiran MARA
(IKM) pada 1987 dan 1988.
Katanya, kerjanya mula
serius dalam dunia jahitan selepas menamatkan latihan praktikal dalam bidang
itu di sebuah butik di Plaza Komtar.
“Tuah menyebelahi saya
apabila ditawarkan bekerja sebagi pembantu di situ dengan upah RM500.
“Tugas saya pada
permulaan hanya sebagai pemotong baju dan lama-kelamaan selepas lima tahun
bekerja di situ saya mahir menjahit pakaian lelaki dan wanita,” katanya.
Berkat bekerja selama
12 jam sehari, dia mengumpul wang RM15,000.
“Saya berhenti dan
membuka kedai sendiri di Plaza Kotaraya (kini Galleria Kotaraya) dengan sewa
RM500 sebulan,” katanya.
Beliau yang juga anak
keempat daripada 13 beradik berkata, pada waktu itu, Plaza Kotaraya tempat
popular orang Melayu membeli-belah sama seperti Angsana Mall.
Bagaimanapun katanya,
dia tidak menyewa di dalam pusat beli-belah berkenaan, sebaliknya diberi ruang
membuka kedai di kaki lima bangunan berkenaan.
“Selepas Plaza Angsana
wujud, ramai peniaga mula berpindah ke sana dan dari situ saya dapat peluang
menyewa di dalam Plaza Kotaraya sehingga sekarang.
“Kini saya memiliki
dua butik termasuk di Danga City Mall dan insya-Allah selepas Aidilfitri ini,
sebuah lagi butik akan dibuka di Dataran Larkin,” katanya.
Katanya, lebih manis
penyanyi Amy Search bakal berkolaborasi dengan Teluk Belanga untuk mengeluarkan
pakaian baju Melayu Johor.
Mengulas lanjut
mengenai seni jahitan Tulang Belut, katanya, ia jahitan yang cantik dihasilkan
pada baju kurung atau baju Melayu dengan mempunyai leher teluk belanga.
“Jika bukan kita yang
buat, siapa lagi yang mahu pelihara seni jahitan Tulang Belut ini, saya tidak
mahu ia pupus ditelan masa,” katanya.
Malah lebih
membanggakan, Jamil kini dilantik sebagai pereka peribadi untuk kerabat diraja
Johor dan bertanggungjawab menghasilkan busana diraja yang beridentitikan
negeri Johor iaitu baju kurung Teluk Belanga.
Beliau menasihati
mereka yang ingin pergi jauh dalam industri fesyen supaya memiliki kesungguhan
dan minat dalam bidang diceburi.
Jahitan
tulang belut.
Jahitan tulang belut satu seni dalam jahitan.
Jahitan ini biasanya terdapat pada leher baju kurung tradisional dan baju Melayu
teluk belanga.
Jahitan
tulang belut yang cantik dihasilkan secara bertindih-tindih, serong dan
meruncing. Masih belum ada tukang jahit yang dapat menjahit tulang belut dengan
mesin. Oleh itu, seni jahitan ini begitu berharga dan istimewa sehingga kini.
Jahitan tulang belut amat diminati kerana mempunyai nilai tradisi yang tinggi.
Rujukandan sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/06/143481/pelihara-jahitan-tulang-belut
,Buku teks
tahun 4 bahasa melayu.
Jawab
soalan berikut.
Memberi
respons terhadap soalan yang diberikan.
1. Ceritakan
permulaan kejayaan Encik Jamil Sukaimi dalam memulakan perniagaan
jenama Teluk Belanga? ( 6 markah )
2.
Pada
pendapat kamu, apakah keunikan jahitan tulang belut? ( 5 markah )
3.
Mengapakah
seni jahitan tulang belut perlu dikekalkan? ( 4 markah )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan