Jumaat, 18 Februari 2011

bahasa melayu kertas 2

Bahagian A
[Masa dicadangkan : 15 minit]
[10 markah]


1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.























Bahagian B
[Masa dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


1. Ibu kamu sudah dimasukkan ke wad bersalin. Kamu sedang menanti kelahiran adik kamu yang ketiga. Ceritakan suasana keluarga kamu sebelum dan selepas menerima orang baru.

ATAU

2. Kamu menemu ramah kawan sekolah kamu yang telah dipilih sebagai murid cemerlang UPSR. Kamu telah bertanyakan tentang rahsia kejayaannya itu.

Tulis temu ramah kamu selengkapnya.

ATAU

3. Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan anda ialah “Penerokaan Hutan Lebih Banyak Membawa Keburukan daripada Kebaikan”.

Tulis teks perbahasan anda selengkapnya.




Bahagian C
[Masa dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]


1. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.



Pada masa cuti sekolah, Wai Leng selalu membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, menyiram pokok bunga, membasuh pinggan mangkuk, menyidai pakaian, dan lain-lain lagi. Setelah selesai menolong ibunya, Wai Leng akan mengulang kaji pelajarannya. Wai Leng bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.
Sebagai anak yang sulung, Wai Leng selalu membantu dan membimbing adik-adiknya dalam pelajaran. Kedua-dua adik Wai Leng sangat sayang akan kakaknya itu. Sikap Wai Leng yang penyayang juga sangat disenangi oleh datuk dan neneknya. Semasa datuk dan neneknya berkunjung ke rumah mereka, Wai Leng sibuk membantu ibunya di dapur. Nenek dan datuknya amat senang dengan perangai cucunya itu. Mereka memberi seutas rantai emas sebagai hadiah dan ganjaran kepada Wai Leng. Wai Leng amat terharu dan gembira menerima hadiah itu. Dia mengucapkan terima kasih kepada datuk dan neneknya. Ibu bapa Wai Leng tersenyum lebar melihat telatah anaknya itu.

Tiada ulasan:

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...