Jumaat, 18 Februari 2011

bahasa melayu kertas 2

Bahagian A
[Masa dicadangkan : 15 minit]
[10 markah]


1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.























Bahagian B
[Masa dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


1. Ibu kamu sudah dimasukkan ke wad bersalin. Kamu sedang menanti kelahiran adik kamu yang ketiga. Ceritakan suasana keluarga kamu sebelum dan selepas menerima orang baru.

ATAU

2. Kamu menemu ramah kawan sekolah kamu yang telah dipilih sebagai murid cemerlang UPSR. Kamu telah bertanyakan tentang rahsia kejayaannya itu.

Tulis temu ramah kamu selengkapnya.

ATAU

3. Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan anda ialah “Penerokaan Hutan Lebih Banyak Membawa Keburukan daripada Kebaikan”.

Tulis teks perbahasan anda selengkapnya.




Bahagian C
[Masa dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]


1. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.



Pada masa cuti sekolah, Wai Leng selalu membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, menyiram pokok bunga, membasuh pinggan mangkuk, menyidai pakaian, dan lain-lain lagi. Setelah selesai menolong ibunya, Wai Leng akan mengulang kaji pelajarannya. Wai Leng bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.
Sebagai anak yang sulung, Wai Leng selalu membantu dan membimbing adik-adiknya dalam pelajaran. Kedua-dua adik Wai Leng sangat sayang akan kakaknya itu. Sikap Wai Leng yang penyayang juga sangat disenangi oleh datuk dan neneknya. Semasa datuk dan neneknya berkunjung ke rumah mereka, Wai Leng sibuk membantu ibunya di dapur. Nenek dan datuknya amat senang dengan perangai cucunya itu. Mereka memberi seutas rantai emas sebagai hadiah dan ganjaran kepada Wai Leng. Wai Leng amat terharu dan gembira menerima hadiah itu. Dia mengucapkan terima kasih kepada datuk dan neneknya. Ibu bapa Wai Leng tersenyum lebar melihat telatah anaknya itu.

bahasa melayu kertas 1

Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________
SULIT

011
Bahasa
Melayu
Kertas 1
Set 1
Tahun 5
50 minit








projek bahasa melayu



011



MODUL UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2006






011 – BAHASA MELAYU

Lima puluh minit




JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.










Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak


011 SET 1


Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.



Soalan 1 hingga Soalan 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Soalan 1 berdasarkan Gambar 1


1

Selepas pulang dari pejabatnya, Suhaimi berbaring di sofa __________ tertidur.
A jika
B bila
C sambil

D hingga

Gambar 1



2

Tukang masak itu __________ daging lembu itu sehingga lumat sebelum dimasukkannya ke dalam kuali.
A melapah
B mengisar
C menghiris
D memotong


Soalan 3 berdasarkan Gambar 2


3

Para penonton __________ tangan setelah menyaksikan persembahan nyanyian berduet itu.
A bertepuk
B bersilang
C bertampar



Gambar 2


Soalan 4 berdasarkan Gambar 3


4

Beberapa orang anggota kadet sedang __________ Sungai Pahang dengan menaiki sampan berenjin.
A melintasi
B menyusuri
C mengharungi

D menyeberangi

Gambar 3


Soalan 5 berdasarkan Gambar 4


5

Pada bulan November yang lalu, saya dan keluarga saya berkesempatan melawat ke __________.
A Zoo Negara
B Masjid Negara
C Muzium Negara

D Planetrium Negara

Gambar 4



6

Kerja-kerja membuat bangunan pencakar langit itu memerlukan banyak __________ agar lebih kukuh dan teguh.
A baji
B pasak
C cerucuk
D pancang


Soalan 7 berdasarkan Gambar 5


7

Harwan Singh dan Azlie __________ kerana mereka sudah lama tidak bertemu.
A berpelukan
B bersalaman
C bertamparan



Gambar 5



8

Kempen __________ najis dadah akan diadakan pada minggu depan di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.
A lawani
B perangi
C tentangi
D banterasi


Soalan 9 berdasarkan Gambar 6


9

Layang-layang Muzaffar putus talinya dan __________ pada dawai elektrik.
A terpaut
B tersadai
C tersangkut

D tergantung

Gambar 6


Soalan 10 berdasarkan Gambar 7


10

Wendy memelihara seekor kucing siam, dia sangat sayang __________ kucingnya itu.
A akan
B pada
C dengan



Gambar 7



11

Kumpulan nasyid itu telah mendapat __________ gemuruh sebaik sahaja mereka muncul di atas pentas dan sejurus selepas persembahannya.
A pekikan
B teriakan
C sorakan
D tepukan


Soalan 12 berdasarkan Gambar 8


12

Chef Jestina Choong sedang __________ tepung untuk membuat roti piza.
A menguli
B mengaul
C meramas

D membancuh

Gambar 8



13

Nasaruddin lebih suka _________ ikan kerana dia cuma perlu memasangnya pada waktu petang dan menariknya ke atas sampan pada pagi esoknya.
A menjala
B mengail
C melukah
D memukat


Soalan 14 berdasarkan Gambar 9


14

Puan Rahimah __________ bahan-bahan di dalam kuali itu supaya sebati.
A mengisar
B meramas
C mengepal

D menggaul

Gambar 9


Soalan 15 berdasarkan Gambar 10


15

Pak Mail sedang __________ semak-samun di belakang rumah majikannya
A menebas
B mengerat
C memotong

D mencantas

Gambar 10



16

Rashidi menjemur beberapa __________ getah yang baru dimesinnya itu pada sebatang buluh yang panjang.
A helai
B keping
C bidang
D gelung


Soalan 17 berdasarkan Gambar 11


17

__________ pengakap dari SK Gunung Semanggol telah berkhemah di Hutan Lipur Lata Kinjang, Tapah, Perak.
A Sekawan
B Sepasang
C Sepasukan

D Segerombolan

Gambar 11



18

Jurugambar itu menggunakan lima __________ filem ketika hari persandingan pasangan artis terkenal itu.
A buah
B kotak
C gelung
D gulung


Soalan 19 dan Soalan 20 berdasarkan Gambar 12


19

Beberapa __________ tanah rendah telah ditenggelami air kerana hujan turun dengan lebatnya selama tiga hari.
A deret
B petak
C bidang

D kawasan

Gambar 12



20

Perkataan berlawan bagi situasi yang berlaku disebabkan hujan lebat yang turun berhari-hari itu ialah __________.
A ribut
B kering
C kemarau
D tengkujuh


Soalan 21 berdasarkan Gambar 13

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.


21

Apakah yang sedang dilakukan oleh dua orang penternak ikan air tawar itu?
A Mereka membuang anak ikan ke dalam kolam itu.
B Mereka menuangkan air yang ke dalam kolam itu.
C Mereka melepaskan anak ikan ke dalam kolam itu.

D Mereka membubuh umpan ikan ke dalam kolam itu.

Gambar 13


Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.



22
Rakyat Malaysia mestilah bekerja keras untuk meningkatkan produktiviti.
A Bagaimanakah produktiviti boleh mengalakkan rakyat Malaysia bekerja keras?
B Mengapakah produktiviti rakyat Malaysia mesti ditingkatkan dengan bekerja keras?
C Apakah yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk meningkatkan produktiviti?
D Siapakah yang bekerja keras untuk rakyat Malaysia bagi meningkatkan produktiviti?


Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


23 A Beberapa ekor sibur-sibur hinggap pada tali penyidai baju itu.
B Tukang rumah itu memasang onde-onde pada bumbung rumahnya.
C Dekak-dekak yang dijual di warung Mak Uteh itu sungguh enak rasanya.
D Emak memasukkan ampai-ampai itu ke dalam peti sejuk supaya cepat beku.


Soalan 24 dan Soalan 25

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


24 I Warna kain itu akan turun sekiranya direndam terlalu lama.
II Nelayan itu berhati-hati ketika hendak turun pukat dari botnya.
III Dia berasal dari turun pahlawan Majapahit yang dibuang negeri ketika itu.
IV Kemarahannya belum turun lagi walaupun telah dipujuk dan ditenangkan.

A
B
C
D I dan II sahaja
I dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
I, III dan IV sahaja


25 I Pak Lah hantaran seikat pulasan ke rumah jirannya.
II Hantaran bola pemain sayap kanan itu terkena palang gol.
III Liza menyimpan wang hantaran perkahwinannya di dalam bank.
IV Surat berdaftar itu adalah hantaran daripada suaminya di seberang laut.

A
B
C
D I dan II sahaja
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja


Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.



26
Kelab Rebana kampung saya telah dirasmikan penubuhannya oleh penghulu mukim.
A Penghulu mukim telah merasmikan penubuhan Rebana Kelab kampung saya.
B Penghulu mukim akan merasmikan penubuhan Kelab Rebana kampung saya.
C Penghulu mukim telah merasmikan penubuhan Kelab Rebana kampung saya.
D Penghulu mukim menubuhkan dan merasmikan Kelab Rebana kampung saya.


Soalan 27 berdasarkan Gambar 14


27

Perlawanan bola sepak tujuh sebelah akan diadakan bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam.
A

Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam akan berlangsung perlawanan tujuh bola sebelah.
B

Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam telah diadakan perlawanan bola sepak tujuh sebelah.
C

Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam akan diadakan perlawanan bola sepak tujuh sebelah.

Gambar 14
D Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam sedang berlangsung perlawanan bola tujuh sepak sebelah.




Soalan 28 dan Soalan 29

Pilih ayat yang betul.


28 A Kami sampai di majlis kenduri kahwin itu lebih awal dari mereka.
B Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar.
C Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan yang lapang ini.
D Ibu-ibu dan anak-anak kecil masuk padang untuk memulakan acara sukaneka.


29 A Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
B Di antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster.
C Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas pandangan guru-gurunya.
D Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh dengan madu lebah.



Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.


30 I Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah.
II Satu rampasan terbesar beras telah dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi.
III Perkara-perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini.
IV Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja.

A
B
C
D I dan III sahaja
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja


Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


CUTI-CUTI MALAYSIA

Keindahanmu Mempesona

PAKEJ ISTIMEWA

2 Hari Di Tasik Banding - RM300.00
2 Hari Di Pulau Redang - RM450.00
2 Hari Di Pulau Perhentian - RM450.00
2 Hari Di Taman Negara - RM230.00
3 Hari Di Kota Kinabalu - RM900.00

Pakej istimewa ini hanya ditawarkan untuk tempoh sebulan dari tarikh iklan ini. Kadar yang berbeza akan dikenakan selepas tamat tarikh promosi.
Kami menawarkan pakej percutian dan pakej pelancongan yang mudah, murah, dan meriah. Pilihlah destinasi yang menawan hati anda. Destinasi yang mengembalikan keceriaan hidup anda! Pihak kami akan menguruskan tentang pengangkutan, penginapan dan makanan.
Habiskan percutian anda dan keluarga anda bersama-sama kami. Buatlah tempahan anda sekarang. (Tempahan boleh dibuat mulai 7 November 2005).

Hubungi kami di alamat berikut:

Syarikat Kembara Sdn. Bhd.
No. 240, Lorong Tengah,
Taman Tun Dr. Ismail,
54000 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-28222468/019-5432775
Pejabat cawangan kami:

Negeri Sembilan - 06-4573439
Pulau Pinang - 04-7245688
Johor Bahru - 07-2229770
Kuala Terengganu - 09-5654422

(cuti-cuti Malaysia – Keindahan Mempersona)




31
Kos percutian di Kota Kinabalu tiga kali ganda daripada kos percutian di Tasik Banding
A kerana jumlah hari percutian yang berbeza.
B kerana jarak serta tempoh bercuti yang berbeza.
C kerana terdapat pelbagai kemudahan di Kota Kinabalu.
D kerana tambang pesawat untuk ke Kota Kinabalu mahal.



32
Perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pelancongan itu ialah
A Makanan, penginapan, dan perhubungan.
B Pengangkutan, penginapan, dan makanan.
C Pengangkutan, tempat tinggal, dan hiburan.
D Tempat tinggal, makanan, dan penginapan.



33
Perkataan keceriaan dalam petikan bermaksud
A keriangan. C kebersihan.
B kecantikan. D ketenangan.



34
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.
A Pelancong dijangka akan ramai kerana tawaran yang diberikan amat istimewa.
B Kebanyakan tempat pelancongan terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
C Tempahan ke tempat pelancongan itu juga boleh dibuat melalui pejabat cawangan.
D Pelancong bebas memilih destinasi yang diminati serta tawaran pakej yang menarik.



35
Bagi penduduk di negeri Pahang, tempahan boleh dibuat dengan menghubungi
A 03-28222468 atau 06-4573439.
B 03-28222468 atau 04-7245688.
C 03-28222468 atau 07-2229770.
D 03-28222468 atau 09-5654422.


Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Kita menggunakan lampu elektrik untuk menerangi kegelapan. Pada zaman dahulu, lampu elektrik tidak ada. Manusia pada zaman kuno hanya menggunakan unggun api pada waktu malam. Setelah beberapa lama, barulah manusia tahu tentang kegunaan elektrik. Tahukah kamu apakah punca-punca elektrik?
Elektrik boleh dihasilkan oleh haba, cahaya, geseran, tekanan, kemagnetan dan juga tindakan kimia. Tenaga elektrik daripada haba paling senang diperoleh. Apabila dua batang logam dipanaskan, tenaga elektrik akan terhasil.
Tenaga elektrik juga akan terhasil apabila bahan-bahan seperti nilon, getah, sutera atau kaca digeserkan. Jika kuartza dan “garam rochelle” ditekan, tenaga elektrik juga akan terhasil. Cahaya matahari juga dapat menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh matahari dikenali sebagi tenaga solar. Tenaga solar ini mempunyai potensi yang sangat baik untuk dimajukan kerana tenaga daripada unsur ini lebih mesra alam.
Tindakan kimia di dalam sel basah dan sel kering juga menghasilkan tenaga elektrik. Contoh sel basah ialah bateri kenderaan seperti bateri kereta, lori, bas, van dan lain-lain lagi. Manakala bateri lampu picit, bateri radio dan bateri jam ialah contoh sel kering. Sel basah dan sel kering digunakan secara meluas sebagai sumber tenaga elektrik masa kini.
Walaupun tenaga elektrik amat berguna kepada kehidupan manusia, tenaga elektrik juga boleh membahayakan nyawa kita. Contohnya apabila berlaku litar pintas, menyebabkan berlakunya kebakaran dan kemusnahan harta benda. Oleh itu, kita semestinya tahu dan bijak memanfaatkan penggunaan tenaga elektrik.




36
Perkataan zaman kuno dalam petikan bermaksud
A zaman lepas.
B zaman dahulu.
C zaman moden.
D zaman sekarang.



37
Apakah yang akan terjadi apabila dua batang logam dipanaskan?
A Logam-logam itu akan cair.
B Tenaga elektrik akan terhasil.
C Tenaga elektrik akan berubah.
D Logam-logam itu akan terbakar.



38
Apakah yang digunakan untuk menghidupkan enjin kereta dan menyalakan lampunya?
A Tenaga elektrik daripada haba.
B Tenaga elektrik daripada geseran.
C Tenaga elektrik daripada sel kering.
D Tenaga elektrik daripada sel basah.



39
Pernyataan berikut adalah tentang tenaga elektrik yang dihasilkan oleh matahari, kecuali
A Cahaya matahari sangat penting untuk menghasilkan tenaga elektrik.
B Cahaya matahari adalah satu daripada sumber tenaga elektrik semula jadi.
C Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh matahari dikenali sebagai tenaga solar.
D Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh matahari tidak mencemarkan alam sekitar.



40
Sel kering mempunyai kelebihan daripada segi penggunaan tenaganya kerana
A Sel kering lebih ringan dan tenaganya setanding dengan sel basah.
B Sel kering lebih murah dan mudah untuk dibawa kerana saiznya yang kecil.
C Sel kering lebih murah dan boleh dicas semula apabila kuasanya berkurangan.
D Sel kering mempunyai kuasa yang cukup kuat dan boleh menyebabkan kematian.



KERTAS SOALAN TAMAT

penulisan bahasa melayu

AA
CONTOH KARANGAN


Karangan Jenis Bergambar


Karangan Bergambar Tunggal

 Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang telah disediakan.

 Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas

 Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam . Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan, dan suasana.

 Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.

 Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan.


Karangan Bergambar Bersiri

 Karangan hendak berpandukan gambar-gambar yang telah disediakan.

 Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis.

 Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar .

 Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan.

 Boleh menyertakan tajuk , tetapi tidak menjadi kemestian.




Karangan Jenis Autobiografi


1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara terperinci.

2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.

3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana

4. Aturan membina karangan

 tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus

 perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik

 proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat

 perasaan - sedih atau gembira

5. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.

6. paparkan nilai-nilai murni



Pengenalan berasal dari Jepun dibuat di sebuah kilang besi waja terdiri daripada besi waja, getah dan plastik

Perenggan ke-2 disebut basikal dipamerkan berasa sungguh gembira

Perenggan ke-3 menaiki sebuah kapal dagang berasa sungguh bangga

Perenggan ke-4 nasib malang kapal karam dijumpai oleh penyelam dijual sebagai besi buruk


Penutup menjadi bahan terbuang

kesal kerana tidak dapat berbakti



Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar.

Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan pleastik.
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain

dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.

Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh

seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.

Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun

kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.

Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.





Karangan Jenis Biografi


Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari mula hingga ke akhir antaranya :

 tokoh-tokoh sejarah

 pemimpin tanahair

 tokoh sukan

 dan lain-lain Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan.

Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir.

Kamu tidak digalakkan menulis perkara-perkara yang sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban atau menjatuhkan maruah orang yang ditulis.


Pengenalan rumah pakcik tidak jauh dari kebun getah

kepunyaan sendiri


Perenggan ke-2 keluar dari rumah awal pagi
menunggang basikal


Perenggan ke-3 memakai topi berlampu suluh
kerana masih gelap menoreh dari sebatang pokok ke sebatang pokok


Perenggan ke-4 susu getah dikumpul
dimasukkan ke dalam baldi kecil dipindahkan ke sebuah tangki besar

Penutup kerja siap pada pukul 12.00

hantar susu getah ke pusat penjualan














Pakcik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu

kepunyaan dirinya sendiri.

Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia menunggang

sebuah basikal.

Pakcik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja-kerja emnoreh

getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gelap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah yang lain sehinggalah kerja-kerja menoreh itu selesai dijalankan.

Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah

mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. Apabila baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan s7su getah itu ke dalam sebuah takungan besar.

Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pakcik saya akan menghantar susu

getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.
























Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara


 terbahagi kepada dua jenis

i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan perbualan menerusi telefon.) ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara )

 seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama

 setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih

 sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.

Lihat contoh :

Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut.

 Format karangan ini nama watak ditulis selari di sebelah kiri selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari contoh :

Nama A : Assalamualaikum, Makcik.

Nama B : Waalaikummussalam

Nama A : Apa khabar Makcik ?

Nama B :

 Mulakan perbualan dengan salam sejahtera

 anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan ”Encik…, ”Tuan…, ataupun ”Makcik…

 pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.

 boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ’tak“ , ’dah“

 soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.

 Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar

 elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau ”tidak….

 soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.

 kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )

 tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )

 mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

 soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh

 Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.



CONTOH KARANGAN


RANGKA.

PENDAHULUAN - mengucapkan tahniah

ISI

a) Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan melayu yamg lain untuk mempelajari bahasa melayu.

b) menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari bahasa melayu

c) Siva menyatakan cara dia mempelajari bahasa melayu.

PENUTUP

Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan





( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan soalan-soalan kepada Encik Karim )
Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik Faizul dan
Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaiman hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan
merestui kami sekeluarga.
Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?
En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang
waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali.
Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita sahaja.
Murid : Di mana mereka bersekolah ?
En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah menengah
di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan pelajaran
di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus mereka belajar di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.
Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?
En. Karim : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu.
Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual.
En. Karim : Terima kasih kembali.
( Berjabat tangan dengan murid )



Tip :

Sediakan LIMA SOALAN terbaik. Setiap soalan diikuti oleh jawapan dan huraian sebanyak 20 patah perkataan KECUALI pendahuluan.



Karangan jenis Catatan Diari


Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa penting yang berlaku kepada seseorang.

Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah dinyatakan. Ini berpandukan kepada soalan. Lihat contoh soalan dibawah :

Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta menyediakan catatan mengenai lawatan itu.

Berdasarkan soalan , lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa beberapa hari . Oleh itu format catatan mesti ditulis dalam hari.

Kamu menyambut ketibaan Hari Raya Puasa dengan suasana meriah. Tuliskan cacatan diari kamu bagaimana anda menyambut dan merayakan hari tersebut.

Berdasarkan soalan ini format catatan ialah masa atau jam.

Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat

Tulis catatan mengikut urutan peristiwa

Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami







Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi

memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.

Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan.


cereka

1. cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.

2. cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.

3. jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

4. jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukkan masa yang diberikan Pengenalan tinggal sendirian

baca buku cerita


Perenggan ke-2 mendengar suara riuh-rendah

menjenguk ke luar suatu kebakaran berlaku


Perenggan ke-3 ramai orang mula berkumpul

cuba membantu memadamkan kebakaran membantu memunggahkan barang


Perenggan ke-4 aku terus menelefon pihak bomba

ahli-ahli bomba tiba


Penutup kebakaran dapat dikawal

berasa sungguh gembira







pengalaman

situasi

Karangan Jenis Melengkapkan Cerita


1. karangan tidak berformat

2. berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi

3. berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.

4. elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi

5. memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita itu.

6. setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-menolog, kasih sayang atau apa saja yang boleh membawa pengajaran.

7. walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.







Karangan Jenis Fakta / Rencana


 ditulis dalam bentuk format biasa

 karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.

 jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya

 fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk ”Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung…. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau burng peliharaan murid.

 pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.

 senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.

 setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi

 pastikan anda dapat menyediakan 4 isi

 kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi

 setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.

 masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.

 setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.

 gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.


Rangka Karangan :


Pendahuluan - alat komunikasi rekaan sains

- penggunaannya meluas


Perenggan ke-2 - digunakan di pejabat-pejabat

- menyimpan data-data

- menjalankan tugas dengan cepat


Perenggan ke-3 - pengunaan komputer di pusat-pusat perubatan

- mengesan penyakit

- membantu mengesan penyakit


Perenggan ke-4 - pengunaan komputer dalam pelajaran

- mengajar Matematik, Sains dan Bahasa


Penutup - keuntungan menggunakan komputer

- jimat masa dan wang
- bantu manusia menyelesaikan masalah yang sukar


Tip :

Isi karangan berbentuk fakta adalah senang dicari secara peta minda.



Karangan Jenis Perbincangan


1. Karangan jenis ini membicarakan dua sudut secara serentak iaitu sesuatu isu dan persoalan.

2. setelah mengemukakan pengenalan ( maksud atau definisi tajuk )

3. perlu mentafsirkan tajuk sama ada benar atau salah, baik atau buruk, tetapi pendapat menjurus ke arah tajuk

4. tulis bahagian isi ( pastikan anda dapat menyediakan 4 isi )

5. setiap isi haruslah dibincangkan ( yang penting didahulukan )

6. kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi ( perlu penghujahan yang benar dan logik )

7. setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup ( berupa penegasan terhadap tajuk ).



Pendahuluan :

 ulasan kamu mengenai tempat tinggal kamu

 pilihlah yang mana sesuai


isi


i. alam sekitar

 udara , bunyi , air

ii. jimat perbelanjaan

 sumber makanan yang murah dan segar

iii. hidup berjiran

 tolong-menolong , bekerjasama

iv. suasana lebih aman

 jauh daripada kesibukan , jenayah , kecurian


Penutup

penegasan kepada tajuk



Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan

kecantikan alam semulajadi yang tidak terdapat di bandar.


Saya suka tinggal di kampung keran adi sini terdapat pokok-pokok yang menghijau , burung-burung

berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan damai. Udaranya bersih dan nyaman , jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu tinggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar.


Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar dan air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi. Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran yang segar.


Orang-orang di kampung hidup tolong-menolong , bergotong-royong dan bertegur-sapa di antara satu sama lain. Dengan ini hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri dari pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan moral.


Suasana yang tenteram dan damai , udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasa

menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar.










Karangan Jenis Laporan.

 Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.

 Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.

 Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.

 Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.

 Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.

 Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.

 Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.

 Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.

atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.

Boleh ditulis dalam dua barid jika tajuk tertalu panjang.

Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terskhir.

Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.

Tandatangan pelapor Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.

Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di

hujungnya .

Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili


Contoh Karangan Laporan.

Rangka:
1.Pendahuluan:

penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan

2.Isi

a) kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang

b) ceramah -pensyarah dari USM

c) gotong-royong-membersihkan kawasan sekolah

d) lawatan ke Taman Ular 3.Penutup -berterima kasih kepada guru penasihat. - mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah ) a] tajuk / perkara ( jika tiada - tolak 1 markah )

b] nama pelapor ( jika tiada - tolak 1 markah ) - boleh ditulis dalam bentuk karangan biasa / catatan














































Karangan Jenis Surat Rasmi


Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

a. memohon pekerjaan

b. membuat aduan / bantahan / cadangan

c. membuat rayuan

d. membuat jemputan rasmi

e. menempah barangan
f. meminta kebenaran

g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi


1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )

2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.

3. Perhatikan format di bawah.


Rangka


1. alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma dihujungnya ) kemudian selang satu baris

2. buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris

3. nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )

4. tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )

5. kata ganti diri penerima ( Tuan, )

6. perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )

7. perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )

8. perenggan ke-2 - bola lama tidak dapat digunakan lagi

- memerlukan bola baru

( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan sedikit sebelum menulis ) 9. perenggan ke-3 berharap agar permohonan diluluskan

supaya latihan tidak terganggu


10. perenggan ke-4 mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan 11. penutup terima kasih
12. tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )

13. nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan

14. jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )

15. berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma.




































Pasukan Bola Jaring,

Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,

22000 Jerteh.


Encik Musa Bin Hassan,

Setiausaha Sukan,

Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh. 24 APRIL 1998.


Tuan,


Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama


Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.


2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.


3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.


4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.


Sekian, terima kasih


Yang benar,


Widyawati


( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )

Ketua Pasukan,

Pasukan Bola Jaring,

Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.


- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah ) a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )

b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )

c] panggilan hormat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )

d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )

e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )


- isi mengikut perenggan biasa



































Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )


Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:

Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.

Biasanya ditulis dengan tujuan unttuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;

1. Surat ucap tahniah

2. Surat ucap takziah

3. bertanya khabar berita

4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat

5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru

6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga

7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain

8. dan sebagainya


Tahukah kamu ?

Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu

Cara A : 8 Februari 1998.

Cara B : 8 hb. Februari, 1998.

Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.

Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukkan sebelum ini.

Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti : nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.

Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.


Format Surat Kiriman Tidak Rasmi







Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah.


1 Nama dan alamat pengirim (kanan)

2 Tarikh (kanan)

3 Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian

4 Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)

5 Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis

6 Perenggan ke-2 buah-buahan sedang masak

ayah memajak sebahagian sahaja keluarga serta kawan-kawan dapat merasai

7 Perenggan ke-3 boleh ajak kelurga serta kawan-kawan bersama-sama

terima kasih

8 Penutup

9 Tandatangan pengirim (kanan)

7 Perakuan diri (kanan)





















Faridah Binti Osman

49, Kampung Darau,

22000 Jerteh,

Terengganu.


2 Julai 1998.


Menemui sahabatku Noorhanim yang berada di Kampung Kuala Besut, semoga berada dalam

keadaan sihat sejahtera.


Saudari,


Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk

mengajak saudari datang ke rumah saya pada cuti hujung bulan nanti.


Untuk pengetahuan saudari, buah-buahan di kebun ayah saya sedang masak. Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi, terutama manggis. Ayah saya memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya ditinggalkan supaya keluarga serta sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya.

Saya berharap Noor tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Kalau saudari suka , ajaklah

keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama-sama. Boleh mereka sama-sama merasai keenekkan buah manggis, rambutan, langsat serta durian.


Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya secepat mungkin. Saya akan menunggu

kedatangan saudari itu.


Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata , sambutlah salam mesra daripada saya

untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu nanti.


Sekian , terima kasih.



Yang benar,

Faridah

( FARIDAH OSMAN )


- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah ) a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )

b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )

c] kata sapaan ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )

d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )

e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )


Tahukah kamu ?

Tidak menjadi kesalahan jika tidak menulis nama selepas tandatangan jika kamu telah menulis nama penuh pada alamat di atasnya. Ada pendapat mengatakan, anda dianggap ’ketinggalan zaman_ jika anda menulis nama pada alamat di atas sekali.















SURAT MINTA KEBENARAN

































































Karangan Jenis Ucapan


1. ucapan dibuat untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau mengingati hari tertentu.

2. mulakan karangan ucapan dengan kata-kata alu-aluan dan mengakhirinya dengan ucapan penutup.

3. nyatakan tujuan ucapan.

4. Ucapan biasanya lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau penghargaan.

5. pastikan isi-isi yang hendak disampaikan itu menyakinkan dan dapat menarik perhatian para hadirin.

6. bayangkan seolah-olah kamu sedang memberi ucapan dalam satu majlis yang sebenar.

7. Kamu boleh menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk menyedapkan ucapan sama ada pada permulaan atau penutupnya.

8. mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )

b] kata penegasan contoh Tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah )


Pengenalan : kata-kata aluan kepada hadirin

terima kasih kerana diberi peluang berucap


Perenggan ke-2 tujuan diadakan perayaan itu

jasa dan bakti guru


Perenggan ke-3 pengorbanan guru besar sekali

tanpa guru , pengajaran dan pelajaran tidak sempurna guru patut dikenang dan disanjung tinggi


Perenggan ke-4 guru membimbing dan mendidik kita

kita mesti belajar bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka


Penutup ucapan terima kasih kepada semua guru

ucapan selamat menyambut ’Hari Guru“



UCAPAN HARI GURU










UCAPAN TAHNIAH







Tip

Semua karangan jenis ucapan mempunyai kata aluan yang hampir sama. Lihat contoh di bawah. Cuba kamu perhatikan penggunaan huruf besar pada tempat yang tertentu. Lihat juga penggunaan kata penegasan.


Assalamualaikum

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha

Tuan Guru Besar, guru-guru khususnya guru-guru Tahun Enam dan pelajar sekalian.


Hadirin yang saya hormati sekalian.


Tujuan saya berdiri di sini adalah untuk menyampaikan satu ucapan sempena majlis perpisahan murid-murid Tahun Enam. Saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kerana diberi peluang berucap di majlis ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa tanpa kita sedari sudah enam tahun masa berlalu dan

sudah ..


































Karangan Jenis Syarahan.



1. Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan dipertandingkan.

2. Memberi ucapan salam dan menyebut nama-mana tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ) . Tujukan juga salam kepada pihak-pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan.

3. Bahasa yang digunakan harus mudah difahami, padat, tegas dan berkesan serta menyakinkan.

4. Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang diberi.

5. jika mengemukakan masalah, calon hendaklah menyelesaikan masalah berkenaan bukannya dijadikan persoalan.

6. kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama ’tuan-tuan dan puan yang saya hormati ’ tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum kita mengemukakan sesuatu isi ).

7. Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu

8. kata-kata hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih menarik

9. mengakhiri syarahan dengan memohon maaf / ucapan terima kasih


- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah ) a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )

b] kata penegasan contoh Tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah )



Pengenalan kata-kata aluan

ucapan terima kasih
Perenggan ke-2 tajuk syarahan


Perenggan ke-3 melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum

dapat menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan


Perenggan ke-4 membaca untuk mengisi masa lapang

banyak bahan bacaan aktiviti yang paling berfaedah


Penutup ucapan terima kasih


RANGKA

1.PENDAHULUAN.

-ucapan alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis,para hakim,Guru Besar ,guru-guru ,dan rakan-rakan sekalian.

2.ISI

a) banyak mendatangkan keburukan-jika terlalu boros berbelanja ,kita tidak akan mempunyai wang pada masa kita memerlukannya-makanan yang dibeli secara berlebihan akan terbuang.

b) membuang masa dengan cara tidak berfaedah adalah amalan buruk-masa itu emas-gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.

c) membazir air dan elektrik -bil air dan elektrik meningkat -terpaksa mencatu air pada musim kemarau.

3.PENUTUP

membazir sememangnya amalan yang tidak baik -banyak mendatangkan keburukan.


KARANGAN















Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana , guru-guru dan rakan-rakan

sekalian. Tajuk syarahan saya ialah ’Menjaga Alam Sekitar“.

Hadirin hadirat sekalian,

Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi yang kita pijak dan

udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita semakin tercemar.

Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap-asap kotor daripada kenderaan dan kilang-

kilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti longgokkan besi buruk , sungai yang dipenuhi sampah dan bangkai binatang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya pencemaran alam

sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkannya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sama-sama mendisiplinkan diri dan menjaga kebersihan alam sekitar.


Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah serius perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita.


Sekian, terima kasih











Karangan jenis berita


1.Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.

2.Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?


3.Apa ?

menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi maklumat kepada keseluruhan berita


4.Siapa ?

nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap jika perlu sertakan usia pelaku


5. Bila ?

menerangkan masa peristiwa itu berlaku tarikh yang tepat untuk kejadian jenayah staupun kemalangan perlu letakkan waktu“


1.Mengapa ?

sebab-sebab peristiwa berlaku jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan ”belum diketahui… atau ”pihak polis belum mendapat bukti…


2.Di mana ?

tempat kejadian peristiwa jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri Bagaimana ?

menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.


3.Mulakan penulisan dengan mencatatkan ’tempat“ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku.

Contoh : JERTEH, 24 Disember -


Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peritiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.) 4.Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.

5.Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.

6.Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ’panjang-lebar“.

7.Nyatakan bahagian penutup secara ringkas





























































Karangan Jenis Perbahasan


1. Karangan jenis ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat tentang sesuatu tajuk yang diberikan.

2. Perbahasan terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang yang bertentangan iaitu :

 pihak pencadang

 pihak pembangkang

3. Kedua-dua pihak ini mempunyai pendapat-pendapat yang tersendiri yang hendak dihujahkan.

4. Setelah menulis pendahuluan kemukakan hujah-hujah anda

5. Pastikan kamu telah mengenalpasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada mulanya dicatatkan

secara ringkas.

- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah ) a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )


’Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk“. Berikan pendapat kamu sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini.


Pengenalan kata-kata aluan

tajuk yang hendak dibahaskan

Perenggan ke-2 tidak bersetuju dengan tajuk

alat media massa yang terkenal menyiarkan banyak rancangan

Perenggan ke-3 rancangan berita dan peristiwa dunia banyak berfaedah

dapat mengetahui perkembangan dunia

Perenggan ke-4 banyak rancangan lain dapat menambahkan ilmu pengetahuan

mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci

Penutup tegaskan pendapat anda tentang tajuk perbahasan

ucapan terima kasih








Karangan Jenis Peribahasa


1. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa , perumpamaan , pepatah , dan bidalan.

2. Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa itu sejelas-jelasnya.

3. Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk cerita, cerita itu hendaklah mempunyai pertalian dengan peribahasa itu. Sebaik-baiknya, cerita mengandungi nilai-nilai murni.

4. Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk penerangan , maksud peribahasa itu perlu dihuraikan terlebih

dahulu. Kemudian jelaskan fungsi dan kepentingannya di dalam masyarakat.



Pengenalan maksud peribahasa

Perenggan ke-2 sesetengan orang tidak sabar dalam sbarang pekerjaan


Perenggan ke-3 contoh seorang pemandu kenderaan

pandu laju kerana mahu cepat sampai ke destinasinya



Perenggan ke-4 berlaku perkara yang tidak diingini

menyesal

Penutup peribahasa ini merupakan contoh yang baik dalam kehidupan seharian

sentiasa selamat kalau mengamalkan peribahasa ini

























Menonton Televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk



























PANDUAN MENCARI ISI PENTING BERDASARKAN SOALAN.

ARAHAN : Isi-isi yang diberi adalah sebagai panduan pada kamu sahaja. Kamu boleh menambah mana-mana isi yang kurang. Adalah lebih baik kamu mendapatkan isi yang kamu cari sendiri. Bandingkan isi yang diberi. Ini penting kerana ia boleh menguatkan daya ingatan kamu semasa peperiksaan sebenar.




YANG BENAR
AWANG ZAINALABIDIN BIN USOP
GURU BAHASA MELAYU 4K

Khamis, 17 Februari 2011

TAKLIMAT KSSR DI LIMBANG ( KESIHATAN)

RPH TANPA EMK
Modul 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Kesihatan Diri dan Reproduktif
Standard Kandungan : 1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri
Standard Pembelajaran : 1.2.5 Menjaga kesihatan gigi – menggosok gigi dengan
cara yang betul dan mengurangkan makanan yang
boleh merosakkan gigi.
Bahan bantu pengajaran : Berus gigi, ubat gigi, cawan, poster, model gigi
Langkah pengajaran :
Langkah Aktiviti
Set induksi - Guru dan murid menyanyikan lagu “Bangun pagi gosok gigi”.
- Guru menghubungkaitkan lagu dengan pembelajaran pada hari ini.
Langkah 1 - Bersoal jawab tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi.
- Guru menunjukkan peralatan kebersihan gigi.
Langkah 2 - Guru menunjukkan cara menggosok gigi dengan betul.
- Murid melakukan aktiviti menggosok gigi dengan teknik yang betul secara individu
- Guru memperdengarkan lagu semasa murid menggosok gigi.
Langkah 3 - Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
- Murid menjawab soalan dengan bimbingan guru.
Penutup - Murid menyanyikan sekali lagi lagu “Bangun pagi gosok gigi”.

Refleksi : ____________________________________________________________________________________________________________________________

RPH DENGAN EMK (TMK)

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
TAJUK : PEMAKANAN
STANDARD KANDUNGAN : 1.4 Mengetahui jenis makanan harian.
STANDARD PEMBELAJARAN : 1.4.1 Mengenal pasti jenis makanan dalam piramid makanan.
1.4.2 Membina slaid Power Point.
¬STANDARD KANDUNGAN TMK : 2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.
3.0 Menggunakan TMK untuk mencari,mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat.
STANDARD PEMBELAJARAN TMK : 2.5 Menggunakan perisian persembahan (MS Power Point) untuk menghasilkan dua slaid persembahan yang mengandungi teks dan imej.
3.2 Menggunakan pelayar untuk melayari internet.
: 3.3 Mencari imej menggunakan ejen carian.
TEMPOH MASA : 30 minit
BAHAN BANTU MENGAJAR : Puzzle piramid makanan, capaian internet.
AKTIVITI :
Std TMK Std Kesihatan
Aktiviti 1
 Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk ke hadapan bagi mencantumkan puzzle di papan hitam.
 Murid diminta meneka apakah puzzle yang dicantumkan.
 Guru menerangkan tentang pengambilan makanan yang berkhasiat berdasarkan puzzle piramid makan yang telah dicantum.

1.4.1
Aktiviti 2
 Guru menunjukkan cara membuka pelayar internet bagi mencari imej yang dikehendaki.


 Murid mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru.
 Guru memperlihatkan cara untuk memuat turun imej yang dicari dan murid mengikut langkah guru.



3.2
3.3
Aktiviti 3
 Kemudian menerang dan menunjukkan cara membuka perisian Power Point.




 Seterusnya guru membuat tunjuk cara untuk membina slaid berdasarkan perisian Power Point.



• Murid juga ditunjukkan cara untuk memuatkan gambar piramid makanan yang telah dimuat turun tadi.

2.5
 Guru meminta murid memperlihatkan slaid Powerpoint yang telah dibina tadi.




REFLEKSI :

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...