"Penggunaan kerusi kereta kanak-kanak akan menjadi mandatori bermula pada Januari 2020, tetapi kementerian pengangkutan mengatakan bahawa penguatkuasaan kegunaan kerusi kereta kanak kanak tidak akan bermula dengan segera, dengan pemandu tidak akan dihukum selama enam bulan pertama apabila keputusan itu berkuatkuasa, laporan The Star.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata beliau telah mengeluarkan arahan ini kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). "JPJ tidak akan mengeluarkan saman kepada pemandu tanpa kerusi kereta kanak-kanak dalam tempoh ini. Sebaliknya, pemandu akan diberi amaran dan peringatan untuk memasang kerusi, "katanya kepada Dewan Rakyat.
Beliau berkata adalah perlu untuk mengenakan penggunaan mandatori kanak-kanak sebagai satu kajian oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang mendedahkan bahawa hanya 30% pemandu kereta menggunakannya. Beliau menambah bahawa rebat cukai bagi kerusi kanak-kanak akan menggalakkan penggunaannya, beliau menyatakan bahawa tidak akan ada duti import untuk kerusi kereta kanak-kanak, sementara fi cukai dikurangkan dari 10% hingga 5%."
Salam sejehtera.. hari ini terasa hendak berkongsi pandangan tentang penguatkuasaan penggunaan kerusi kereta untuk kanak kanak.. Pagi ni, setelah bersiap siap, otak terus terfikir untuk menyambung roadTax kereta. Road Tax kereta yang akan luput pada 28/12/2019. Sebagai warganegara yang berdisiplin perlulah patuh pada undang-undang. Biasalah selalu kita mengajar budak budak patuhi peraturan, so kita perlulah terlebih dahulu untuk patuhi peraturan terlebih dahulu.
Sekitar jam 10 pagi, awg bertolak dari rumah. terus ke BSN untuk ambil duit nak sambung Road Tax, maklumlah dalam wallet cuma tinggal beberapa lembar kertas biru sahaja. Waktu keluar duit kat ATM.. teringat pula tentang SSPN untuk anak. Dalam tahun ni belum pernah buat penambahan lagi hehehe. So teruslah memasukkan kepada dua akaun anak.. cukuplah satu note berwarna unggu selembar seorang.. dalam hati dapat juga potongan cukai nanti hehehe.
Selesai urusan di BSN.. awg terus ke Allianz Insurance.. ambil yang paling murah saja.. asal kita dapat berjalan tanpa melanggar undang undang jalan raya..dapatlah dlm RM84 shj..Sewaktu bayar tu.. pekerja n pengurus tu mcm mcm dia cakap pasal ambil insuran yang murah ni.. tp satu habuk pun awg tak faham.. maklum mereka ckp dlm bahasa ibunda mereka. Mereka mengata awg atau tidak, lantaklah. yang penting urusan selesai. dah 5 tahun berurusan kat ejen ni. Bayar pun lebih kurang sama sj.hehe
Ceretanya di JPJ.. wkatu sambung Road Tax tu.. tanyalah pada BABY CAR SEATS ni..
awg : salam tuan, pasal undang2 baby car seats tu macam mana?
JPJ : Salam.. kami pun belum tahu lagi tentang peraturannya secara terperinci.
banyaklah juga perbincangan tentang baby car seats ni.. tak perlulah saya catatkan disini...
Mengikut pendapat saya.. Baby Car Seats ni tak perlulah dibuat MANDATORI.. bagi keluarga yang mampu silakan. tapi bagi keluarga yang kurang berkemampuan, tanggungjawab keluarga tersebut. bagi baby yang berumur 2 tahun kebawah bolehlah diwajibkan penggunaannya SEKIRANYA tiada ibubapa atau penjaga yang bersamanya ditempat duduk... sekian pendapat saya yang ada 4 cahaya mata ni. harap kerajaan Negeri Sarawak dapat memohon kelongaran undang undang pelik ni DIKUATKUASAKAN di Sarawak..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Suami perlu amalkan untuk Bahagia
Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s · 30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...
-
Ayat aktif transitif 1) Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tran...
-
Perbualan tentang kepentingan menjaga kebersihan di dapur rumah. Dalilah : Ibu, saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah yang telah diber...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan