Jumaat, 30 Ogos 2019

LATIHAN ULANGKAJI BM UPSR UNTUK MURIDKU...HEHE







Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 - 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

 1. 
Emak akan menyediakan kuih abuk-abuk sebagai sajian _____________ pada hari minggu ini.


A
malam

B
petang

C
siang

D
pagi

 2. 
Sejak ______________ kamu bermain alat muzik?


A
bila-bila

B
mana

C
bila

D
apa

 3. 
______________ tahu membaca, huruf ______________ dia tidak kenal.


A
Jangankan …pun

B
Walaupun…tetapi

C
Baik....mahupun

D
Biarpun...mahu



4.
Gadis itu berjaya menguruskan badannya ______________ kelihatan kurus dan langsing.


A
hingga

B
walau

C
selain

D
sejak



5.
Encik Karim ___________ keluarganya sedang berbual-bual di ruang tamu.


A
lalu

B
dan

C
agar

D
kerana



6.
Mereka ___________ ruang tamu sempena dengan majlis hari jadi adik.


A
mencuci

B
menghias

C
membersih

D
mengemas

 7. 
Shafika tidak pernah menduga ______________ dia akan memenangi peraduan mendeklamasi sajak itu.


A
walaupun

B
bahawa

C
namun

D
dan



8.
Gasing yang berputar dengan ______________ itu milik Akasyah.


A
cepat

B
lama

C
ligat

D
laju

 9. 
Kai Fong bukan sahaja pandai belajar, ______________ rajin pula.


A
dan

B
sambil

C
malahan

D
kemudian

 10. 
Hisham asyik termenung ______________ hari.


A
sepanjang

B
sehingga

C
selama

D
semua

 11. 
______________ bertiga dikenali sebagai Pendekar Bujang Lapok.


A
Dia

B
Mereka

C
Baginda

D
Engkau



12.
Pemuda yang ______________ panjang itu seorang penagih dadah.


A
berhidung

B
bertangan

C
berambut

D
berkaki

 13. 
Zainal Abidin telah menulis lirik lagu yang bertemakan _______________.


A
hidup

B
hidupan

C
kehidupan

D
menghidupkan



14.
Para _______________ perlu mendaftarkan diri sebelum mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.


A
peserta

B
berserta

C
perserta

D
penyertaan



15.
Para tetamu __________ semasa majlis hari lahir Normala yang ke-11.


A
bertungkus lumus

B
bersopan santun

C
bertemu ramah

D
bersuka ria



16.
Murid-murid sekolah itu sedang ________________ membersihkan kawasan sekolah.


A
berbolak-balik

B
bercakap-cakap

C
bergotong-royong

D
bercompang-camping



17.
Pengemis yang berpakaian ___________________ itu tidak bermaya kerana sudah tiga hari tidak makan.


A
compang-camping

B
mundar-mandir

C
kusut-masai

D
kelam-kabut

 18. 
Semua pelajar Tahun Enam Bakti sedang sibuk menyiapkan beberapa ______________ pantun.  


A
patah

B
baris

C
buah

D
rangkap

 19. 
Pak Mahat telah berwasiat agar harta pusakanya didermakan kepada anak-anak yatim.


Pilih perkataan seerti bagi berwasiat.


A
berhajat

B
bersetuju

C
berpesan

D
bermohon

 20. 
Suhazlin fasih bertutur bahasa Inggeris sejak berumur tujuh tahun lagi


Pilih perkataan berlawan bagi fasih.


A
gagap

B
lancar

C
bijak

D
licin


Soalan 21 - 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

 21. 
I
Sudah enam tahun lebih dia meninggalkan kampungnya.

II
Azman berasa lebih selepas bermain bola sepak.

III
Lebih nasi itu di berikan kepada ayam-ayamnya.

IV
Harga rumah lebih mahal pada masa sekarang.


A
I dan II

B
II dan III

C
III dan IV

D
I dan IV

 22. 
I
Encik Ali akan mula bertugas di Jabatan Perdana Menteri pada minggu hadapan.

II
Murid-murid Tahun 4 perlu gigih berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh.

III
Sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya.

IV
Saya sayang akan ibu saya kerana dia penyayang.


A
I, II dan III

B
I, II dan IV

C
I, III dan IV

D
II, III dan IV

 23. 
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Berapa orangkah yang kamu lihat memecah masuk ke dalam rumah jutawan itu?


A
Saya agak lebih kurang tiga orang lelaki memecah masuk ke dalam rumah jutawan itu.

B
Saya tidak melihat sesiapa pun memecah masuk ke dalam rumah jutawan itu.

C
Tiada sesiapa pun yang berani memecah masuk ke dalam rumah jutawan itu.

D
Rumah jutawan itu sering dimasuki pencuri.

 24. 
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Abdullah mengeluarkan semua wang simpanannya untuk memulakan perniagaannya itu.


A
Bagaimanakah Abdullah mengeluarkan semua wang simpanannya?

B
Bagaimanakah keadaan Abdullah ketika memulakan perniagaannya?

C
Siapakah yang membantu Abdullah untuk memulakan perniagaan itu?

D
Dari manakah Abdullah mendapat modal untuk memulakan perrniagaan itu?

Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

 25. 
“Filem ‘Impian Semalam’ sedang ditayangkan di pawagam,” kata Yusof.


A
Yusof menerangkan bahawa filem ‘Impian Semalam’ sedang ditayangkan di pawagam.

B
Yusof berkata bahawa ‘Filem Impian’ sedang ditayangkan di pawagam semalam.

C
Yusof  berkata bahawa filem ‘Impian Semalam’ sedang  ditayangkan di pawagam.

D
Yusof berkata bahawa Filem ‘Impian Semalam’ ditayangkan di pawagam.

 26. 
“Terima kasih, encik,” kata Nadia kepada pegawai polis yang membantunya.


A
Pegawai polis yang membantu mengucapkan terima kasih.

B
Nadia membantu pegawai polis mengucapkan terima kasih.

C
Nadia mengucapkan terima kasih kepada pegawai polis yang membantunya.

D
Terima kasih ungkapan Nadia kepada pegawai polis yang membantunya.


Soalan 27 - 28
Pilih ayat yang betul.
 27. 
I
Barang-barang yang dijual di kedai itu terlalu mahal-mahal sekali.

II
“Mesin basuh yang rosak itu telah dibaiki oleh saya,” kata abang kepada emak.

III
Mereka sedang membincangkan rancangan untuk melawat tapak projek.

IV
Menteri Pelajaran akan melancarkan Kempen Membaca dalam Tren sebentar lagi.


A
I dan II

B
II dan III

C
III dan IV

D
I dan IV

 28. 
I
Karangan yang ditulis oleh Shahila baik sekali.

II
Zikri mengutip buah-buah durian yang runtuh di dusun.

III
Izan takut dengan budak lelaki yang berbadan besar itu.

IV
Ayah mengotakan janjinya untuk membawa kami melancong ke Bali.


A
I dan II

B
II dan III

C
III dan IV

D
I dan IV

Soalan 29 - 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

 29. 
Pipi Sakinah gebu dan putih seperti ___________.


A
buah

B
kaca

C
awan

D
kapas



30.
“Sebagai jurujual kamu mestilah ______________ apabila bertemu dengan pelanggan," kata Encik Mo kepada pekerjanya.


A
berat mulut

B
mulut murai

C
ringan mulut

D
mulut tempayan

Soalan 31 - 35
Baca sajak di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Wahai adikku,
jagalah tutur katamu
usah kau keluarkan kata-kata yang berbisa
kata-kata nista yang mengguris hati
ketika berbicara
bicara manis menyenangkan halwa telinga.

Wahai adikku,
jagalah tingkah lakumu
hindari perbuatan-perbuatan yang tidak baik
usah dihancurkan masa hadapan
demi kehidupan yang cemerlang dan gemilang

Marilah adikku,
amalkan nilai murni yang mulia
berbudi bahasalah pada setiap ketika
menyenangkan mata yang melihat
menyedapkan telinga yang mendengar.

Dengarlah adikku,
alangkah bangganya ibu dan ayah
tatkala melihat kita
menjadi insan yang berjaya juga berperibadi mulia.


31.
Apakah kepentingan menjaga tutur kata?


A
Membantu kita menuturkan kata-kata

B
Mengelakkan kita daripada berasa bisa

C
Memastikan perasaan kita sentiasa dijaga oleh orang lain

D
Mengelakkan kita daripada menuturkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain

32.
Menurut penyajak, kehidupan yang cemerlang dan terbilang akan tercapai apabila


A
kehadiran kita sentiasa disenangi walau di mana sahaja kita berada

B
kita membuat persiapan untuk menghadapi masa hadapan

C
kita sentiasa bijak dalam mengawal tingkah laku

D
kita menjadi kebanggaan ayah dan ibu

33.
Mengapakah penyajak menasihati adiknya agar berbudi bahasa?


A
Supaya dia disenangi oleh semua orang

B
Supaya dia boleh melihat dengan jelas

C
Supaya dia boleh mendengar dengan baik

D
Supaya dia boleh menghiburkan hati orang lain

34.
Pilih penyataan yang tidak benar berdasarkan sajak.


A
Kekasaran tutur kata boleh menyakitkan hati orang lain.

B
Kita boleh membalas jasa ibu bapa dengan menjadi insan yang baik.

C
Masa hadapan kita boleh terjejas jika kita tidak bijak mengawal tingkah laku.

D
Ibu bapa akan berasa tidak senang hati jika kita menjadi insan yang berjaya.

35.
Frasa bicara manis dalam sajak bermaksud


A
memberikan senyuman yang menawan ketika bercakap.

B
menikmati makanan yang manis sebelum bercakap.

C
bercakap dengan hati yang riang.

D
tutur kata yang baik dan elok.

Soalan 36 - 40
Teliti graf di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Graf Markah Bahasa Inggeris Akasyah Dari
 Bulan Januari Hingga Bulan Jun 2011



36.
  Berapakah markah yang diperoleh Akasyah dalam bulan Jun?


A
40%

B
60%

C
65%

D
70%

37.
Bulan berapakah markah yang tertinggi yang diperolehnya?


A
Jun

B
April

C
Februari 

D
Januari

38.
Markah yang sama diperolehnya ialah dalam bulan


A
Jun dan Julai.

B
Mac dan April.

C
Mac dan Jun.

D
Mac dan Mei.

39.
Jika 50% dianggap markah lulus, bulan manakah Akasyah gagal dalam peperiksaan Bahasa Inggeris?


A
Jun

B
Januari

C
Mac dan Jun   

D
Januari, Mac dan Jun
    
40.
Bagaimanakah kebolehan Akasyah dalam pelajaran ini?


A
Lemah

B
Amat lemah

C
Sederhana

D
Cemerlang




Tiada ulasan:

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...