Jumaat, 30 Ogos 2019

Latihan Pemahaman UPSR lagi...








Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 - 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.



1.
Tanah yang ______________ itu sesuai untuk tanaman sayur.


A
gembur

B
lembut

C
padat

D
keras



2.
Chung Ong ______________ di lantai kerana terpijak kulit pisang.


A
terhumban

B
tercampak

C
terjelepok

D
terjunam

 3. 
Ramli duduk ____________ tangga panggung wayang itu sejak tadi.


A
di tengah

B
di sudut

C
di tepi

D
di atas



4.
Hanif dan Yasin pergi ke perpustakaan. ______________ mengulang kaji di sana.


A
Saya

B
Awak

C
Kalian

D
Mereka



5.
Mariam dan kawan-kawannya berasa ___________ semasa meraikan hari jadinya.


A
pilu

B
mahu

C
cemas

D
gembira



6.
Pekerja itu ______________ rempah-ratus sehingga halus.


A
menguli

B
mengisar

C
mencanai

D
mencincang

 7. 
Air sungai itu mengalir dengan ______________ terutamanya pada musim hujan.


A
kencang

B
deras

C
ligat

D
laju



8.
Ular sawa itu kekenyangan setelah ______________ dua ekor anak ayam.


A
melulur

B
menelan

C
menggigit

D
membaham

 9. 
Peminta sedekah itu ______________ sahaja merayau-rayau di kawasan itu tetapi tidur beralaskan kotak.


A
tidak

B
juga

C
bukan

D
merupakan



10.
Murid-murid Tahun Enam Bijak menyertai Pertandingan Pakaian Beragam. _____________ memakai pelbagai jenis pakaian.


A
Mereka

B
Beliau

C
Kalian

D
Kita



11.
Shamsuri menjolok buah mangga itu dengan menggunakan galah ___________.


A
kontot

B
tinggi

C
besar

D
panjang

 12. 
“Khabar yang ______________ dengar itu palsu belaka. Percayalah,” kata Azmi kepada temannya.


A
ku

B
mu

C
kau

D
nya



13.
Abang saya bekerja sebagai seorang _______________.


A
jurubahasa

B
juruterbang

C
juruhebah

D
jurutera



14.
Semua calon _______________ itu cantik-cantik dan bergaya.


A
jururawat

B
pramugari

C
jurubahasa

D
angkasawan

 15. 
Sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi sedang mendengar taklimat daripada pensyarah di ________________.


A
bilik kuliah

B
bilik bacaan

C
bilik gerakan

D
bilik mesyuarat



16.
Akasyah mengikat tali kasut sekolahnya ____________ supaya tidak terurai semasa dia berjalan.


A
teguh-teguh

B
ketat-ketat

C
rapat-rapat

D
erat-erat

 17. 
Rumah tangga akan ______________, jika suami dan isteri tidak mahu bertolak ansur.


A
tunggang-langgang

B
porak-peranda

C
kusut-masai

D
riuh-rendah

 18. 
Polis telah merampas ___________ senapang dan _____________ parang panjang daripada orang yang mengamuk itu.


A
sepucuk ... sekeping

B
sebatang ... selaras

C
sebatang ... sebilah

D
selaras ... sebilah

 19. 
Angin kencang mengakibatkan banyak pokok yang tumbang.


Pilih perkataan seerti bagi tumbang.


A
jatuh

B
tegak

C
senget

D
condong

 20. 
Pemandu ditegaskan agar bersopan di jalan raya.


Pilih perkataan berlawan bagi sopan.


A
baik

B
biadap

C
tersenyum

D
lemah-lembut


Soalan 21 - 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

 21. 
A
Barang-barang yang dirampas oleh kastam itu ialah dari Taiwan.

B
Hadiah yang baru diterima oleh Hanani itu adalah daripada sahabat karibnya.

C
Pulau Langkawi ialah antara tempat yang menjadi tumpuan para pelancong.

D
Budak perempuan itu adalah anak seorang pengurus syarikat hartanah.

 22. 
I
Pokok-pokok itu segar kerana ibu rajin menyiramnya.

II
Kenangan itu masih segar dalam ingatan saya.

III
Suasana di kampung sunyi walaupun malam masih segar.

IV
Mak Cik Ong sudah segar dengan perangai suaminya yang panas baran itu.


A
I dan II

B
II dan III

C
III dan IV

D
I dan IV

 23. 
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Mengapakah bayi itu menangis?


A
Dia sakit perut.

B
Dia suka minum susu.

C
Bayi itu menangis kerana lapar.

D
Dia terlalu penat kerana berlari.

 24. 
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Dia menjadi begitu sejak kematian bapanya.


A
Siapakah dia?

B
Sufi berasa amat sedih?

C
Bilakah dia menjadi begitu?

D
Sejak bilakah dia menjadi begitu?

Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

 25. 
Oleh sebab sakit gigi, dia makan ubat itu.


A
Giginya sakit makan ubat itu.

B
Sakit gigi itu penyebab dia sakit.

C
Dia sakit gigi sebab makan ubat itu.

D
Dia makan ubat kerana giginya sakit.

 26. 
Apabila bulan penuh, kedengaran burung pungguk berbunyi bersahut-sahutan.


A
Bulan akan penuh apabila ada bunyi burung pungguk.

B
Bersahut-sahutan burung pungguk setelah bulan penuh berbunyi.

C
Bulan dan burung pungguk akan berbunyi bersahut-sahutan apabila penuh.

D
Burung pungguk akan kedengaran berbunyi bersahut-sahutan apabila bulan penuh.


Soalan 27 - 28
Pilih ayat yang betul.
 27. 
I
Murid yang ingkar untuk peraturan sekolah akan didenda.

II
Penonton bersorak apabila penyanyi itu mula menyanyi.

III
Bau durian yang dibelinya itu memenuhi ruang rumahnya.

IV
Semua keputusan-keputusan UPSR akan diserahkan kepada ibu bapa.


A
I dan II

B
II dan III

C
III dan IV

D
I dan IV

 28. 
I
Dia menyatakan kakinya terseliuh.

II
Kami berdoa walaupun kamu cepat sembuh.

III
Kakak berkata bahawa dia akan berkahwin tahun hadapan.

IV
Semua orang tahu bahawa Zulfadli ialah anak seorang penulis.


A
I dan III

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV

Soalan 29 - 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.



29.
Peribahasa yang sesuai atau berkaitan dengan keadaan orang tua dalam gambar ialah ___________.


A
rabun ayam

B
patah kandar

C
bongkok sabut

D
tulang belakang

 30. 

Q
Pada hujung tahun ini ayah akan membawa kami ______________ ke Langkawi jika _____________.


A
makan angin … terbuka rezeki

B
ambil angin … murah rezeki

C
atas angin ... mencari rezeki

D
makan angin … ada rezeki

Soalan 31 - 35
Baca laporan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pangkor

            Pada 14 Mac 2011, Sekolah Kebangsaan Pauh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pangkor selama dua hari. Sebanyak 44 orang murid telah menyertai lawatan ini termasuklah dua orang guru pengiring. Rombongan ini bertolak pada pukul 9.00 pagi dan sampai di sana pada pukul 3.00 petang.

            Setibanya di sana, rombongan ini disambut dengan mesra oleh pengurus penginapan, iaitu Encik Khairil Jamaluddin. Empat orang peserta diberi sebuah bilik. Keesokannya selepas bersarapan, Encik Khairil menyampaikan taklimat tentang kawasan percutian.

            Menurut beliau, Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau yang cantik dan kaya dengan pelbagai hidupan laut. Batu karang terdapat dengan banyaknya di sini. Batu karang mencantikkan suasana di dasar laut. Polip-polip halus yang tumbuh pada batu karang menjadi permulaan rantaian makanan kepada hidupan laut yang lain. Walau bagaimanapun, hidupan ini semakin musnah akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Pencemaran dan aktiviti mengumpul batu karang telah mengancam kawasan dasar laut dan hidupan di dalamnya.

            Antara program yang diadakan sepanjang lawatan dua hari ini ialah bersiar-siar mengelilingi pulau, mencuba scuba diving, mandi-manda, berkayak dan sebagainya. Kuiz tentang kehidupan di dasar laut juga diadakan untuk menguji pengetahuan murid-murid. Selain itu, diadakan juga sukaneka dan pertandingan mencari harta karun di sekitar pulau ini.

            Selain dapat menambahkan pengetahuan dan berekreasi, lawatan ini juga bertujuan untuk mendekatkan murid-murid dengan pelbagai hidupan laut. Semua peserta memberikan komitmen yang tinggi sepanjang lawatan ini. Walaupun berasa amat letih tetapi mereka semua berasa gembira dan bersemangat untuk mengekalkan keindahan alam sekitar.

Laporan disediakan oleh,                                                                      21 MAC 2011.

        Jalina

(JALINA BT. REJAB)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Pauh.

31.
Berdasarkan laporan tersebut, masa yang diambil oleh ahli rombongan untuk sampai ke Pulau Pangkor ialah


A
lima jam.

B
enam jam.

C
tujuh jam.

D
lapan jam.

32.
Jenis pencemaran yang dimaksudkan dalam laporan ini merujuk kepada


A
pencemaran air.

B
pencemaran tanah.

C
pencemaran udara.

D
pencemaran oleh manusia.

33.
Pilih penyataan yang tidak benar tentang laporan.


A
Tindakan manusia mengambil polip-polip pada batu karang menjejaskan keindahan dasar laut.

B
Batu karang di kawasan Pulau Pangkor kerap diambil oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

C
Pulau Pangkor ialah pulau yang sangat indah dan kaya dengan pelbagai hidupan laut.

D
Polip-polip pada batu karang menjadi permulaan rantaian makanan kepada hidupan laut.

34.
Semua yang berikut ialah objektif lawatan ini, kecuali


A
untuk mendekatkan murid-murid dengan hidupan laut.

B
untuk menambahkan pengetahuan am.

C
untuk mengkaji tentang hidupan laut.

D
untuk berekreasi dan bersiar-siar.

35.
Frasa komitmen yang tinggi dalam laporan ini bermaksud


A
tanggungjawab yang berat.

B
pandangan yang bernas.

C
kerjasama yang padu.

D
hubungan yang erat.

Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUCHING, 27 November – Beratus-ratus orang penumpang terkandas di Lapangan Antarabangsa Kuching pada hari ini akibat perubahan jadual penerbangan yang disebabkan oleh jerebu tebal yang menyelubungi bandar raya Kuching sepanjang hari ini.

            Pegawai Perhubungan Awam Penerbangan Malaysia di sini, Encik Mokhtar bin Hj. Ahmad  berkata, penerbangan pesawat Boeing 737 dari Kuching ke Miri pada hari ini terpaksa dibatalkan. Selain itu, sebuah pesawat 747 dari Kuching ke Kuala Lumpur yang berlepas pada pukul 10.00 pagi tadi terpaksa berpatah balik disebabkan oleh jerebu tebal juga.

            Menurut Encik Mokhtar lagi, dua pesawat Airbus 300 dari Pulau Pinang yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 11.00 pagi dan 2.00 petang telah ditangguhkan kerana hal yang sama.

            Walau bagaimanapun, sebuah pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kuching ke Singapura pada pukul 5.30 pagi dan pesawat dari Kuching ke Pulau Langkawi pada pukul 7.30 pagi telah berlepas dengan selamatnya.

            Selain itu, perkhidmatan penerbangan dalam negeri yang menggunakan pesawat Fokker berjalan seperti biasa walaupun jadual penerbangannya terpaksa ditunda.

36.
Beratus-ratus orang penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kerana


A
berlakunya  perubahan jadual penerbangan.

B
beberapa buah pesawat mengalami kerosakan.

C
beberapa buah pesawat terpaksa berpatah balik.

D
jerebu tebal menyelubungi bandar raya Kuching

37.
Pesawat yang manakah terpaksa dibatalkan penerbangannya?


A
Pesawat dari Kuching ke Miri

B
Pesawat dari Kuching ke Singapura

C
Pesawat dari Kuching ke Kuala Lumpur

D
Pesawat dari Kuching ke Pulau Langkawi
 
38.
Antara berikut, penumpang manakah yang selamat tiba di destinasi masing-masing?


A
Encik Kasbi, penumpang pesawat Boeing 737 dari Kuching ke Miri

B
Cik Tahiyyah, penumpang pesawat Airbus 300 dari Pulau Pinang ke Kuching

C
Puan Aspiah, penumpang pesawat Boeing 747 dari Kuching ke Kuala Lumpur

D
Tuan Hj. Jais, penumpang pesawat Boeing 737 dari Kuching ke Singapura

39.
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.


A
Encik Mokhtar bin Hj. Ahmad bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam Penerbangan Malaysia di Kuching.

B
Pesawat ke Kuala Lumpur pada pukul 10.00 pagi telah berpatah balik.

C
Pesawat ke pulau Pinang itu telah berlepas pada pukul 7.30 pagi.

D
Semua penerbangan menggunakan pesawat Fokker dibatalkan.

40.
Perkataan terkandas dalam berita di atas bermaksud


A
usaha yang tersekat di pertengahan jalan.

B
tidak dapat meneruskan sesuatu usaha.

C
tidak dapat bergerak akibat sesuatu hal.

D
gagal di dalam peperiksaan.




Tiada ulasan:

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...