Ahad, 1 September 2019

BAHASA MELAYU UPSR ULANGKAJI


Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 - 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

 1. 
Yong berusaha untuk ________________ komputernya yang rosak itu.


A
membenarkan

B
mengesahkan

C
membetulkan

D
membaiki

 2. 
Ikan itu berbau ______________ kerana tidak disimpan di dalam peti sejuk.


A
hanyir

B
haring

C
busuk

D
hapak




3.
Mereka hanya mampu melihat harimau itu sedang __________ seekor kambing milik Pak Cik Noh kerana takut untuk menangkapnya.


A
menggigit

B
memamah

C
mengunyah

D
membaham

 4. 
Walaupun Ramli ______________ tetapi dia tidak suka bergaduh sekiranya dicabar.


A
gagah

B
berani

C
hebat

D
kuat



5.
Sejak dari tadi Aiman ______________ kasutnya agar berkilat.


A
menggosok

B
menggilap

C
mengelap

D
mencuci

 6. 
Helikopter yang dipandu oleh juruterbang yang baru itu _________ ke dalam laut.


A
terjunam

B
terjelepok

C
tersungkur

D
terperosok

 7. 
Para tetamu menikmati hidangan _________ dihiburkan dengan persembahan artis terkenal.


A
lalu

B
sambil

C
kecuali

D
nescaya

 8. 
Perlawanan hoki itu akan ditunda ______________ hujan turun dengan lebatnya.


A
sekiranya

B
walaupun

C
apabila

D
setelah

 9. 
Mereka terlalu asyik bermain ______________ tidak sedar hari sudah gelap.


A
hingga

B
ketika

C
apabila

D
sungguhpun

 10. 
Wai Kong __________ dengan bapanya sejak dia berusia lima tahun.


A
tercerai

B
terpisah

C
tersadai

D
tercampak

 11. 
Sikapnya yang ______________ kacang melupakan kulit amat mengecewakan kami.


A
daripada

B
umpama

C
kepada

D
pada



12.
Pak Kamal sedang ________ ke!apa di kebunnya.


A
memetik

B
mengutip

C
mengait

D
menjual

 13. 
Mak cik Aliah sedang asyik _______________ tikar mengkuang di pondok usang itu.


A
anyam

B
anyaman

C
penganyam

D
menganyam

 14. 
Sedikit _______________ diperlukan untuk membina jambatan yang rosak itu.


A
peruntuk

B
peruntukan

C
peruntukkan

D
memperuntukkan



15.
Semua penumpang Bas Senandung Rindu dikehendaki menyemak _________.


A
jadual perjalanan

B
jadual harian

C
jadual waktu

D
jadual kelas

 16. 
Kuih-muih yang dibuat oleh Puan Ros itu ______________ belaka.


A
mentah-mentah

B
manis-manis

C
muda-muda

D
elok-elok



17.
Selepas mandi, kami ______________ di pantai sambil mencari kulit siput.


A
berlari-lari

B
bersiar-siar

C
berjalan-jalan

D
bersenang-lenang

 18. 
Afiq membeli ______________ nasi lemak dan segelas sirap semasa rehat di kantin sekolah.


A
seikat

B
sesuap

C
longgok

D
sebungkus

 19. 
Dewan menjadi sepi apabila semua mata tertumpu kepada guru besar yang sedang berucap di atas pentas.


Pilih perkataan seerti bagi sepi.


A
tertib

B
aman 

C
damai

D
senyap

 20. 
Saya dan Nasir mencari siput di pantai itu ketika air sedang surut.


Pilih perkataan berlawan bagi surut.


A
bergelora

B
melimpah

C
pasang

D
kering


Soalan 21 - 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

 21. 
I
Kita tidak boleh bercakap dengan kencang di hadapan orang tua-tua.

II
Pelari itu berlari dengan kencang apabila menghampiri garisan penamat.

III
Tumbukan Sathiya yang kencang itu tidak dapat dielakkan oleh Richard.

IV
Angin yang bertiup dengan kencang itu telah menumbangkan beberapa batang pokok di tepi jalan.


A
I, II dan III

B
I, II dan IV

C
I, III dan IV

D
II, III dan IV

 22. 
I
Semua ahli jawatan kuasa kelab itu diminta hadir ke bilik mesyuarat.

II
Wakil rakyat itu baru sahaja merasmikan balai raya di Kampung Melati.

III
Kadir gemar bersukan. Dia menjalani latihan olah raga pada setiap petang.

IV
Reka bentuk bangunan itu dibuat oleh seorang bekas pelajar di Universiti Malaya.


A
I dan II

B
II dan III

C
III dan IV

D
I dan IV

 23. 
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
                                                                                                           

Adakah awak bernama Alysha?


A
Saya ialah Alysha.

B
Nama saya Alysha.

C
Alysha merupakan nama saya.

D
Ya. Sayalah yang bernama Alysha.

 24. 
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Ibu Suri bertanya, “____________________________”
Suri menjawab,“Sudah mak, semuanya sudah siap.”


A
Sudahkah kamu sapu sampah, Suri?

B
Sudahkah kamu cuci kasut kamu, Suri?

C
Sudahkah kamu siram pokok bunga itu, Suri?

D
Sudahkah kamu cuci pinggan mangkuk dan lap meja itu, Suri?

Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

 25. 
Siti memuji Pija kerana telah berjaya dalam pertandingan nyanyian itu.


A
Pija dan Siti dipuji kerana telah berjaya dalam pertandingan nyanyian itu.

B
Pija dipuji oleh Siti kerana telah berjaya dalam pertandingan nyanyian itu.

C
Pija yang berjaya dalam pertandingan nyanyian itu telah Siti puji.

D
Pija telah berjaya dipuji oleh Siti dalam pertandingan nyanyian itu.

 26. 
Dia dikejarkan ke hospital kerana dipatuk ular.


A
Dia dikejar oleh ular itu ke hospital.

B
Dia mengejar ular ke hospital kerana dipatuk.

C
Akibat dipatuk ular, dia segera dibawa ke hospital.

D
Ular itu mematuknya, kemudian dia lari ke hospital.


Soalan 27 - 28
Pilih ayat yang betul.
 27. 
I
Kereta buatan tempatan setanding dengan buatan luar negara.

II
Berbagai-bagai lauk-pauk disediakan di restoran itu.

III
Emak menjahit Zetti sehelai baju kurung yang baru.

IV
Ular sawa itu sedang melulur seekor ayam.


A
I dan II

B
II dan III

C
III dan IV

D
I dan IV

 28. 
I
Bola itu disepak daripada Ali.

II
Barang-barang itu dibeli oleh ayah.

III
Bunga itu dijadikan perhiasan oleh kakak.

IV
Ah Seng lari di sekeliling kerana mengejar anjingnya.


A
I dan II

B
II dan III

C
III dan IV

D
I dan IV

Soalan 29 - 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.



29.
Setiap tahun Jasni pasti akan mendapat imbuhan bonus serta kenaikan pangkat. Hal ini demikian kerana dia merupakan _____________ majikannya.


A
anak angkat

B
anak tunggal

C
anak emas

D
anak buah



30.
Peribahasa yang sesuai atau berkaitan dengan sikap murid dalam gambar ialah ___________.


A
dalam tangan

B
buruk makan

C
makan suap

D
curi tulang

Soalan 31 - 35
Baca teks di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

            Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan sekalian. Saya berasa amat berbangga kerana dapat menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kemerosotan Disiplin Murid Sekolah”.

Hadirin yang dihormati,

            Peraturan di sekolah perlu diperketat dalam usaha untuk menangani masalah disiplin yang semakin berleluasa pada masa ini. Peraturan sekolah dibuat bukanlah untuk menyekat kebebasan seseorang tetapi dapat dijadikan garis panduan bagi membentuk generasi yang berakhlak mulia dan berkeperibadian yang tinggi.

            Satu kajian mendapati sejumlah besar murid pada peringkat sekolah menengah telah terlibat dalam gejala yang tidak sihat seperti berkunjung ke pusat-pusat hiburan. Pergaulan mereka di tempat-tempat sebegini telah menjadikan mereka seorang yang kasar serta suka melanggar undang-undang. Mereka beranggapan bahawa diri mereka gagah dan berani apabila melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh pihak sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

            Kita mesti berganding bahu untuk mengatasi masalah ini. Jika dibiarkan masalah ini akan menjadi satu wabak yang boleh merosakkan bukan seorang tetapi banyak murid yang lain. Pendedahan media massa tentang masalah disiplin murid-murid dapat menyedarkan golongan dewasa khasnya ibu bapa. Oleh itu, satu tindakan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Para hadirin sekalian,

Orang yang paling layak untuk menangani masalah ini ialah ibu bapa. Ibu bapa tidak boleh hanya bergantung kepada guru-guru untuk membentuk anak-anak mereka. Walaupun para guru dituntut supaya memainkan peranan mereka ke arah pembentukan akhlak murid-murid, ibu bapa ialah contoh utama dalam menjadikan anak-anak mereka seorang yang berdisiplin. Mereka juga digesa supaya memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Sekian, terima kasih.

31.
Peraturan sekolah dibuat adalah untuk


A
menjadikannya panduan untuk membentuk generasi yang baik

B
mendorong murid melakukan kegiatan yang berfaedah

C
menyekat kebebasan murid-murid dalam kehidupan

D
mengurangkan jumlah murid yang yang berani

32.
Antara berikut, yang manakah punca murid-murid mempunyai sikap melanggar peraturan?


A
Peraturan sekolah yang kurang ketat

B
Pergaulan yang terlalu luas

C
Lemah dalam pelajaran

D
Berpakaian ala barat

33.
Mengapakah terdapat segelintir murid yang gemar berpakaian ala barat?


A
Mengurangkan perbelanjaan mereka

B
Memenuhi minat mereka terhadap cara berpakaian

C
Membolehkan mereka mendapat tumpuan orang ramai

D
Menggambarkan mereka mempunyai tahap disiplin yang kuat

34.
Pada pendapat kamu, apakah jalan penyelesaian terhadap masalah ini?


A
Anak-anak harus mencontohi tingkah laku ibu bapa

B
Para guru harus mengajar murid-murid ini sehingga pandai

C
Memberikan anak-anak pendidikan agama yang mencukupi

D
Mendedahkan perbuatan buruk murid-murid ini dalam media

35.
Frasa garis panduan dalam petikan bermaksud


A
alasan.

B
prinsip.

C
bahan.

D
dasar.

Soalan 36 - 40
Baca berita di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KANGAR, 11 MAC - Hasnizam Ismail, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Chuping telah telah diumumkan sebagai juara dalam pertandingan catur bawah 12 tahun peringkat negeri Perlis.
            Sebanyak sembilan buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di Dewan Besar Arau. Hasnizam yang telah beberapa kali memenangi kejuaraan catur, melahirkan perasaan gembira atas kejayaannya. Hal ini demikian kerana kejayaannya dalam pertandingan ini adalah yang terbesar yang pernah dimenanginya.
            Kejayaaan ini secara tidak langsung telah melayakkan dirinya menyertai Kejohanan Catur Peringkat Kebangsaan bagi mewakili negeri Perlis di Kuala Lumpur. Hasnizam merupakan seorang murid yang aktif di sekolahnya. Selain, mewakili sekolah dalam pertandingan catur, dia pernah mewakili sekolah dalam kuiz Bahasa Melayu dan perbahasan pada peringkat kebangsaan.
            Hasnizam menyatakan bahawa pendorong utama kejayaannya ialah bapanya, iaitu Encik Ismail. Beliaulah yang mengajarnya tentang teknik-teknik bermain catur kerana beliau juga pernah mewakili negeri Perlis dalam Pertandingan Catur Kebangsaan pada tahun 1970.
            Hadiah-hadiah untuk pemenang yang berupa piala pusingan dan wang tunai disampaikan oleh Menteri Besar Perlis, iaitu Datuk Shahidan Kassim.

36.
Apakah kejayaan terbesar yang pernah diraih oleh Hasnizam?


A
Menjadi naib juara dalam pertandingan catur peringkat negeri

B
Mewakili sekolah dalam perbahasan peringkat kebangsaan

C
Menjadi wakil dalam Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu

D
Menjadi juara dalam pertandingan catur bawah 12 tahun

37.
Berapakah jumlah sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut?


A
Enam

B
Tujuh

C
Sembilan

D
Dua belas

38.
Kejohanan catur peringkat kebangsaan akan diadakan


A
di Dewan Besar Arau

B
di Kuala Lumpur

C
di Chuping

D
di Kangar

39.
Pilih penyataan yang benar tentang petikan.


A
Pendorong utama kejayaan Hasnizam ialah bapanya kerana bapanya juga berminat bermain catur.

B
Rakan-rakan Hasnizam sentiasa menyokong setiap pertandingan yang diwakili olehnya.

C
Hasnizam hanya berminat bermain catur setelah digesa oleh bapanya.

D
Hasnizam mendapat sokongan yang padu daripada Menteri Besar Perlis.

40.
Perkataan aktif dalam petikan membawa maksud


A
cergas

B
cerdas

C
kuat

D
rajin


1              C
2              A
3              D
4              A
5              B
6              A
7              B
8              A
9              A
10           B
11           B
12           C
13           D
14           B
15           A
16           B
17           C
18           D
19           D
20           C
21           C
22           A
23           D
24           A
25           B
26           C
27           D
28           B
29           C
30           B
31           A
32           B
33           C
34           C
35           D
36           D
37           C
38           B
39           A
40           A

Tiada ulasan:

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...