Rabu, 19 Mac 2014

laporan SFDP Sk St Edmund Limbang


1.PENDAHULUAN

Guru penasihat sukan dan permainan selaku jurulatih memainkan peranan pentingdalam pembangunan sukan di sekolah khususnya dan negara amnya. Mereka merupakanaset yang menjadi nadi penting dalam membentuk ahli sukan yang mantap dan berkemahiran tinggi bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negarayang menyerlah dalam kegiatan sukan yang disertai di peringkat antarabangsa. Amat penting, guru-guru tersebut diberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan sertakemahiran yang berkaitan agar dapat diterapkan dalam sesi latihan yang dirancang.Sebagai jurulatih sukan di sekolah, guru-guru tersebut hendaklah diberi sedikitruang dan masa untuk merancang program yang bersesuaian dengan murid-murid yangtelah dipilih seterusnya melaksanakan program mengikut fasa-fasa latihan dalam jangkamasa yang bersesuaian. Selain itu faktor lain juga turut menyumbang kepada kejayaan program antaranya sokongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa, sumber kewangan serta peralatan dan kemudahan yang mencukupi bagi sesi latihan yang dirancang.Pertandingan dalam sukan merupakan satu medan yang baik dan berkesan untuk mengenal pasti bakat, mengaplikasi taktik dan strategi permainan serta menilai prestasi peserta dalam usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Pengetahuan dan kemahiran jurulatih dalam aspek penyediaan program latihan yang lengkap, sesuai dan sistematik amat dititikberatkan bagi memastikan matlamat yang disasarkan dapat dicapai. Di samping itu, kemahiran pengelolaan juga amat penting bagi membentuk serta melahirkan guru Pendidikan Jasmani yang ‘versatile’ dan berkemahiran dalam berpengetahuan, permainan spesifik. Perancangan yang baik melalui kertas kerja yang lengkap serta mengandungi butiran berkaitan sukan atau permainan yang dipilih akan memudahkan jurulatih disekolah mendapatkan sokongan terutama daripada pentadbir, masyarakat dan badan- badan yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan latihan yang lebih berkesan terutama berkaitan dengan soal kewangan dan kesediaan ibu-bapa melepaskan anak mereka untuk menyertai latihan yang telah dirancang.

 

 

2.KERTAS KERJA LATIHAN PUSAT BOLA SEPAK

 

LATIHAN PUSAT PASUKAN BOLA SEPAK SFDP SK ST EDMUND

Pengenalan

Pasukan Bola Sepak SK St Edmund mula ditubuhkan pada 1955 semenjak sekolah ditubuhkan. Manakala, pasukan SFDP (Sarawak Football Deployment Program) telah ditubuhkan pada tahun 2011. Bagi tahun 2014, seramai 35 orang telah dipilih bagi menyertai latihan. Sehubungan itu, saya sebagai jurulatih pasukan telah merancang latihan pembangunan untuk meningkatkan keupayaan pasukan sekolah dalam permainan bola sepak dan pertandingan yang dianjurkan pada tahun 2014.

 

Rasional

Latihan Pembangunan yang dirancang akan menyediakan pemain dan pasukan yang mantap melalui pemilihan dan latihan yang lebih sistemetik di samping berupaya memantapkan kemahiran sedia ada pemain bola sepak sekolah. Semangat ‘esprit de corp’ akan diserapkan dalam diri pemain dimana kejayaan bukan hanya untuk individu tetapi pasukannya di samping dapat menaikkan nama sekolah.

 

Matlamat

Matlamat latihan pembangunan ini ialah untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain disamping menerapkan teknik dan taktikal yang sesuai dalam permainan bola sepak. Selain itu, peraturan dan undang-undang berkaitan juga dititikberatkan agar para pemain memahami aspek pengadilan bola sepak seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap pemain. Aktiviti yang diadakan dalam latihan pembangunan ini diharapkan dapat meningkatkan persefahaman dan kerjasama dalam kalangan pemain. Latihan yang berterusan untuk pemain dalam latihan ini diharapkan membantu pemain agar lebih kreatif dalam merencana strategi bagi memburu kemenangan dalam setiap perlawanan yang telah diatur dan sekaligus meningkatkan mutu permainan mereka.

 

 

OBJEKTIF  LATIHAN.

1.    Memberi bimbingan dalam pengambilan makanan dan diet yang sesuaidengan sukan bola sepak.

2.    Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang undang-undang dan peraturan bola sepak secara khusus.

3.    Menerapkan semangat berpasukan dalam kalangan pemain dan bermain untuk menang.

4.    Meningkatkan kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran dalam kalangan pemain mengikut fasa yang ditetapkan serta mengurangkan risiko kecederaan dalam sukan.

5.    Menerapkan strategi dan taktikal yang berkesan dalam permainan berpasukan.

6.    Menajamkan kemahiran asas bola sepak secara individu dan berpasukan.

 

Maklumat  Pelaksanaan Tarikh

: 5 Januari 2014 hingga 30 Oktober 2014

Tempat

: Padang SK St Edmund, Limbang.

Masa

: 3.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kitaran Latihan

: Sepanjang tahun, seminggu sekali atau lebih.

Kumpulan Sasaran

: Murid Tahun 4 – Tahun 6 ( berumur 10 – 12 Tahun )SK St. Edmund – Murid yang telah dipilih menyertai pasukan bola sepak sekolah.

Bilangan Peserta

: 35 orang

 

 

 

 

Strategi

1.Pemilihan pemain melalui pertandingan antara kelas dan pemerhatian.

2.Memaklumkan program kepada ibu-bapa / penjaga.

3.Latihan mengikut Fasa.

4.Perlawanan persahabatan dengan sekolah yang berhampiran..

5.Menyertai pertandingan peringkat Zon .

6.Jemputan Jurulatih Luar.

 

Senarai Pemain Terpilih Menjalani Latihan

RUJUK LAMPIRAN.

 

 

3.MENYEDIAKAN JADUAL LATIHAN

Jadual Latihan biasanya disediakan berpandukan keperluan tahap kecergasan pemain, teknikal, taktikal dan psikologi peserta latihan. Sebelum sesuatu pertandingan, beberapa fasa latihan disediakan bagi menentukan keperluan latihan yang perlu ditekankan. Dalam fasa persediaan umum misalnya, tumpuan lebih diberikan kepadaDescription: http://htmlimg3.scribdassets.com/4fiij29wlc16a0lz/images/8-ae3d199384.pngDescription: http://htmlimg3.scribdassets.com/4fiij29wlc16a0lz/images/8-ae3d199384.png

Description: http://htmlimg3.scribdassets.com/4fiij29wlc16a0lz/images/8-ae3d199384.pngDescription: http://htmlimg3.scribdassets.com/4fiij29wlc16a0lz/images/8-ae3d199384.png

 

pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutama dalam aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas. Aktiviti ini meliputi 70% daripada latihan yang dijalankan dan 30% lagi dikhususkan kepada pendedahan dan latihan teknik.Jadual Latihan haruslah fleksibel mengikut tahap penerimaan murid. American Coaching Effectiveness Programme (1996), menyarankan sekiranya jurulatih mendapati pemain tersangkut pada sesuatu kemahiran, mereka seharusnya diberikan masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri walaupun ini bermakna berlaku sedikit penundaan dalam jadual latihan. Pemain yang tidak dapat menangani kemahiran asas akan pasti tidak dapat melaksanakan kemahiran yang lebih sukar.Jadual Latihan juga hendaklah mengambil kira aspek-aspek seperti prinsip-prinsip latihan, jenis latihan yang sesuai dengan fasa, kaedah latihan, tempoh latihan Periodisasi,Jangka masa latihan dan jumlah sesi latihan Pada awal musim, pemain boleh dilatih dengan meningkatkan tahap kecergasandan kemahiran yang penting serta kurang sukar. Objektif program boleh ditetapkan tetapi jurulatih boleh mempelbagaikan aktiviti bagi mencapai objektif tersebut. Susunan aktiviti yang tidak terlalu padat haruslah dipertimbangkan bagi mengelakkan pemain atau pelatih mengalami kelesuan melampau selepas sesuatu sesi latihan.Selain itu, aspek keselamatan dan pemakanan pemain juga mesti diambil kira dengan memberikan panduan yang berterusan kepada mereka. Aspek kebajikan pemain perlu diambil berat bagi meningkatkan motivasi mereka dalam latihan dan pertandingan yang disertai.

 

4.JADUAL LATIHAN SFDP PASUKAN BOLA SEPAK SK ST. EDMUND LIMBANG

Tarikh latihan pusat : 5 Januari 2014 hingga 30 Oktober 2014.

JANUARI

Pembahagian Jadual Latihan- Mengenal Sukan Bola Sepak.- Teknik Menyepak Bola.- Pemakanan / Diet Pemain Bola Sepak.- Motivasi / ‘team spirit’.- Panduan Kecergasan Fizikal

Teknik Sepak Bola :- Sepak leret.- Sepak kuis depan.- Sepak kuis luar kaki.- Sepakan tumit.- sepakan tinggi dan volli.

 

FEBRUARI

Undang-undang Bola Sepak - ‘Warming up’ / ‘Cooling Down’- Latihan menahan dan menghantar bola.- Latihan Kecergasan- Permainan Kecil.

Rujuk Modul latihanSukan Untuk Guru Penasihat Kelab SukanSekolah – Sukan BolaSepak Sekolah Rendah.

 

 

 

MAC

Kecergasan Fizikal.- Teknik sepakan asas / kawalan bola.- Teknik Menyerkap bola / hantaran leret.- Latihan Menanduk bola.- Latihan kawalan bola ketika berlari.- Permainan Kecil

Teknik Menyerkap Bola :- sebelah dalam kaki.- Bahagian atas kaki / peha.- Bahagian tapak / hujung.- Bahagian perut / dada.- menggunakan kepala.

 

 APRIL

Kecergasan Fizikal.- Latihan hantaran tepat.- Latihan variasi sepak bola / hantaran jauh.- Latihan mengelecek / merebut bola.- Latihan variasi menyerkap bola.- Latihan Khusus ikut posisi pemain.- Permainan kecil.

Latihan Kecergasan :- Latihan LSD.- Latihan fartlek.- Latihan Litar.- Latihan Jeda.*dijalankan mengikut isipadu dan intensiti yangberbeza.

 

 

 

MEI

Description: http://htmlimg4.scribdassets.com/4fiij29wlc16a0lz/images/10-27632b7495.jpg

 

Kecergasan Fizikal.- Strategi 4-2-4 / 4-3-3.-

Latihan mengelecek bola.- Latihan menyerkap / Menanduk bola.- Latihan Menghantar / menerima bola.- Latihan Intensif penjaga gol.- Permainan Kecil.

Latihan Intensif Penjaga Gol :- Tangkapan bola leret.- Bola paras dada.- Menepis bola.- Menumbuk bola.- Lompat junam (diving).- Tendang gol.- Lemparan bola.

 

 

 

JUN

Kecergasan Fizikal.- Strategi 4-4-2 / 1-4-3-2.- ‘offside’ / Lontaran ke dalam.-

Latihan menghantar / menerima /mengelecek pemain lawan.-

Latihan Variasi Jaringan Gol / Penjaga Gol.- Tendangan sudut.

Strategi Permainan :Digunakan bagi menguji kesesuaian pemain dengan formasi dan posisi pemain yang akan dipilih.

 

JULAI

Latihan Kecergasan.- Strategi / taktikal.- Latihan Variasi Jaringan / tendangan percuma.- ’Counter Attack’.-

Motivasi / psikologi pemain.- Permainan simulasi.

Psikologi Pemain :- Memberi Penumpuan.- Sikap Positif (perlawanan)- Sikap Positif (latihan)- Sentiasa bersedia / stabil.- Berani mengambil risiko.- keyakinan / kemahuan diri

 

 

OGOS

Latihan Kecergasan.- Taktikal pasukan.- Kawalan bola dan permainan.Latihan Variasi Jaringan :- Peluang jaringan.- Peratusan sudut jaringan.

Description: http://htmlimg4.scribdassets.com/4fiij29wlc16a0lz/images/11-fd96fd3903.jpgDescription: http://htmlimg4.scribdassets.com/4fiij29wlc16a0lz/images/11-fd96fd3903.jpg

 

Latihan kemahiran mengawal lawan /menutup ruang gol.- Latihan Variasi Jaringan / Tendangan penalti/ Tendangan sudut.-

 Penilaian pemain / pemilihan pemain utama.- minit kekerapan jaringan.- Jaringan melalui sepak terus, penalti, tendangan percuma, tendangan sudut, tandukan bola, volli dll.

 

SEPTEMBER

Kecergasan Fizikal.- Pemakanan / diet pemain.- Video taktikal bola sepak / perlawanan pilihan.-

Motivasi ‘Bermain macam bintang’.- Perlawanan Persahabatan.- Penilaian pemain

 

OKTOBER

Kecergasan Fizikal.- Pemakanan / diet pemain.- Persediaan mental / taktikal / bermain secara berpasukan.- Video taktikal bola sepak / perlawanan pilihan.- Konsep ‘Fair Play’- Perlawanan Peringkat ZON Utara SFDP.- Rawatan / pemulihan.

Description: http://htmlimg4.scribdassets.com/4fiij29wlc16a0lz/images/12-715b405add.jpgDescription: http://htmlimg4.scribdassets.com/4fiij29wlc16a0lz/images/12-715b405add.jpgDescription: http://htmlimg4.scribdassets.com/4fiij29wlc16a0lz/images/12-715b405add.jpg

 

Kecergasan Fizikal.- Rekreasi / Regangan / kelenturan.- Undang-undang Bola sepak.Rehat Aktif .

 

 

 

 

 

JADUAL LATIHAN MENGIKUT MINGGU 6 BULAN PERTAMA.

 
Minggu 1
Minggu 2
Minggu 3
Minggu 4
Jan
Undang-undang/peraturan.Latihan kecergasan fizikal
Tayangan videoTeknik permainanLatihan kecergasan fizikal
Tayangan videoTeknik permainan Latihan kecergasan fizikal Kemahiran
Latihan bebanan latihan isotonic latihan isometrik
 
Feb
Kemahiran5 sepasukan. Menendang leret kekuda kaki Menendang lambungan mengelecek hantaran lencong menjaga gol Latihan Litar Kecergasan Fizikali.
Anaerobik kelajuan, kuasa, ketangkasan, dayatahan. Aerobik keperluan oksigen LSD/Fartlek
Kemahiran Perlawanan dalam kumpulan kecil. (posisi pemain) 
penyerang/ pertahanan
 Kemahiran Perlawanan dalam kumpulan kecil. (posisi pemain) penyerang/ pertahanan Bateri Ujian Kecergasan berlandaskankesihatan Lari 2.4km Tekan tubi
Mac
Latihan secara
berpasukan.-
Perlawanan persahabatan Latihan kemahiran (latih-tubi)
Menyerang Pertahanan Hantaran/ tandukan Teknik/taktik
Tendangan penalty Latihan Corak
Apr
I
l
Latihan
Kemahiran Corak menyerangTeknik
Taktik Kesalahan dalam permainanLatihan Kemahiran Kawalan bola; bola ke kaki,bola leret,paha,bola tinggi
Pelbagai Latihan Kemahiran (latih-tubi) Tendangan,
 balingan
Dalam Perlawanan
Persahabatn
‘Post mortem’ 
penilaian prestasi
 pemain
 pemilihan
Mei
Latihan
Kemahiran
Mengawal lawan;
kedudukan badan, pandang bola,tunjuk arah,jarak
Latihan bebanan
Ujian kecergasan
Latihan
kemahiran khusus Ikut posisi
Post mortemTransisi
Aktiviti
kesenggangan dan
rekreasi.
Latihan intensity
Rendah
Jun
Perlawanan
Persahabatan
Pasukan luar ‘Post mortem
’Latihan khas
Persediaan
Menjaring gol
Pertahanan
Program motivasi
Tayangan Video
Peraturan permainanTransisi
Aktiviti intensity
Ringan
Berkumpulan.
 
 
 
 
 
 

 

 

5.PERINCIAN SESI LATIHAN

 

5.1Persediaan Fizikal

Latihan kecergasan fizikal disediakan untuk murid-murid yang terlibat dalam program bola sepak tersebut. Menurut Wee Eng Hoe ( 1994 ), sebelum sesuatu program dirancang, komponen-komponen kecergasan perlu dikenali dan diketahui secara mendalam. Oleh itu, latihan yang disediakan akan merangkumi kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan kemahiran. Empat kaedah latihan disediakan dalam perancangan iaitu latihan jeda, latihanLSD, latihan Fartlek dan latihan litar. Kaedah latihan tersebut dipilih kerana didapati sesuai dalam meningkatkan tahap kecergasan para pemain bola sepak. Latihan LSD melibatkan aktiviti larian sederhana laju yang menggunakan sistem tenaga aerobik dimana tubuh menggunakan oksigen. Latihan LSD ini sesuai untuk mempertingkatkan sistem tenaga aerobik kerana ia dapat merangsangkan pembukaan kapilari dan meningkatkan kandungan myoglobin yang membawa oksigen ke otot-otot serta meningkatkan aktiviti enzim yang terlibat dalam metabolisme asid lemak. Perubahan fisiologi ini memberi kesan ke atas sistem kardiorespiratori dan seterusnya dapat meningkatkan sistem tenaga aerobik. Pemain tidak dikehendaki berlumba-lumba untuk mencapai kemenangan semasa larian ini, tetapimereka dikehendaki menamatkan larian dalam jarak yang telah ditetapkan.Kadar denyutan nadi diambil sebelum, sepanjang dan selepas LSD bagi menentukan pemain mencapai tahap prestasi yang diperlukan. Wee Eng Hoe (1997),menyatakan bahawa untuk memastikan kita menjalani latihan mengikut intensiti yangDescription: http://htmlimg4.scribdassets.com/4fiij29wlc16a0lz/images/13-c0ec99fbe6.jpg   betul, kita perlu mengetahui  kadar nadi sebelum, semasa dan selepas latihan. Kadar nadi boleh dikira dengan manual melalui cara menggunakan 2 jari diletakkan di leher dan mengiranya selama 1 minit. Justeru, pada kebiasaanya kadar rehat atau sebelum memulakan latihan adalah diantara 60-80 denyutan seminit. Jadi, pemain akan berada ditahap yang ‘optimum warm up’ bila mencapai diantara 120-140 bpm (beat per minute). Latihan Fartlek yang digunakan dalam jadual melibatkan aktiviti joging ringan (5minit), Lari pecut (20 meter), joging perlahan (100 meter), jalan keliling (200 meter) dan lari undur (20 meter ) bagi set 1 manakala bagi set 2 pula melibatkan aktiviti lari biasa 50m, lari perlahan 5 minit, lari pecut 50 m dan berjalan 100 m. Selain meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga berupaya meningkatkan keupayaan daya tahan otot. Melalui kaedah latihan Litar, pemain disediakan latihan melibatkan aktiviti tekantubi (stesen 1), lari ulang alik (stesen 2), skipping (stesen 3), mengangkat kaki (stesen 4) dan bangkit tubi. Kaedah latihan ini dapat meningkatkan motivasi kendiri, menambah daya tahan dan kelenturan fizikal pemain. Latihan ini juga dapat membina dan meningkatkan kecergasan aerobik. Kaedah latihan keempat yang digunakan dalam jadual latihan ialah latihan jeda. Latihan jeda mengandungi sesi senaman, kerja atau latihan yang diselang-selikan dengan masa rehat. Menurut Mohd Ramli Nordin (1989), tujuan utama latihan jeda ialah untuk menambahkan kecekapan sistem tenaga aerobik supaya menambahkan kebolehan individu dalam prestasi yang lebih hebat.Antara aktiviti yang dijalankan dalam latihan jeda ialah lari naik dan turun tangga,lari striding 50 m bagi sesi 1 serta lari pecut 50 m dan lari bergalop. Latihan ini juga melibatkan penentuan masa larian, masa rehat serta nisbah kerja kepada jeda rehat. Latihan jeda melibatkan intensiti tinggi dan kemungkinan untuk cedera juga adalah tinggi. Ini kerana ia memberi tekanan ke atas otot-otot. Sebaik-baiknya kuantiti setiap aktiviti dan jumlah ulangan perlu dikawal tanpa menjejaskan kualiti latihan serta dapat mengekalkan masa rehat yang ditetapkan.

 

5.2Fasa Utama ( Teknikal )

Beberapa latihan berkaitan kemahiran dan teknik bola sepak diajar dan diaplikasikan dalam jadual latihan. Peraturan asas bola sepak diperkenalkan bagi menambahkan dan memperkayakan input sedia ada tentang bola sepak dalam diri pemain. Di akhir setiap sesi fasa utama, jurulatih boleh memberi peluang kepada pemain mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari melalui permainan kecil bola sepak.Antara kemahiran yang dicadangkan dalam jadual latihan ialah kemahiran menyepak bola, menyerkap, menanduk bola dan beberapa jenis kemahiran hantaran bola yang sesuai dijalankan dalam jangka masa latihan. Jenis kemahiran seharusnya tidak terlalu padat hingga mendatangkan masalah kepada para pemain untuk mengingati seterusnya menguasai kemahiran yang diajar dengan baik. Pemain tidak harus ditekan untuk menguasai sesuatu kemahiran bagi mengelakkan mereka mengalami kelesuan dan psikologi mereka terganggu dengan corak latihan yang terlalu keras dan melampau.

 

5.3Fasa Taktikal

Melalui fasa ini para pemain didedahkan dengan strategi perlawanan sama ada menggunakan format 4-3-3, 4-4-2 dan sebagainya. Pemain akan dinilai tahap keserasian dalam pasukan dan posisi yang sesuai untuk setiap pemain. Persefahaman dan komunikasi yang baik antara pemain juga ditekankan agar dapat mewujudkan semangat berpasukan dengan lebih kukuh dan berkesan. Latihan-latihan jaringan juga dilakukan bagi memberi pemain memilih cara dan peluang jaringan yang sesuai. Dalam Fasa ini, Perlawanan persahabatan juga diadakan bagi menilai tahap kemahiran individu dan berpasukan serta keberkesanan latihan kecergasan yang telah dilaksanakan.

 

5.4Fasa Psikologi.

Murid yang menyertai latihan SFDP ini diberikan motivasi secara berkala bagi meningkatkan keyakinan diri dan sentiasa bersikap positif sama ada semasa sesi latihan dan perlawanan yang disertai. Tayangan video perlawanan pilihan yang melibatkan bintang-bintang bola sepak juga membantu meningkatkan keazaman dan semangat pemain agar cuba bermain mengikut pasukan pilihan dan idola mereka. Sikap sentiasa bersedia dan berani mengambil risiko demi kemenangan pasukan juga diterapkan melaluisesi motivasi yang dijalankan. 

 

6.RUMUSAN

 

Perancangan yang sistematik dan memenuhi keperluan pemain dalam sesuatu jenis sukan hendaklah diteliti dan diperhalusi agar segala yang dirancang dapat mencapai objektif iaitu mempertingkatkan tahap kecergasan pemain, mempertingkatkan kemahiran teknikal dan taktikal serta menguatkan lagi tahap psikologi dan fizikal pemain seterusnya mencapai kemenangan berpasukan dalam pertandingan yang disertai. Dengan merancang program latihan secara sistematik, jurulatih dan pemain akan dapat menilai sejauh mana pontensi, mutu pencapaian dan kemajuan pemain tersebut. Disamping itu jurulatih mahupun guru-guru akan mendapat panduan tentang kemahiran bola sepak yang masih belum dikuasai oleh pemain. Mengikut Abdullah Ali ( 1989 ), seorang pemain bola sepak perlu belajar selok  belok permainan. Seorang pemain perlu cekal menerima tunjuk ajar daripada jurulatihnya. Oleh itu, sebagai seorang jurulatih yang dipertanggungjawabkan, kita hendaklah meningkatkan pencapaian para pemain dalam setiap aspek dan perlu lebih cekap berkomunikasi supaya pemain dapat menerima apa yang diajar dengan mudah dan berkesan.

 

Disediakan oleh,

Awang Zainalabidin bin Usop

Jurulatih SFDP Sekolah.

Tiada ulasan:

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...