Rabu, 19 Mac 2014

skema jawapan ujian bm tahun 5 mac 2014


Skema jawapan.

Bahagian A

 

1.      Sempena cuti persekolahan, Encik Ali sekeluarga bergotong royong menceriakan halaman rumah mereka.

2.      Anak lelaki mereka sibuk mengutip, mengumpul, dan menyapu sampah di halaman rumah supaya bersih dan ceria.

3.      Anak perempuan mereka pula menyiram pokok bunga yang tumbuh dengan subur dengan menggunakan tiub getah penyiram.

4.      Isteri Encik Ali pula mengecat pintu pagar kerana catnya sudah mula luntur akibat terdedah dengan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun.

5.      Encik Ali pula gemar menanam pokok bunga serta membersihkan rumput di dalam pasu bunga.

 

Bahagian B

 

Soalan 1. (pengelaman berkelah)

 

Pada cuti sekolah yang lalu, saya menyertai perkelahan di Taman Reakrasi Batu  Hitam Limbang. Perkelahan ini dianjurkan oleh Kelab Kembara sekolah saya. Sebanyak 20 orang anggota Kelab Kembara dan tiga orang guru menyertai perkelahan ini.

 

Kami bertolak dari sekolah pada jam 8:30 pagi. Kami tiba di Taman Reakrasi Batu Hitam pada pukul 9:30 pagi. Sesampai kami di sana, guru mengarahkan kami membersihkan kawasan untuk dijadikan tapak perkemahan. Dalam sejam, barulah tapak perkemahan siap dipasang dengan kemah untuk meletakkan barang dan peralatan.

 

Setelah selesai mengemaskan diri masing masing, Cikgu Aizad mengingatkan kami agar berhati-hati semasa menjalankan aktiviti. Sebelum itu, kami diminta melakukan senaman ringan untuk merenggangkan otot-otot supaya dapat mengurangkan kecederaan nanti. Cikgu juga berpesan supaya sentiasa menjaga disiplin sewaktu perkelahan ini dijalankan.

 

Tepat jam 11 pagi, dengan kebenaran guru-guru pengiring, kami pun terus mandi. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan sewaktu mandi antaranya ialah belajar teknik-teknik berenang yang diajar oleh Cikgu Cater. Terdapat lima pelajar yang masih tidak tahu berenang iaitu Farada, Stevy, Afzal, Alisya, dan Terry. Setelah tunjuk ajar dan motivasi daripada guru, mereka pun akhirnya berjaya berenang walaupun masih perlahan.

 

Sepanjang aktiviti perkelahan itu, saya dapat menikmati suasana yang indah dan nyaman. Kami berhenti rehat pada jam 12:30 tengah hari. Sewaktu rehat, kami disajikan dengan nasi ayam panggang yang disediakan oleh guru-guru dan dibantu oleh rakan-rakan perempuan. Sambil menjamu selera, kami memerhati kawasan sekeliling. Terdapat pelbagai jenis orkid liar tumbuh di kawasan yang berhampiran dengan kaki bukit yang berbatu. Menurut Cikgu Aizad, kawasan hutan reakrasi ini memang kaya dengan tumbuhan orkid liar yang sangat cantik

 

Sebelah petang pula, kami melakukan aktiviti mengumpul batu-batu kecil yang unik dan cantik. Saya menjumpai sejenis batu yang bercahaya kemerah-merahan. Cikgu memaklumkan bahawa batu itu mungkin batu permata semulajadi. Saya pun menyimpanya untuk ditunjukkan kepada ibubapa nanti.

 

Apabila jam menunjukkan 4:00 petang, kami pun berkemas untuk pulang. Segala pengelaman dan kenangan terpahat di minda kami. Kepenatan tidak terasa cuma hati sayu kerana sudah hendak pulang. Sewaktu hendak pulang, kami merakam gambar sebagai kenangan bersama. Jam menunjukkan 5:00 petang, kami sudah sampai di kawasan sekolah dan kami melihat ibubapa sudah siap menunggu untuk membawa kami pulang.

 

Soalan 2 (catatan hari guru)

 

16 Mei 2014.

Sekolah Kebangsaan Saint Edmund telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Sambutan ini bertujuan untuk mengenang dan memperingati jasa guru-guru di Sekolah Kebangsaan Saint Edmund Limbang.

 

Aturcara majlis :

 

8:00 pagi.

Para guru mula tiba di Dewan Menunggu sekolah. Barisan Pengawas Sekolah selaku jawatankuasa sambutan  sudah berbaris bagi mengalu-alukan kedatangan para guru termasuk jemputan bekas-bekas guru yang pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Saint Edmund. Para guru begitu teruja dan  gembira dengan sambutan yang diberikan.

 

8:15 pagi.

Setelah semua hadir di Dewan Menunggu, nanyian Negaraku dan Lagu Sekolah berkumandang dengan penuh semangat. Nanyian lagu Negaraku dan Lagu Sekolah telah didendangkan oleh kelab kebudayaan sekolah. Selepas itu, Jeremy Roshen mengambilalih tugas sebagai juruacara majlos tersebut.

 

8:30 pagi.

Ustaz Apong Bakri dijemput untuk memimpin bacaan doa selamat. Setelah itu, ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis. Ketua Pelajar Nurul Batrisah menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua guru dan hadirin yang hadir. Kemudian, Guru Besar dijemput untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapan beliau mengucapkan penghargaan kepada jawatankuasa majlis kerana berjaya mengadakan majlis ters tersebut telah diebut.

 

10:00 pagi.

Kumpulan Boria yang terdiri daripada murid-murid Tahun Enam mengadakan persembahan. Kemudian persembahan tarian tradisional oleh murid-murid Tahun Lima. Para hadirin terhibur dengan persembahan tersebut.

 

11:00 pagi.

 Ketua Murid telah menjemput Guru Besar naik ke pentas untuk memotong kek tanda simbolik perasmian hari guru peringkat sekolah. Kek tersebut adalah sumbangan daripada pihak murid. Kek tersebut telah dipotong dan diagihkan kepada setiap jemputan yang hadir. Seterusnya, Ketua Murid telah menyampaikan hadiah kepada Guru Besar tanda bermulanya aktiviti memberi hadiah kepada guru oleh murid-murid.

 

 

12:00 tengah hari.

Semua jemputan dan para guru diraikan dengan jamuan yang diadakan di dalam setiap kelas. Majlis bersurai.

 

Soalan 3 ( basikal )

 

Aku dilahirkan di sebuah kilang di Melaka. Namaku CZX. Badanku berwarna biru merah. Biasanya aku digunakan oleh golongan kanak-kanak.

 

Aku dihantar ke kedai basikal di borneo iaitu negeri Sarawak selepas anggota badan aku siap dipasang. Aku dipamerkan bersama-sama dengan rakan sejenisku. Aku berasa gembira dapat bertemu dengan rakan baru yang pelbagai warna dan nama.

 

Pada suatu hari, seorang lelaki bersama anak lelakinya membelek-belek aku. Nampaknya budak lelaki itu berkenan akan aku. Setelah selesai urusan tawar-menawar dan pembayaran, aku dibawa pulang kerumahnya. Pada saat itu, aku mula berkhidmat dengannya.

 

Tuan aku ialah murid Tahun Lima. Setipa hari aku digunakannya untuk ke sekolah. Pada petang aku dibawa bersiar-siar disekitar tempat tinggalnya. Aku berasa bangga kerana tuan aku ini cermat orangnya. Dia menggunakan aku dengan baik. Dia amat sayang akan aku dan begitu mengambil berat akan kebersihanku.

 

Pada suatu petang, tuan aku baru pulang dari latihan bola sepak. Tuan aku mengayuh aku dengan perlahan-lahan. Tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang oleh pemuda melanggar kami. Kejadian itu menyebabkan aku mendapat cedera. Banyak anggota badanku yang rosak.

 

Tuan aku membaiki diriku. Mujurlah aku masih dapat digunakan lagi. Lampuku sudah digantikan dengan lampu baharu. Aku bersyukur kerana dapat berkhid kitamat dengan tuan aku lagi.

 

 

Bahagian C

 

Pengajaran yang terdapat daripada petikan tersebut antaranya ialah bijak mengurus masa. Kita seharusnya mengunakan masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah. Kita juga seharusnya peka dan menghargai masa supaya kita tergolong dalam kalangan masyarakat yang beruntung. Selain itu, kita juga digalakkan mudah mesra dan bersedia memberi kerjasama dan bantuan jika diperlukan. Oleh itu, kita juga disaranlan agar sentiasa mengamalkan sikap bertimbang rasa, berpekerti mulia dan menghormati orang lain. Maka, kita mestilah menunjukkan sikap yang baik dan boleh dicontohi oleh rakan-rakan kita yang lain apatah lagi rakan-rakan kita itu adalah adik ataupun mereka yang lebih muda daripada kita. Kita juga perlu tegas dan berdisiplin dalam segala tindakan dan perlakuan. Oleh itu, kita perlu berani menegur kesalahan orang lain dengan cara sopan dan berhemah. Oleh yang demikian, kita juga perlu memberi nasihat dan tunjuk ajar atas kesalahan yang dilakukan oleh sahabat kita.

Tiada ulasan:

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...