TEMA : KELUARGA
TAJUK : MEMBANTU DATUK DAN NENEK
OBJEKTIF :
MURID-MURID DAPAT MENULIS DAN MEMERIHALKAN KEADAAN MEMBANTU DATUK DAN NENEK.
Panduan Mengarang.
- Karangan jenis ini menghendaki anda menceritakan semula sesuatu perkara yang telah berlaku.
- Sebaiknya melalui pengetahuan dan pengelaman sendiri.
- Perkara yang anda ceritakan itu adalah apa-apa yang anda lihat, rasakan/alami dan dengar.
- Boleh juga sesuatu yang berbentuk nyata atau rekaan yang logik.
- Perkara yang anda ceritakan mungkin sesuatu peristiwa, pengelaman, pemandangan, suasana, keadaan, sikap dan sebagainya.
- Anda digalakkan untuk menggunakan ungkapan atau peribahasa yang sesuai.
- Bahasa yang digunakan harus dikawal bagi mengelakkan kesalahan tatabahasa.
- Gunakan ayat-ayat ringkas dan padat.
- Pastikan anda menyusun perkara-perkara yang berlaku mengikut urutannya iaitu dari awal hingga akhir kejadian.
Latihan :
Andaikan rumah datuk dan nenek kamu di kampung dilanda banjir besar baru-baru ini. Kamu dan keluarga bergotong-royong membersihkan rumah apabila banjir surut. Perihalkan keadaan tersebut. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka Karangan:
Pendahuluan
-banjir besar di kampung halaman - beberapa minggu selepas Hari Raya.
Isi-Isi Penting
-Kami sekeluarga pulang ke kampung setelah banjir surut- membantu datuk dan nenek.
- banyak barang yang rosak- rumah berlumpur- bergotong-royong membersihkan rumah.
- membahagi-bahagikan tugas - sehari suntuk mengerjakannya.
-kerugian yang banyak - datuk dan nenek bersedih.
Penutup
-membantu setakat mampu.
Siapkan karangan anda. selamat menjawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan