Rabu, 17 Jun 2020

MENGEDIT TEKS


Tema : Kebudayaan
Tajuk : Pinakol
Objektif : Murid-murid dapat mengedit dan memurnikan teks dengan perkataan dan tanda baca.
Aktiviti : Murid-murid membaca petikan dengan intonasi yang betul. Mencari kesalahan dalam petikan.

Pinakol merujuk kepada hiasan gubahan manik yang di pakai oleh masyarakat rungus di utara Sabah Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun di kalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan, iaitu, peninggalan ibu kepada anaknya perempuannya. [1]
Pinakol terdiri dari sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang di kenakan melintang di dada ke belakang bagi ke gunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkhwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah Ianya sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam.[2]
Pinakol tersebut terbahagi pada empat bahagian dengan manik di bahagian atas memiliki corak bunga yang cantik yang di panggil vinusak. Pada bahagian ke dua menggambarkan sejenis haiwan sungai yang merbahaya yang mampu melumpuhkan seseorang dengan gigitannya. Haiwan tersebut dikatakan telah pupus akibat kegiatan menuba sungai. Di bahagian bawahnya terdapat hiasan lembing memburu ikan yang di panggil inompuling, dengan bahagian terakhir menggambarkan seorang Rungus yang bernama Tiningulung.
Pinakol manik ini menjadi perhiasan penting untuk di kenakan bersama pakaian masyarakat Rungus dan ia turut menjadi simbolik adat istiadat kematian dan perkhawinan dalam etnik Rungus. Warna manik hitam putih dan merah merupakan warna asas yang sering digunakan oleh masyarakat Rungus.
Pada masa kini, hasil seni ini turut di usahakan secara meluas untuk menjana pendapat keluarga. Kini Pinakol boleh didapati secara meluas di pasaran sebagai hiasan. Harga pinakol amatlah bersesuaian dengan nilai estetiknya yang sangat tinggi selain mengambil masa selama 2 minggu untuk di siapkan.


Latihan.
Salin petikan dengan membetulkan perkataan dan tanda baca supaya menjadi petikan yang tidak mempunyai kesalahan.
( kerja ini untuk 17/06/2020 dan 19/06/2020) pada hari Jumaat saya tidak akan beri latihan.)

*murid-murid yang menggunakan komputer hanya copy paste dan membetulkan perkataan dan tanda baca dengan mewarnakan perkataan dan tanda baca yang telah dibetulkan.( bagi murid yang menghantar secara email dan google classroom)
Bagi murid-murid yang menghantar secara manual ke sekolah pada setiap hari Isnin (sebelum 10:30am) digalakan untuk menyalin petikan dan mengaris perkataan dan tanda baca yang telah dibetulkan.

Tiada ulasan:

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...