Khamis, 5 Mei 2011

Ulangkaji Bahasa Melayu Tatabahasa

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.




1 Seekor burung bangau sedang __________ di atas belakang kerbau.
(ID:1111585879771 )


A
berehat - melepas lelah
B
bermain - membuat sesuatu untuk bersenam
C
bernyanyi - melagukan nyanyi
D
bertenggek - duduk di tempat yang agak tinggi (burung di atas dahan dan lain-lain)




________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

2 Semua peserta rombongan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur berkumpul untuk __________ taklimat daripada ketua rombongan.

(ID:1111585887181 )


A
memberi
B
mencatat
C
mentelaah
D
mendengar



Huraian:
A. Memberi - menyampaikan sesuatu
B. Mencatat - menulis catatan
C. Mentelaah - mengulang kaji
D. Mendengar - menangkap (bunyi, suara) dengan telinga


________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

3 Para pekerja itu sedang __________ bangunan di tepi padang sekolah.
(ID:1111585882161 )


A
merata - rata
B
membina
C
mengorek - membuat lubang (pada tanah)
D
menimbus - menimbun sesuatu dengan tanah



Huraian:

Jawapannya B kerana merujuk kepada bangunan. Jadi perkataan membina adalah lebih tepat kerana membina adalah lebih tepat kerana membina bermaksud mendirikan yakni membuat sehingga terdirinya bangunan.

________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

4 Rumah mereka __________ dengan pantai.
(ID:1123049814841 )


A
dekat - hampir
B
nyaris - hampir (berlaku sesuatu)
C
lambat - perlahan



Huraian:

A - kata adjektif jarak.

________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

5 Tolong hantarkan surat ini dengan __________.
(ID:1111585637281 )


A
laju - pantas
B
gopoh - cepat-cepat
C
segera
D
perlahan - lambat-lambat



Huraian:

Jawanpannya C kurang merujuk kepada kata tolong. Jadi kata adjektif segera adalah jawapan yang tepat di mana segera bermaksud cepat atau lekas-lekas.

________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

6 Walaupun wajahnya __________ tetapi budi pekertinya mulia.
(ID:1123053970244 )


A
cantik - lawa
B
kacak - tampan
C
buruk - hodoh
D
lawa - cantik



Huraian:

C - kata adjektif pancaindera.

________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

7 Apa __________ daya aku seorang yang miskin. Aku terpaksa turut segala kemahuan mereka.
(ID:1209572683950 )


A
pun
B
kah
C
tah
D
lah



Huraian:
A. Pun - menegaskan sesuatu maksud dalam ayat penyata.
B. Kah - menguatkan maksud pertanyaan atau soalan.
C. Tah - menguatkan maksud ayat tanya atau ayat seru.
D. Lah - menguatkan maksud pertanyaan atau melembutkan nada suruhan.


________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

8 Apa __________ yang hendak dikesalkan lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.
(ID:1209573194583 )


A
pun
B
tah
C
kah
D
lah



Huraian:
A. Pun - menegaskan sesuatu maksud dalam ayat penyata.
B. Tah - menguatkan maksud ayat tanya atau ayat seru.
C. Kah - menguatkan maksud pertanyaan atau soalan.
D. Lah - menguatkan maksud pertanyaan atau melembutkan nada suruhan.


________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

9 "Biar __________ dia bersendirian di situ," kata Pak Razak kepada anak-anaknya yang lain.
(ID:1209575734071 )


A
kah
B
lah
C
pun
D
tah



Huraian:
A. Kah - menguatkan maksud pertanyaan atau soalan.
B. Lah - menguatkan maksud pertanyaan atau melembutkan nada suruhan.
C. Pun - menegaskan sesuatu maksud dalam ayat penyata.
D. Tah - menguatkan maksud ayat tanya atau ayat seru.


________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.




10 Walaupun dipujuk, dia masih __________ mahu makan ubat itu.
(ID:1125740319276 )


A
tidak - menolak.
B
bukan - sebenarnya tidak.
C
tetap - tidak berganjak.



Huraian:
1. Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.
2. Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa itu mendukung maksud pertentangan maklumat.
3. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.

________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

11 Kereta itu __________ kereta yang baru dibelinya.
(ID:1111586610610 )


A
dan - (kata hubung) menghubungkan dua perkataan (frasa)
B
serta - kata hubung - sambil
C
tidak - menyatakan bukan - menafi
D
bukan - menyatakan tidak - sebenarnya tidak




________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

12 Lelaki itu __________ pegawai polis.
(ID:1111586612651 )


A
dan - kata hubung - menghubungkan dua perkataan
B
lalu - kata hubung - terus
C
tidak - menyatakan bukan - menafikan
D
bukan - menyatakan tidak - sebenarnya tidak




________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

13 __________ buang sampah di dalam longkang.
(ID:1209689541032 )


A
Jemput
B
Jangan
C
Tolong
D
Tolonglah



Huraian:
Jemput - mengajak atau menyilakan datang, dialu-alu
Jangan - tidak boleh, usah
Tolong - minta
Jolonglah - mintalah


________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

14 "__________ biarkan adik bermain di bilik kakak," kata Puan Alia.
(ID:1209687991723 )


A
Sila
B
Harap
C
Jangan
D
Tolong



Huraian:
Sila - minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah
Harap - haraplah, hendaklah, mintalah, pohonlah
Jangan - tidak boleh, usah
Tolong - minta


________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

15 __________ awak mengambil hati terhadap kata-kata orang tua itu.
(ID:1209688358338 )


A
Harap
B
Silalah
C
Janganlah
D
Tolonglah



Huraian:
Harap - haraplah, hendaklah, mintalah, pohonlah
Silalah - jemputlah, sudilah
Janganlah - usahlah
Tolonglah - mintalah


________________________________________
[Atas]



16 Komputer sangat penting dalam bidang pendidikan pada masa ini.

Perkataan seerti bagi penting ialah
(ID:1111586225121 )


A
baik - Memberi faedah apabila menggunakannya (melihat, membaca dan sebagainya) elok, memuaskan hati, sangat sesuai dan rapat (perhubungan, persahabatan dan lain-lain).
B
sesuai - Padan benar (keadaan, rupa dan lain-lain) berpadanan, setimbal, seimbang, selaras.
C
canggih - Moden dan kompleks (alat) hebat, menarik.
D
mustahak - Penting, pantas, patut, perlu.




________________________________________
[Atas]

17 Pasukan pembangkang telah menjuarai pertandingan perbahasan peringkat daerah itu.

Perkataan seerti bagi pembangkang ialah
(ID:1111586222961 )


A
peminat - Orang yang berminat kepada sesuatu.
B
pengadil - Orang yang mengadili sesuatu pertandingan.
C
penentang - Orang yang membantah (melawan, menentang).
D
pencadang - Orang yang mencadang, (mengusulkan, menyarankan).




________________________________________
[Atas]

18 Mereka akan bertolak ke pameran itu pada pukul 10.00 pagi.

Perkataan seerti bagi bertolak ialah
(ID:1111586225961 )


A
berangkat - Mula meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain, bertolak.
B
bergerak - Bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat.
C
berjalan - Bergerak (ke depan dan lain-lain) dengan kaki.
D
belayar - Berjalan atau bergerak (kapal atau perahu).




________________________________________
[Atas]

19 Yusri telah menolak tawaran untuk bekerja di syarikat itu.

Perkataan berlawan bagi menolak ialah
(ID:1111585560811 )


A
mempertimbangkan - memikirkan untuk membuat keputusan
B
memperhalus - meneliti
C
menerima - mengambil
D
membuka - menanggalkan



Huraian:

menolak = enggan menerima

________________________________________
[Atas]

20 Pemuda itu menafikan bahawa dia anak orang kaya.

Perkataan berlawan bagi menafikan ialah
(ID:1111585551621 )


A
mengiakan - mengaku
B
meluluskan - mempersetujui
C
membebaskan - memberi kelulusan
D
mempertaruhkan - mencagarkan



Huraian:

menafikan = menidakkan / menyangkal

________________________________________
[Atas]

21 Kerja sulam-menyulam itu bukannya mudah kerana memerlukan ketekunan.

Perkataan berlawan bagi mudah ialah
(ID:1111585557071 )


A
licin - tidak kesat
B
payah - susah
C
senang - mudah
D
perlahan - lambat-lambat



Huraian:

mudah = senang

________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

22 Dua __________ kerusi diletakkan di hadapan se__________ bilik.
(ID:1199815944242 )


A
buah ... buah
B
biji ... buah
C
buah ... biji
D
biji ... biji



Huraian:
Buah : Benda yang bersaiz besar, tempat dan semua jenis kenderaan.
Biji : Jenis buah-buahan atau benda bersaiz kecil dan berbentuk bulat.


________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

23 Mak Minah menjumpai se__________ permata di dalam perut se__________ ikan.
(ID:1206189339022 )


A
biji ... kawan
B
ketul ... ekor
C
biji ... kawan
D
butir ... ekor



Huraian:
biji - benda-benda yang bersaiz kecil
kawan - kumpulan binatang
ketul - benda-benda yang berketul
ekor - penjodoh bilangan bagi haiwan
butir - benda-benda yang kecil misalnya permata


________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

24 Polis itu melepaskan beberapa __________ tembakan ke arah __________ penjahat itu.
(ID:1206193236725 )


A
das ... sepasukan
B
pucuk ... orang
C
bilah ... sekawan
D
das ... segerombolan



Huraian:
das - bunyi tembakan
sepasukan - sekumpulan (tentera, polis, orang)
pucuk - penjodoh bilangan bagi senjata api
orang - penjodoh bilangan bagi orang
bilah - benda-benda yang tajam seperti (parang)
sekawan - penjodoh bilangan bagi sekumpulan binatang
segerombolan - himpunan orang jahat atau penderhaka


________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

25 Perlawanan bola sepak akan diteruskan __________ hari hujan.
(ID:1111586062951 )


A
oleh itu - dengan itu
B
sekiranya - jika
C
walaupun - biarpun
D
walau bagaimanapun - biar apapun terjadi




________________________________________
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.




26 Kereta yang dipandu abang telah terlibat dalam kemalangan. __________, tiada sesiapa yang cedera.
(ID:1111586043751 )


A
Oleh sebab itu - oleh yang demikian
B
Sebelum itu - sewaktu itu belum
C
Walau bagaimanapun - biar apa pun
D
Oleh itu - lantaran itu



Huraian:

Jawapannya C paling tepat.

________________________________________
[Atas]
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27 I. Gajinya tidak sampai seratus ringgit.
II. Abang baru sampai dari Kuala Lumpur.
III. Pulau ini jarang-jarang sampai orang.
IV. Orang ramai di situ tidak menghiraukan sampai mereka.

(ID:1111585671871 )


A
I dan II sahaja
B
I dan IV sahaja
C
I, II dan III sahaja
D
II, III dan IV sahaja



Huraian:

Jawapan A paling tepat
I. ertinya mencapai had, cukup
II. ertinya tiba
III. disampai orang
IV. kesampaian

________________________________________
[Atas]
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

28 I. Ruang di dalam kedai itu telah penuh dengan barang.
II. Masa ruang saya penuhi dengan kerja-kerja yang berfaedah.
III. Ruang keluarga rumah itu sangat luas.
IV. Terdapat ruang untuk remaja dalam akhbar itu.

(ID:1111585680391 )


A
I dan III sahaja
B
III dan IV sahaja
C
I, II dan III sahaja
D
II, III dan IV sahaja



Huraian:

Jawapan A paling tepat.
I ertinya tempat yang lapang, kosong
II ruang masa bukan masa ruang
III ertinya tempat yang lapang
IV ruangan

________________________________________
[Atas]
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

29 Siapakah yang memasak bubur ini?
(ID:1111585959011 )


A
Bubur ini dimasak malam tadi.
B
Bubur ini dimasak oleh emak saya.
C
Bubur ini dimasak di rumah abang.
D
Bubur ini dimasak untuk dihidangkan kepada tetamu.



Huraian:

Soalan di atas menanyakan orang memasak bubur ini. Jawapan yamg sesuai ialah B. Jawapan A, C dan D tidak berkaitan dengan soalan.

A - Menyatakan masa bubur itu dimasak.
B - Menyatakan di mana bubur itu dimasak.
C - Menyatakan mengapa bubur itu dimasak.

________________________________________
[Atas]
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

30 Bagaimanakah kamu dapat tahu tentang perkara itu terlebih dahulu?
(ID:1111585957711 )


A
Saya berada di tempat kejadian semasa kejadian itu berlaku.
B
Perkara itu akan berlaku memang saya sudah tahu.
C
Awak berjanji akan memberitahunya kepada saya semalam.
D
Perkara yang berlaku itu memberitahu saya terlebih dahulu.



Huraian:

Soalan di atas menanya cara-cara perkara itu diketahui.
Jawapan A ialah jawapan yang paling sesuai.
Jawapan B, C dan D tidak menjawab soalan dengan tepat.

Tiada ulasan:

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...