Soalan 1 - 17
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 __________ diingat lagi peristiwa itu.
A Sila
B Usah
C Harap
D Usahalah
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
2 Emak menyapu sampah di halaman __________ kakak menyidai pakaian di ampaian.
A sambil
B apabila
C kerana
D sementara
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
3 Budin seorang yang __________ kerana tidak lekas marah apabila disindir.
A tahan hina
B tahan kias
C tahan lasak
D tahan harga
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
4 Air tasik di belakang rumah Ah Meng __________ dalam.
A benar
B sekali
C agak
D nian
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
5 "__________ akan berkhemah di __________ pada malam ini," kata ketua kumpulan itu ketika sampai di tepi hutan itu.
A Kita … sini
B Kita … situ
C Saya … sini
D Saya … situ
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
6 Parit yang sempit itu __________ dapat menampung air dari kawasan perumahan itu walaupun __________ musim hujan.
A tidak ... tidak
B tidak ... bukan
C bukan ... tidak
D bukan ... bukan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
7 Halaman rumah itu sentiasa __________ oleh Puan Laili.
A dibersih
B terbersih
C kebersihan
D membersihkan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
8 "Sila buat latihan __________," kata Cikgu Rosnah kepada anak-anak buahnya.
A sedikit
B separuh
C beberapa
D masing-masing
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
9 Zamani menghadiahi tunangnya __________ cincin emas.
A sebiji
B seurat
C seutas
D sebentuk
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
10 __________, sakitnya jari kaki kanan ini!
A Oh
B Ah
C Cis
D Aduh
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
11 Kereta api itu bergerak menuju ke __________ Semenanjung Malaysia.
A sekeliling
B selatan
C atas
D tepi
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
12 "__________ hendak ke mana?" tanya Rosdi kepada Hassan.
A Dia
B Awak
C Beliau
D Mereka
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
13 Beberapa anggota polis sedang mengawasi __________ perompak itu.
A gerak-geri
B suku-sakat
C selok-belok
D mundar-mandir
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
14 Rumah-rumah di pedalaman terletak __________ sehingga satu kilometer di antara satu dengan yang lain.(ID:1209420612952 )
A jauh-jauh
B dekat-dekat
C besar-besar
D hampir-hampir
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
15 Abang tiba-tiba saja __________ apabila mengetahui bahawa Salim telah menipunya.
A ada angin
B atas angin
C naik angin
D khabar angin
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
16 Mak Kiah memelihara anak-anak saudaranya dengan penuh kasih sayang seperti __________.
A isi dengan kuku
B bulan di pagar bintang
C cincin dengan permata
D menatang minyak yang penuh
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
17 __________ cemerlang dalam peperiksaan __________ Azman tidak bersifat megah.
A Walaupun ... lalu
B Meskipun ... namun
C Walaupun ... serta
D Sungguhpun ... lalu
18 Orang tua itu terkenal dengan sifat kedekutnya. Perkataan berlawan bagi kedekut ialah
A sopan
B bakhil
C pemurah
D pemarah
19 Untuk memeriahkan majlis itu, kami mengundang dua orang artis yang terkenal. Perkataan seerti bagi mengundang ialah
A memesan
B memanggil
C menjemput
D menempah
Soalan 20 - 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
20 I. Pokok nangka yang tumbang itu hampir mengenai rumah saya.
II. Cuti persekolahan sudah hampir tamat tidak lama lagi.
III. Zulhairi ingin hampir dengan budak yang baharu itu.
IV. Sudah hampir setengah jam Ali menunggu ayahnya.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21 I. Pemidato terbaik itu menyampaikan hujah-hujahnya dengan jelas dan lancar.
II. Ezad tidak jelas tentang projek sains yang telah diadakan itu.
III. Walaupun sudah berusia lapan puluh tahun, penglihatan datuk masih jelas.
IV. Sudah jelas Azrul tidak mampu melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
22 I. Tong itu diisi dengan ikan sehingga kembung.
II. Anak kecil itu menangis kerana perutnya kembung.
III. Belon itu menjadi kembung setelah ditiup oleh Jamali.
IV. Stadium itu kembung dengan para penonton yang datang.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
23 Ke manakah ahli Kelab Kembara itu akan berkayak?
A Ya, berkayak ke Pulau Pisang sungguh mencabar.
B Ahli Kelab Kembara selalu berkayak ke Pulau Pisang.
C Ahli Kelab Kembara itu akan berkayak ke Pulau Pisang.
D Ahli Kelab Kembara akan berkayak ke Pulau Pisang pada minggu hadapan.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
24 Kakak Liza bekerja sebagai seorang jururawat.
A Siapakah kakak Liza?
B Apakah pekerjaan kakak Liza?
C Di manakah kakak Liza bekerja?
D Mengapakah kakak Liza bekerja sebagai jururawat?
Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25 Aminah sedang memotong kek pisang dengan pisau di dapurnya.
A Kek pisang Aminah sedang dipotongnya dengan pisau di dapur.
B Kek pisang di dapur Aminah sedang dipotong olehnya dengan pisau.
C Kek pisangnya di dapur sedang dipotong oleh Aminah dengan pisau.
D Kek pisang sedang dipotong oleh Aminah dengan pisau di dapurnya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
26 "Kami telah menerima pujian daripada Guru Besar kerana mendapat markah terbaik dalam ujian yang lepas," kata Saari.
A
Saari mendapat tahu bahawa mereka mendapat pujian daripada Guru Besarnya kerana cemerlang dalam ujian yang lepas.
B
Saari memberitahu bahawa mereka telah mendapat pujian daripada Guru Besar kerana mendapat keputusan cemerlang dalam ujian.
C
Saari menyatakan bahawa mereka memberikan pujian kepada Guru Besar kerana mendapat keputusan cemerlang dalam ujian.
D
Saari menerangkan bahawa Guru Besar memberikan pujian kepada kami kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian mereka.
Soalan 27 - 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
27 I. Setiap ajaran guru masih diingatinya sehingga kini.
II. Minta minum kopi yang saya hidang di atas meja itu.
III. Berita kematian Pak Uda telah menjadi perbualan hangat penduduk kampung.
IV. Sudah dua malam ayah bukan dapat tidur nyenyak kerana sakit lamanya berulang.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
28 I. Adik meletakkan beg sekolahnya lalu terus ke dapur untuk makan tengah hari.
II. Puan Alia menguruskan kedai komputernya sendiri di Kota Bharu.
III. Saya datang ke sini kerana ingin berjumpa dengan kamu sendiri.
IV. Tolong berikan barang ini padanya dengan segera.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat yang betul.
29
A Wanita cantik itu memakai seutas anting-anting.
B Kakak Sarina membeli minyak masak ke kedai itu.
C Pak Mihat baru pulang daripada kebun buah-buahannya.
D Kakak Sarina membeli minyak masak di kedai runcit itu.
Pilih ayat yang betul.
30
A
Karangan bunga itu kelihatan amat comel sekali.
B
Zahid adalah anak orang kaya tetapi dia tidak sombong.
C
Karim membeli kereta itu semasa dia belajar di Jepun.
D
"Tambatkan kambing itu di pokok rambutan," kata ayah.
Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Encik Abu Bakar Hisyam, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, Encik Abdul Halim Osman, Ketua Polis Balai Polis Tualang, guru-guru dan ibu bapa sekalian. Saya mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dalam perjumpaan yang bersejarah ini.Hadirin yang dihormati,
Perjumpaan pada hari ini merupakan yang julung-julung kali diadakan untuk menemukan pihak polis dengan pihak sekolah dan ibu bapa dalam suatu majlis. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk berganding bahu bagi menangani masalah disiplin murid-murid di sekolah. Sejak kebelakangan ini, masalah disiplin murid-murid semakin membimbangkan. Perbuatan membakar sekolah, memecahkan cermin kereta guru, membuli dan memeras ugut pelajar semakin menjadi-jadi. Tindakan melawan guru merupakan masalah disiplin pelajar yang harus dipandang serius.
Perlakuan tidak bermoral ini bukan sahaja menjatuhkan nama baik sekolah malah menghancurkan masa depan murid-murid tersebut. Walaupun bilangan murid yang terlibat adalah kecil, namun gejala ini diibaratkan seperti penyakit barah dan perlu ditangani dengan segera.Hadirin yang dihormati, Selain pendekatan melalui tindakan disiplin, saya berpendapat bahawa pendekatan secara psikologi juga amat perlu digunakan.
Pendekatan ini termasuk memberi murid-murid bimbingan dan membantu mereka menghadapi tekanan dan pengaruh rakan sebaya. Akhir kata, saya berharap perjumpaan pada kali ini akan dapat membuahkan suatu hasil yang baik untuk mengatasi masalah ini.Sekian, terima kasih.
31 Perbuatan melanggar disiplin yang paling teruk ialah(
A membuli.
B memeras ugut.
C melawan guru.
D memecahkan kereta guru.
32 Perkataan membimbangkan dalam petikan bermaksud
A meragukan.
B menentukan.
C menyusahkan.
D mencemaskan.
33 Mengapakah majlis tersebut dikatakan bersejarah?
A Kehadiran guru
B Kehadiran polis
C Kehadiran ibu bapa
D Kehadiran ahli masyarakat
34 Tindakan terbaik menangani masalah salah laku murid selain tindakan disiplin ialah
A tindakan secara psikologi.
B tindakan secara sosiologi.
C tindakan secara rakan sebaya.
D tindakan secara menerima tekanan.
35 Masalah disiplin perlu ditangani segera kerana bimbang
A perbuatan murid menjadi tidak bermoral.
B segelintir murid yang terlibat.
C dengan tindakan murid.
D menjadi semakin serius.
Soalan 36 - 40
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Daun kelapa dibuat lidi,
Lidi diraut di balai raya;
Bangun awal terus mandi,
Untuk menyambut hari raya.
Pergi berkelah di tepi pantai,
Melambai-lambai si daun kelapa;
Selepas mandi pakaian baru dipakai,
Memohon ampun daripada ibu bapa.
Air dicedok dari telaga,
Telaga digali di tepi paya;
Selepas bersalam dengan ibu bapa,
Mereka memberi duit raya.
Ikan puyu di dalam tempayan,
Mari dilepas ke dalam paya;
Masjid dituju lelaki dan perempuan,
Sembahyang sunat hari raya.
Pergi ke sawah membawa tali,
Untuk mengikat pokok berduri,
Membakar mercun jangan sekali,
Membawa padah diri sendiri.
36 Di manakah lidi kelapa diraut?
A Di telaga.
B Di pantai.
C Di rumah.
D Di balai raya.
37 Apakah tujuan bangun pagi?
A Untuk mandi pagi.
B Menyambut hari raya.
C Memohon maaf daripada ibu bapa.
D Untuk memakai pakaian baru.
38 Aktiviti pertama dilakukan selepas mandi pagi ialah
A meminta duit raya.
B memakai pakaian baru.
C bersalam dengan ibu bapa.
D memohon maaf daripada ibu bapa.
39 Ikan puyu boleh didapati
A di tepi paya.
B di tepi telaga.
C di dalam paya.
D di dalam tempayan.
40 Mengapakah lelaki dan perempuan pergi ke masjid?
A Ada jamuan hari raya.
B Sembahyang hari raya.
C Untuk memohon maaf.
D Untuk bersalam-salaman.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Suami perlu amalkan untuk Bahagia
Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s · 30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...
-
Ayat aktif transitif 1) Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tran...
-
Perbualan tentang kepentingan menjaga kebersihan di dapur rumah. Dalilah : Ibu, saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah yang telah diber...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan