Rabu, 4 Mei 2011

Bahagian A Bahasa Melayu

Bahagian A

1. selalunya ada 2 keadaan yang ditanya oleh soalan.

a) Pertama

Bina 5 ayat yang lengkap berdasarkan gambar dibawah.

- jika soalan tersebut berdasarkan gambar, maka 2 perkara perlu diambil kira.

- Senaraikan terlebih dahulu 5 kata adjektif yang terdapat dalam gambar.

- kedua, senaraikan 2 kata kerja untuk menyokong kata adjektif tersebut.

- setelah itu, barulah membina ayat berdasarkan kata adjektif tersebut.

- dalam membina ayat, kita boleh mengandaikan perkara walaupun tidak terdapat dalam gambar.

-Terima kasih

contoh kata adjektif :
kemas, bersih, kotor, meriah, ramai, mahal, murah, besar dan sebagainya.

b) Kedua

Tulis 5 ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti dalam gambar.

-Jika soalan tersebut bertantakan aktiviti, maka anda hanya perlu memikirkan satu perkara iaitu kata kerja.

- kata kerja yang disenaraikan ialah, perlakuan-perlakuan yang terdapat dalam gambar.

-senaraikan terlebih dahulu perlakuan-perlakuan atau aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut.

- setelah dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 aktiviti/ kata kerja, barulah anda dapat membina ayat .

- ayat yang dibina mestilah hanya berdasarkan perlakuan di dalam gambar.

-anda tidak boleh mengandaikan sebarang perkara atau perlakuan yang bukan dari dalam gambar.

contoh kata kerja :
berjalan, memasak, makan, menghidangkan, mencedok, membuang, memakai, membaca, mengangkat dan sebagainya.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...