Isnin, 13 Julai 2020

Aspek Penggunaan Kata

Salam sejahtera kepada semua..

Hari : Isnin

Tarikh : 13 Julai 2020

Tema : Pemahaman

Tajuk : Tatabahasa 

Aktiviti : Aspek Penggunaan Kata.


Murid- murid diminta untuk klik link di bawah untuk menjawab soalan.



Selamat menjawab.. murid-murid boleh menyalin dalam buku tulis tatabahasa.

Rabu, 8 Julai 2020

TEKNIK MEMBINA AYAT GRAMATIS


TEMA : MEMBINA AYAT
TAJUK : AYAT GRAMATIS
OBJEKTIF : MURID-MURID DAPAT MEMBINA AYAT YANG GRAMATIS BERDASARKAN PANDUAN YANG DIBERI.

AKTIVITI : MEMBACA DAN MEMAHAMI.


TEKNIK MEMBINA AYAT YANG GRAMATIS.
EMPAT PERKARA PENTING DALAM PEMBINAAN AYAT YANG GRAMATIS.
BIL
PERKARA
PENERANGAN
1
Memindahkan maklumat dengan RESPONS TERBUKA
Penceritaan perkara tiada dalam gambar. Ada kata hubung dalam ayat    ( SUPAYA / UNTUK / KERANA / AGAR )
2
Menulis ayat dengan PERLUASAN SUBJEK atau PERLUASAN PRADIKET
SUBJEK =
Orang @ haiwan @ benda yang ada dalam gambar.
PRADIKET =
Aktiviti, tempat, alatan yang ada dalam gambar.
3
Menulis ayat gramatis @ ayat majmuk dengan kata hubung terpilih.
KATA HUBUNG
KEGUNAAN
manakala
2 watak, 2 kata kerja
dan
2 watak, 1 kata kerja
sambil
1 watak, 2 kata kerja
agar
Menyatakan sebab
supaya
Menyatakan sebab
kerana
Menyatakan sebab
untuk
Menyatakan tujuan
4
Ayat gramatis tanpa sebarang kesilapan
Struktur ayat.
-lebih daripada 10 patah perkataan.

Ejaan.
-Tiada kesalahan ejaan.

Perkataan.
-difahami dan diiktiraf oleh Dewan Bahasa Pustaka.

Imbuhan.
-penggunaan imbuhan yang betul ( keutamaan imbuhan-meN )

Tatabahasa dan Tanda Baca.
-huruf besar/kecil, noktah, koma, bentuk tulisan ( jelas )


LATIHAN :
Bina ayat yang gramatis berdasarkan  gambar  yang diberi. Ayat yang dibina mestilah mematuhi EMPAT perkara di atas.










      2.

      3.

      4.

      5.

Isnin, 6 Julai 2020

Karangan Jenis Keperihalan

PDPC 6 JULAI 2020
TEMA : KELUARGA
TAJUK : MEMBANTU DATUK DAN NENEK
OBJEKTIF :
MURID-MURID DAPAT MENULIS DAN MEMERIHALKAN KEADAAN MEMBANTU DATUK DAN NENEK.

Panduan Mengarang.

  1. Karangan jenis ini menghendaki anda menceritakan semula sesuatu perkara yang telah berlaku.
  2. Sebaiknya melalui pengetahuan dan pengelaman sendiri.
  3. Perkara yang anda ceritakan itu adalah apa-apa yang anda lihat, rasakan/alami dan dengar.
  4. Boleh juga sesuatu yang berbentuk nyata atau rekaan yang logik.
  5. Perkara yang anda ceritakan mungkin sesuatu peristiwa, pengelaman, pemandangan, suasana, keadaan, sikap dan sebagainya.
  6. Anda digalakkan untuk menggunakan ungkapan atau peribahasa yang sesuai.
  7. Bahasa yang digunakan harus dikawal bagi mengelakkan kesalahan tatabahasa.
  8. Gunakan ayat-ayat ringkas dan padat.
  9. Pastikan anda menyusun perkara-perkara yang berlaku mengikut urutannya iaitu dari awal hingga akhir kejadian.
Latihan :

Andaikan rumah datuk dan nenek kamu di kampung dilanda banjir besar baru-baru ini. Kamu dan keluarga bergotong-royong membersihkan rumah apabila banjir surut. Perihalkan keadaan tersebut. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Rangka Karangan:

Pendahuluan
-banjir besar di kampung halaman - beberapa minggu selepas Hari Raya.

Isi-Isi Penting
-Kami sekeluarga pulang ke kampung setelah banjir surut- membantu datuk dan nenek.

- banyak barang yang rosak- rumah berlumpur- bergotong-royong membersihkan rumah.

- membahagi-bahagikan tugas - sehari suntuk mengerjakannya.

-kerugian yang banyak - datuk dan nenek bersedih.

Penutup
-membantu setakat mampu.

Siapkan karangan anda. selamat menjawab.

Rabu, 1 Julai 2020

Kata Majmuk Mantap


Tema : Kewarganegaraan.
Tajuk : Kata Majmuk Mantap.
Objektif : Murid memahami dan menggunakan kata majmuk mantap mengikut konteks.

Aktiviti PDPC:

 Atilah seorang murid yang baik. Guru besarnya telah memberikan anugerah atas sahsiahnya yang terpuji. 

            Atilah murid kelas 5 Kuning. Dia memberikan …………………….  kepada rakan-rakan sekelasnya semasa menjalankan perbincangan.

            Atilah  selalu membantu masyarakat secara ……………………… Dia membantu orang kurang upaya melintas jalan. Atilah murid yang cergas. Dia Berjaya menyertai sukan ……………….. sehingga peringkat …………………………..

            Atilah juga murid yang rajin. Dia telah menjalankan tugas sebagai seorang ………………………… Kelab Bahasa Melayu di sekolannya. Atilah prihatin dengan rakan-rakan di sekolahnya. Dia menjalankan …………………………….. merawat murid yang tercedera ketika bersukan.

Latihan.

1.    Salin petikan tersebut dengan mengisi tempat kosong menggunakan kata majmuk mantap yang betul.
2.    Pilih 5 kata majmuk mantap selain di atas. Kemudian bina ayat yang lengkap.

selamat menjawab.

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...