Isnin, 13 Januari 2014

MAULIDUR RASUL 2014

Assalammualikum wkt..... Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Sepanjang saya menjadi seorang guru di SK St Edmund Limbang, 2004 hingga sekarang(2014) banyak kenangan dalam menjayakan maulidur Rasul terutama dalam membuat sepanduk. Pada tahun 2004 hingga 2007, saya bersama ustaz Nik Basri berperanan untuk menghasilkan sepanduk Maulidur Rasul. Maklumlah pada masa itu kami terpaksa membuat menggunakan kain dan cat serta tangan. 2008 hingga 2013 tidaklah susah lagi nak buat tapi saya sudah tidak terlibat... Tak sangka pula tahun 2014, saya diamanahkan untuk membuat sepanduk Maulidur Rasul 2014 untuk sekolah.... harap menanglah esok dalam pertandingan sepanduk...ehe Kat atas tulah sepanduk yang saya buat dengan perasaan cinta dan sayang terhadap Nabi RasulAllah... Sepanduk yang berlatarbelakang dengan tulisan Bismillah dan gambar kenangan Makam Nabi, Kaabah dan Gua Hira yang merupakan tempat RasulAllah menerima wahyu pertama. Marilah kita bersama-sama berselawat : Bacaan selawat dalam rumi : Yaa Nabi Salaam 'alaika Yaa Rasul Salaam 'alaika Yaa Habib Salaam 'alaika Salawaatu'llah 'alaika Ashraqa'l Badru 'alaina Fakhtafat Minhu'l Buduru Mithla Husnika Maa Ra'aina Qattu Yaa Wajhas-Suroori Anta Shamsun Anta Badrun Anta Noorun Fawqa Noori Anta Ikseerun Wa Ghaali Anta Misbaahu's-Sudoori Yaa Habibee Yaa Muhammad Yaa 'arusa'l Khaafiqayni Yaa Muayyad Yaa Mumajjad Yaa Imama'l Qiblataini Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad Yaa Kareem Al-Waalidaini Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad Wirdunaa Yawm An Nushoori 'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa Mustajeeb-Ud-Da'awaati Rabbi Farhamnaa Jamee'a Bijamee-'is-Saalihaati Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/01/bacaan-selawat-nabi-dalam-rumi.html#ixzz2qHmoZrOM

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...