Jumaat, 13 Disember 2013
Saya pun nak puji Anak...Isteri.
Assalammualaikum wkt...
Setelah terbaca kolumnis dalam Sinar Harian oleh MUHAMAD MAT YAKIM bertajuk Saya pun nak puji isteri juga... rasa terpanggil pula nak menulis catatan yang hampir sama. Bukanla nak menunjuk atau membangga keluarga tapi wajar juga saya nak menulis pada blog ini yang sudah lama tidak dicoret dengan kata-kata yang berfaedah. Anak dan isteri saya tidaklah mmpunyai sumbangan besar dan meletop untuk diberitahu. sumbangan mereka cuma biasa-biasa saja seperti isteri dan anak oang lain juga. saya pun nak beritahu juga kepada dunia maya ini tentang sumbangannya walaupun bukan pada negara tapi cukuplah kepada saya yang bergelar suami dan bapa ini.
Isteri saya bukanlah tukang masak yang hebat, dia cuma seorang guru di SMK Kubong Limbang. Walaupun sibuk dengan kerja sekolah, dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Bukanlah pasal kerja sekolah saya nak cerita. Saya nak cerita pasal masakan. Dia selalu berusaha untuk memasak. Oleh sebab saya suka masakan yang ala-ala masakan barat, dia pasti akan memasak sekurang-kurangnya sebulan sekali. Banyak masakan yang sudah saya rasa dan masakanya sangat terbaik.
sebentar tadi, isteri dan anak saya Awang Ahmad Danish berusia 4 tahun. Anak saya ni suka membantu jika ibunya membuat kek atau biskut. So tadi dia penuh semangat untuk membuat kek bersama ibunya. Dari usianya 2 tahun lebih sudah dia suka membantu ibunya dalam soal masakan didapur. Terima kasih Isteri dan anak-anak ku kerana membawa kebahgiaan dalam hidupku.Cukuplah! Saya tidak mahu cerita lebih-lebih hal ini kerana sekarang, orang mudah menyampah apabila seseorang suami memuji isterinya di khalayak ramai.
Apa pun, niat saya hanya sekadar mahu berkongsi kesedaran mengenai apa yang sepatutnya bagi suami. Isteri memang tidak minta dipuji tetapi cukuplah jika susah payah, atau kalau boleh disebut pengorbanan mereka walaupun dalam hal yang dianggap remeh, dihargai atau diberikan sedikit perhatian.Kepada Isteriku Naimah Binti Aman teruskanlah memberi kebahagian dalam keluarga ini. Kepada anak2 ku, Awang Ahmad Danish dan Dailah Athilah, papa doakan supaya menjadi insan yang berjaya dan berpegang kepada ajaran Islam yang tercinta.amin....
Langgan:
Catatan (Atom)
Suami perlu amalkan untuk Bahagia
Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s · 30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...
-
Ayat aktif transitif 1) Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tran...
-
Perbualan tentang kepentingan menjaga kebersihan di dapur rumah. Dalilah : Ibu, saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah yang telah diber...