Rabu, 11 Mac 2009

SAJAK UNTUK MANUSIA

Manusia

Manusia itu pelbagai sifat
Ada yang baik dan ada yang jahat
Sebalik senyuman sembunyi niat
Lain tersirat lain pula tersurat
Kalau begini tanda alamat
Mungkin dunia hampir kiamat
Baiklah insan segera beringat
Bimbang neraka tempat disumbat

Manusia itu makhluk pilihan
Lengkap dengan akal fikiran
Boleh menentu arah tujuan
Mengelakkan diri dari kesesatan
Saling mengingat sesama insan
Mengisi hidup penuh ketaqwaan
Menjunjung tinggi amanah Tuhan
Sempurnakan diri bergelar insan







Teman

Orang pernah brkata, teman ketawa senang dicari
Apakah mereka lupa?
Insan bisa berpura-pura
Ketawa sekadar pada lahirah
Tapi hati ngak bisa diketahui
Adakah duka, parah atau merana

Teman menangis juga sukar dicari
Adakah ini kata dipegang
Mungkin juga turut simpati secara fizikal
Manusia bisa saja menipu
Kerna hati ngak bisa diketahui
Hanya tuan empunya diri saja bisa ketahui

Di mana perginya kekuatan diri
Bila ditimpa musibah dan dugaan
Ada yang luruh ada melencong
Usah diukur pada hakiki
Andai diri mencari ketenangan
Ungkapan syahdu para cendiakiawan
Yang dikejar tak dapat
Yang dikendong berciciran.


Duniaku

Taufan Tropika sebagai andaian
Membawa berita mengusarkan jiwa
Kerna bisa membinasakan
Walau seteguh tunjang merbau

Hati tua meratapi tangisan
Ranapnya tembok keegoan lelaki
Tangisan lunak tikaman alunan budak
Getaran kesyahduan bersama ar mata
Melihat hijau bilah kewujudan

Kemanakah perginya insan sumul
Kemanakah tanggungjawab bila tibanya masalah
Itukah kita yang lari atau berselimut
Pastinya muka setebal tembok China

Bersama malam gelita
Aku pulang bersama salakan anjing
Menangisi bicara bisu dunia
Semakin hari musnah budaya kesosialan




Kekasih @ isteri

Adakah purnama lebih indah?
Mampukah sinar wajahmu menengelamkan sinar suria?
Engkaulah laksana bidadari syurga
Kehindahan dirimu memberhentikan putaran masa

Engkau umpama bidadari syurga
Yang mengawal pandangan mataku
Daripada bidadari-bidadari lain
Yang bisa memanah pandangan sastriaku

Engkau umpama bidadari syurga
Mengawal nafsuku dari pandangan serong dunia
Aku cuba berlari sepantas pusingan tayar kereta
Sepantas panahan petir kau cuba mengawal aku
Lalu bertanya
”eh.. wanita , engkau siapa?
Aku bertanya sambil kebingungan
Engkau umpama bidadari syurga
Mengawal aku daripada bidadari-bidadari lain
Senyuman dirimu meruntuhkan keegoanku
Bersama bayangan matahari
Aku bahagia
Melayari semudera gemilang
Bersamamu
Engkaulah sumber ilhamku.


AKU HANYA SERANGGA

Rakusan alam mencorak ilmiah
Perlumbaan ilmu dan pengelaman
Membeza status diri
Yang mana pucuk , dahan, batang dan akar
Tetapi, aku diumpamakan serangga

Di kotak batu,
Bersama rvolusi angka-angka matrix
Mampukah aku mengukur arca evolusi dunia
Adakah aku pemimpin listari global
Yang memberi pelangi masyarakat

Bertemankan sejuta trillion nureon sel otak
Memantapkan semangat agung pahlawan siber
Payungan senja alam yang nyata
Tersenyum dan riang sang dara dan teruna
Tersusun rapat hiruk piruk lautan
Sambil mendabik akulah serangga.

Aku hanya serangga
Yang kecil dan kerdil
Hanya sekadar laungan azimat
Pembetukan kegemilangan Negara

Tetapi
Hentakan dan tekanan
Begitu mustahil aku perjuangkan
Kerana aku hanya serangga.














Andai

Andai bersama pasti berduka
Andai berpisah pasti merindu
Andai dikata pasti terasa
Andai dipendam pasti terseksa

Andai sudah ombak menghilang
Andai sudah pantai tiada
Andai diambil membawa ceria
Andai dibuang membawa bencana

Andai berlari dapat berjumpa
Andai berdiri dapat menjulang
Andai duduk dapat menunggu
Andai berbaring dapat bersama

Andai mencari mungkin terjumpa
Andai diburu bias menghilang
Andai mencari kewujudan diri
Andai khyalan bisa bersama.

Hubungan kita
Kekal bersama pertukaran hari hari
Perpisahan kita hanyalah hujan di musim semi
Hujan itu menakutkan
Namun engkau lihat sebab sebab
Akan segera berlalu.

HALANGAN

Halangan, bukit , hutan belantara
Dengan pahlawan segagah rentap
Mampukah aku menghadapinya
Dengan tenang dan reda

Walau tembok kedaulatan Awang dan Dayang
Yang pedih, penat, dan lelah
Bersama perang kepintaran
Aku tersenyum setelah melewatnya.

melayu masa kini

KEHADIRANNYA DI USIA TUAKU

AKU
MENITI ARUS KEHIDUPAN
SEMUANYA BERLANDASKAN KEPALSUAN
BERTOPENGKAN KESERONOKAN
DI ALAM NYATA ADALAH KEDURJANAAN
DIA MELANDA BAGAIKAN GUNTUR YANG KUAT

DESAKAN DAN KETIBAANYA
PAYAH KUHADAPI
DENGKAN KEPALAKU DIRAHANGNYA
DIA MEMBONGKAK !
‘NAH LIhAT, KAU TELAH KUTELAN
KAU PASTI MENYINTAIKU

SEPERTI SENAPANG M16
DITEMBAKNYA SELURUH BADANKU
DITAJAKNYA SETIAP BILAH HIJAU KEHIDUPANKU
LALI BERTANYA
“LAHANAT, ENGKAU SIAPA ?
DENGAN PANTAS SEPERTI PUSINGAN ROD ENJIN DISEL
AKU MENGELAK MEMBOLOSKAN DIRI
SEPERTI KILAT PULA AKU DICENGKAMNYA
AKU MERONTA BAGAI ORANG GILA

SEGALA KEKUATAN HANYA DIMEMORABILAKAN
WALAU DIPIJAK, DILUDAH, DIBENAM KEPERUT BUMI
TANPA DIREALITIKAN

AKU MENGEJAR DIPERTENTANG ARUS
SEMAKIN HARI KIAN KEPENGHUJUNGNYA
KELEMASAN DILUBUK YANG DALAM DAN HITAM

AKHIRNYA
AKULAH DIANTARA LANTERA-LANTERA ANTIK
YANG TERASING DI BUMI SENDIRI
DENGAN BODOHNYA
AKU MENJADI SAMPAH DI LORONG HAJI TAIB.

NUKILAN ; AZAU 2004 (SKLP)





KERANAmu DadaH

UNGKAPAN BICARA PARA CENDIKIAWAN
YANG DIKEJAR TAK DAPAT
YANG DIKENDONG BERCICIRAN
MENGAMIT INGATAN KEMBARA HIDUP
MENITI BATASAN MASA

DI DALAM PENCARIAN ERTI KEWUJUDAN DIRI
SETIAP SUDUT POKOK BATU AKU JEJAKI
BAGI MENCAPAI PEMIMPIN LESTISARI GLOBAL
MEMAKSA AKU BEREVOLUSI KE ARAH KEJITUAN
PENINGKATAN MARTABAT DIRI DAN KEPERIBADIAN

AKU PERNAH MENGISI KOROM KOTAK BATU
BAGI MELAWAN ARUS GLOBALISASI
AKULAH SASTRIA KALAM
MENGUKUR ARCA EVOLUSI PERADAPAN EKONOMI
YANG MENGHUJANIKU DENGAN PITIH

KINI,
TIADA LAGI PUTARAN KIPAS SANYO DI SILING
TIADA LAGI TILAM DUNLOP ALAS TIDURKU
TIADA LAGI HAMPARAN PERMAIDANI MERAH MEWARNAI SEMUDERA HIDUPKU
KEMANAKAH LENYAPNYA HIRUK PIRUK PELAYARAN INI

BETULLAH UNGKAPAN PUJANGGA
SESAL DAHULU PENDAPATAN
SESAL KEMUDIAN TIADA BERGUNA

AKU JATUH KE JURANG YANG ASING
SEHINGGA AKU ALPA DENGAN KESERONOKAN DUNIA

DIMANAKAH SEMUA KAWAN-KAWAN ?
DIMANAKAH KELUARGA, ANAK DAN ISTERIKU ?
DIMANAKAH SEMUA KESERONOKAN ITU ?

DI PENTAS INI APALAH ERTINYA GERAK TERSUSUN
JIKA AKU MENJADI PENGHUNI TEMBOK BESI
KERANA ESOK SEMUDERA SEPI ALAM BaRZAH MENANTIKU
TANPA BERBEKAL ILMU, AMAL, DAN DOA
TAKDIR MENJEMPUTKU DI TALI GANTUNG
PENJARA PUDU NUKILAN :AZAU 2004


AKU SI PENAGIH!

Aku meredah di duniamu
Dengan kata-kata mutiara
Aku berlakon di pentasmu
Berlatarbelakangkan warna-warna kesepian
Takala gemuruh melanda
Ketegangan uratku payah diluruskan
Bergeloranya jiwa sasteriaku
Bersama khyalan indah nafsu teruna
Apabila senja memanggil kegelapan
Merontanya Keingginanku

Akukah si Penagih
Yang dulu segak dan tampan
Mendahului segala kawan dan seteru
Haruman kasturi maruah keluarga
Bersama langkah Tuah dihati

Akukah si Penagih
Yang kini duduk di bawah jambatan
Menikam segala hijau kehidupan diri
Badan sebesar tulang tengkorak
Hidup segan mati tak mahu

Akukah si Penagih
Melayar kehidupan bersama kahyalan
Heroin, morfin, syabu minyak kenderaan uzur
Bergerak masih di jurang durjana
Beroda kudis, kusta dan aids tongkat perjuangan

Akukah si Penagih
Tiada sesaat hari berlalu tanpa heroin
Melihat diriku seakan langsuir
Akukah semudera dilanda badai
Ingin sekali melupakanmu
Namun masih tersisa ketagihanku
Sampai bila...?


Nukilan : abidin sksted.

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...