Isnin, 5 Mei 2008

Asal Usul Kampung Telahak dan ....

sudah 50 tahun Malaysia merdeka, pejuang-pejuang kemerdekaan sudah banyak yang meninggal. Generasi tua pun sudah banyak yang pergi....
TELAHAK adalah sebuah kampung yang terletak di LIMBANG sarawak...
asal usulnya adalah daripada seorang manusia yang berbangsa Murut membuat penempatan di tempat tersebut. Murut tersebut cuma tinggal dengan keluarganya sahaja. Pada suatu hari, Murut tersebut telah meninggal dunia, oleh itu ahli keluarganya telah meninggalkan mayatnya di sebatang anak sungai. Mereka pun berpindah ke penempatan lain. Murut tersebut di katakan ber nama TELAHAK. Oleh itu, tempat tersebut pun digelar TELAHAK. Manakala anak sungai tersebut pun di panggil sungai TELAHAK..

Setelah sekian lama merdeka kampung Telahak masih lagi mundur. Kemudahan elektrik baru sampai pada November 2006 tetapi kemudahan lain belum lagi ada. Penduduk kampung cuma bergantung pada sungai yang kadang kala di cemari oleh selut dan lumpur akibat daripada pembalakan. jaringan jalan raya yang belum sempurna. Apatah lagi kebelakangan ini selalu rosak akibat daripada hujan yang selalu tujun.

Masalah jalan ini bertambah buruk lagi dengan pembangunan sebuah kilang papan bersebelahan dengan kampung. Penduduk kampung sudah selalu menyuarakan kepada pihak-pihak yang berwajib tetapi tiada tindakan yang diambil. Wakil-wakil rakyat juga sudah dimaklumkan tetapi masih lagi tiada tindakan untuk memperbaiki jalan diambil.

Kilang tersebut dibina berdekatan dengan sekolah...kenapakah pihak-pihak yang berkenaan meluluskan pembinaan kilang yang boleh mengganggu pembelajaran dan pencemaran alam.. kenapa?

Mungkinkah berlakunya RASUAH dalam pembinaan kilang tersebut...
Banyak masalah yang penduduk kampung hadapi ekoran daripada pembinaan kilang ini yang kononnya dapat membangunkan ekonomi penduduk kampung..tetapi masalah yang dicipta...boring sudah dengan kata-kata daripada mereka yang kononnya melaksanakan pemerintahan dengan adil dan mengambil tahu hal rakyat...mana janji-janji mereka sewaktu memerlukan tangan-tangan orang kampung untuk memangkah mereka dan kroni-kroni mereka...mual dan menyampah dengan janji-janji politik kianat...

Suami perlu amalkan untuk Bahagia

  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan d t S p 5 o n s g h o r e d s    ·  30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only): 1. Kalau ister...